guguk2007 Publish time 22-5-2020 01:01 AM

Kisah paling seram yg korang alami Setakat ini

Apa2 je, boleh share. Dirumah, pejabat, asrama, ke dalam mimpi etc

CiliPadiSedap Publish time 22-5-2020 01:37 AM

buku akaun bank kaka

sarah82 Publish time 22-5-2020 03:05 AM

Entah laa.. Aku payah nak kata ..sebab pengalaman aku semua mcm lawak pulak bila fikir.

Andyscenes Publish time 22-5-2020 06:32 AM

tengok wallet aku. seram sungguh

crazybeach Publish time 22-5-2020 06:52 AM

tengok statistik kematian covid. menakutkan yachhh

mdhelmi Publish time 22-5-2020 09:31 AM

kat asrama kolej masa tu kul 3 pagi
baru lepas balik dari tgk bola kat luar dgn member2
member2 yg lain semua lain2 blok
blok aku kebetulan dari siang td lif lampu rosak blom repair
boleh naik tangga tapi malas nk panjat sampai tingkat 6
naik la lif tu sorg2 dan jadi gelap gelita lepas tutup
mula2 pandang depan je tp xtau nape tergerak nk toleh kiri kanan
masa toleh tu nmpk kelibat 1 makhluk serupa org badan tinggi kepala sampai siling lif xberbaju tgh berdiri kat blkg
dlm lif tu mmg gelap tp lif bergerak tingkat demi tingkat kan ada cahaya sikit2 lalu kat bwh pintu lif, tu yg nmpk samar2
masa tu mmg kaku btol xbole buat pape, nk baca pape dah xdan dlm hati cuma sebut Allah Allah Allah je dgn harapan cptla sampai tingkat 6
bayangkan benda tu besar dan berdiri sejengkal je dgn kita kat blkg
dah sampai tingkat 6 keluar toleh blkg xde pape
berjalan kat koridor sorg2 sambal tgk blkg manatau dia tiba2 berdiri kat blkg lagi
masuk bilik cite kat rumet yg tgh tgk drama GTO
rumet tu pon pasan xtau nape lif tu selalu lampu rosak
mmg selalu lampu lif tu akan lip lap lip lap mcm tube rosak
jrg dpt lampu yg ok
lepas2 dari tu kalo balik pagi buta lagi dan lampu lif buat hal aku sanggup naik tangga

Noyen Publish time 22-5-2020 01:59 PM

mdhelmi replied at 22-5-2020 09:31 AM
kat asrama kolej masa tu kul 3 pagi
baru lepas balik dari tgk bola kat luar dgn member2
member2 yg ...

wei seram.
aku dah la kalau naik lif sorang2 selalu ada perasaan diperhatikan. :'(

September14 Publish time 23-5-2020 05:36 AM

Plg seram waktu naik kete dr PD sampai kl duk dgr bunyi ppuan ketawa sayup2 hihihihi bunyi dia. Bila dah parking kt area rumah, ada benda terbang dr kete masuk dlm hutan berdekatan sambil mngilai

guguk2007 Publish time 23-5-2020 01:14 PM

mdhelmi replied at 22-5-2020 09:31 AM
kat asrama kolej masa tu kul 3 pagi
baru lepas balik dari tgk bola kat luar dgn member2
member2 yg ...

Kisah mcm best

mdhelmi Publish time 24-5-2020 12:05 AM

ada 1 lagi cerita
ni aku dengar dari sesorang tapi x ingat sape

Hari tu ialah hari Khamis
esoknya (Jumaat) ialah cuti umum
sepasang suami isteri ni bercadang nk balik kampung
tapi sbb kepenatan si suami cadangkan balik esok pagi je (pagi Jumaat)
si isteri pulak bertegas nak balik mlm tu jugak (mlm Jumaat)
bertelagahnya diorg berdua sampainya suami mengalah
tapi drama x habis sampai situ, sepanjang perjalanan pon masih bertelagah lagi
masing2 mengeluarkan isu2 berbangkit dan masing2 xnk kalah
berejam jugakla dua2 tu
tapi tiba2 sampai 1 masa si suami tiba2 diam membisu

si isteri dah lama membebel baru dia pasan si suami xbalas pape
Nampak si suami mata xtoleh kiri kanan terbeliak pandang dpn je
si isteri pon xcakap papela dia pon diam je kang cakap dgn kerusi pulak
dah sampai kampung, si suami xbermaya rupanya dia demam
si isteri dah pelik dari awal td ok je tup2 demam pulak
lepas 2 hari baru baik demam suami tu
time tu la si isteri tanya cane bole demam (masing2 dah cooldown)
baru si suami bgtau.....
waktu masing2 bertelagah tu, tiba2 dia perasan ada makhluk berlari sama laju dgn kelajuan kereta kat tepi tingkap driver sambil senyum ke arah dia dgn rupa yg menakutkan
duduk lane kanan tepi driver tu divider xde ruang utk org lalu situ apetah lagi sama laju dgn kelajuan kereta
dah exit highway baru benda tu hilang


haifawehbe Publish time 24-5-2020 06:48 AM

kisah paling seram iols alami masa tengok cermin. iols pasti muka dlm keadaan biasa tapi dekat cermin muka iols senyum menyeringai dan mata juling. terus iols lari sambil melalak. ;P

cikdilla Publish time 25-5-2020 08:48 AM

Kisah paling seram yg meols penah kene time kat form 5 di asrama. Meols balik dari rumah warden pkul 2 pagi sebab siapkan projek skolah. Masa nak masuk dorm tu takde rasa apa. Lepas pegi toilet dgn membe ktorg masukla ke dorm nak tido.. Meols baru lelapkan mata masa tu, tiba2 trbayang ade pempuan pakai kemeja putih, skirt hitam labuh berdiri depan katil meols. Pastu tetiba meols xleh gerak. Mcm kene tindih. Ade la dlm 3 minit gitu. Meols dpt gerak terus jerit. Membe meols yg balik skali masa tu x tido lg. Dia trkejut tanya kenapa dila. Meols senyap tak citer apa sbb rasa mcm mimpi..taktaula benda apa tu. Tapi skolah tu mmg skolah lama. Bukak tahun 1958

KIM.K Publish time 25-5-2020 08:57 AM

Bulan puasa bebaru ni iols cuci rumah sental berus
Malam dah penat tido la dalam bilik yg tak biasa ditidor. Sebab bilik sendiri tengah sental
iols tido kaki angkat tinggi. Dalam pukul 3 pagi ada benda tolak kaki iols sampai kaki terbang nak jatuh katil. Kuat dia tendang iols sampai terbangun siap mengucap

Mak iols tengah tahajud pun terdengar insiden tu. Tak silap benda tu menyampah tengok aku kat bilik dia

CardiGans85 Publish time 25-5-2020 10:21 AM

1) Rumah lama nenek
2) Rumah mak
3) Highway
4) Kadang2 klu tuhan bg jumpa, jumpa la kat mana2. Dl mmg rs seram, skrg ni 50% less seram

EncikAiskrim Publish time 25-5-2020 04:32 PM

haifawehbe replied at 24-5-2020 06:48 AM
kisah paling seram iols alami masa tengok cermin. iols pasti muka dlm keadaan biasa tapi dekat cermi ...

Janganlah, iolss takut la sebab selalu tengok muka bermasalah iolss

aechae Publish time 26-5-2020 08:07 AM

Ni bkn lh seram mna tp mcm telekat dlm memori n xleh nk luah...sbb msa kejadian tu jantung iols trus berdegup laju gtu...

Kisahnya, dlm kereta dgn my siblings nk blk rumah...adik i main cilok2 lh jln short cut lalu kt kwsn perumahan.. mmg biasa dh klu dia yg drive n then ada lalu 1 rumah ni yg dh di renovate buat 1 level tu cermin kaca almost keliling rumah gtu...xtau lh apa keperluan owner tu buat gtu kn. tp biasanya klu lalu xda apa pn nmpk langsir jelah kadg nmpk bhgian dlm kosong je.
So 1 hari tu blk mlm lalu ctu, i tertoleh kt rumah tu apa yg i nmpk ada sorg pmpuan pakai baju putih mcm ala2 kaftan brdiri pndg menghadap ke jln... kira i nmpkkt luar, dia pn boleh nmpk luar lh... rmbut pnjang lps smpi paras siku gtu...ala2 rmbut kepok2... muka dia straight je mcm berdiri tegak gtu je pndngan mata nya...i mcm eh terpaku gtu n keep on pndg je smpai lh dh lepas rumah tu n jntung pn trus laju n bru tpikir eh nape org tu mcm tu....
Haaa gtu lh cite nya...seram pd i bila ingt blk n lps2 tu lalu ctu msti tgk rumah tu lg tp xda dh nmpk pn...pelik n smpai skang teringat2 :L

jiwasemangat Publish time 26-5-2020 12:07 PM

Cerita aku..
Tak seram mana pon.. tapi pelek pulak aku rasa.
Pada mula nya, aku hadapi kehidupan macam biasa laa..normal. Satu hari tuu, aku rasa sangat ngantuk, belakang aku macam ada kelibat putih (bersandar memeluk di belakang aku). Aku buat rilex saja la.. mana tahu ntah ntah perasaan aku saja yg lebih lebih.. (aku ni penakut, bukan berani sangat pon). Kemudian aku rasa macam ada sayap kat belakang.. macam mengepak ngepak mcm nak terbang. Aku terfikir, hebat sangat kah aku ni sampai kat alam ghaib boleh ada sayap (aku start perasan yg bukan bukan, bercampur takut penakut.).. kalau nak kata cik ponti.. mana ada ponti ada sayap (fikir aku laa). Selang beberapa hari..aku gi jumpa sorang mamat yg boleh settle my problem dan boleh diajak bincang. selepas diselidik.. memang pon benda putih tu ialah cik ponti.. yang bersayap.. sampaikan semasa sesi interrogation, seorang dari mamat tukang settle ni.. dia pon sama-sama macam nak terbang sambil mengepak ngepak kan tangan dia (masa tu mamat ni tak sedar). Kemuian cik ponti tu dilepaskan semula ke tempat asal dia (cik ponti tak boleh dibunuh). Mamat tu sedar balik, macam biasa. Aku pon, back to normal. Kalau tak, asyik menguap ngantuk gila gila. Now dah ok. Sepanjang pemahaman aku, belum pernah aku jumpa cik ponti ada sayap, biasanya dia berselimut dgn kain putih saja (tapi ada some yg berselimut kain hitam--> ada 2 jenis).
hahaha itu lah cerita aku.. sekolah dulu, karangan dapat C

groundfloor Publish time 26-5-2020 03:00 PM

jiwasemangat replied at 26-5-2020 12:07 PM
Cerita aku..
Tak seram mana pon.. tapi pelek pulak aku rasa.
Pada mula nya, aku hadapi kehidupan m ...

Kenapa cik ponti xboleh dibunuh?

jiwasemangat Publish time 27-5-2020 08:12 AM

..sebab dia suku sakat roh. Roh itu tiada penghujung, kalau bunuh, dia tak mati.

tricomonas Publish time 27-5-2020 04:47 PM

Edited by tricomonas at 27-5-2020 04:51 PM

dulu aku ada post kisah seram real aku lkat forum ni..tapi memandangkan musim pkp ni aku ada banyak masa aku copy balik kisah seram aku tu.

aku dan famili aku bercuti kat Frasers hill bulan 12 tahun 2018.Sebelum ni kalau ke Fraser Hill kami akan tinggal kat Puncak Inn resort tu,tapi kali ni nak try dok SilverPark Apartment pulak pasal nampak mcm best je..(Puncak Inn dgn SiverPark ni dok sebelah menyebelah je,cuma Silverpark lebih atas je)
Check in pun dah 5 petang sebab masa nak ke atas Fraser tu ada pokok tumbang menghalang laluan lagi 4,5 kilometer nak ke simpang Gap ke Fraser tu.(kalau kita dari Pekan Kuala Kubu lah).
Sewaktu aku nak ambik kunci bilik tu ada sorang makcik cleaner ni tegur,betul ke nak stay apartment tu sbb sekarang ni tak de orang,hanya kami dan ada satu family India yang tinggal di hujung blok A tu..maklum la kami datang tengah minggu,so memang takde orang lain dah.Kami jawap balik kata sewa pun dah bayar takkan nak kensel pulak..nanti burn je duit.makcik tu cuma tersengih je..
Malam tu selepas keluar makan,balik la ke apartment tu,masa nak naik atas tangga tu tetiba blackout.meraba raba aku cari phone nak pasang torch..anak aku yang 2 orang tu dah start menjerit2 sbbkata ada bulu sentuh leher mereka..bini aku jangankatalah..dia memang penakut.,dia start menangis dah..so dari tangga bawah hingga tingkat atas tu kami berjalan dalam gelap je ..peliknya sampai je kat depan pintu rumah tu tetiba elektrik ada lak..

selepas tu takda lagi gangguan ,sampai semua kami masuk tidur,Tetiba aku terjaga,tengok jam ditangan pukul 4.20 pagi.Terdengar ada orang mandi di bilik air utama..maksudnya dibilik aku lah tu.Aku tengok elok je bini aku tidor sebelah.Aku segera bangun pergi ke bilik sebelah kot2 anak aku mengigau mandi ke..tapi aku tengok elok je anak aku tido.Bunyi orang mandi memang jelas dengar..korang bayangkan masa tu tak on lampu apa pun,harapkan lampu dari parking bawah tu je..dalam samar2 tu aku buka pintu bilik air.

memang air pancuran tu terbuka macam kita dok biasa mandi tu..aku pun apa lagi,hati dah memang marah sejak kena kacau dari tangga ttu lagi,aku terus sergah sambil aku on suis lampu bilik air tu"hoi setan,aku datang sini elok2 nak bercuti yang ko ganggu2 ni apahal?"korang tahu apa terjadi?dengan tetiba saja kepala paip air tu tertutup sendiri macam ada yang pulasnya.

terus jadi suasana sunyi,sepi sesepinya...pas tu aku menuju balik ke katil baru je nak sambung tidor,lampu kat ruang tamu pulak terbuka tertutup macam ada orang main suis nya..cilaka betullah ..

so aku pi ke ruang tamu tu dan sekilas pandangan aku nampak macam hantu pocong (macam mayat berbungkus )berdiri sebelah peti ais dapur tu..mukanya hitam je,tak berapa jelas parasnya muncul pun tak sampai satu saat kot..tapi aku sempat tengok sebelum dia lesap tiba tiba.

Macam macam ayat dah aku baca waktu tu..dah le sejuk..kena usik lagi..last2 aku aku on semua lampu biar cerah satu rumah sampai siang..sampai subuh aku tak tidur,anak bini aku baik punya tergolek lena..paginya tu aku ajak family aku check out awal dan kami sambung bercuti kat Shahzan Hotel kat bawah tu pulak
Masa nak return kunci apartment tu,guard situ macam senyum2 je..seolah2 dia tahu apa terjadi pada kami malam tadi.dah balik semula kat Penang,baru aku cerita kat bini aku..marah dia kat aku sbb kalau tahu tak ingin dia nak sambung cuti tukar hotel je tapi masih dok area hantu ..
Macam tulah kisah aku..kalau tak seram kat korang tak pe,,tapi kalau kena macam mana aku kena tu lu fikir lah sundri..
#rupa paras pocong yang aku nampak mcm avatar aku tu lah...saja aku letak buat kenangan

Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Kisah paling seram yg korang alami Setakat ini


ADVERTISEMENT