Tinot7 Publish time 2-1-2021 02:04 PM

Iols tanak jadi grammar nazi, tapi iols prasan ada poremers pakai kata sendi 'di' sebelum perkataan 'tahun'. Kata sendi 'di' setahu iols, digunakan utk nama tempat i.e. di tepi tingkap, di Kuala Lumpur, dan perlu dijarakkan antara kata sendi dgn nama tempat.

Tinot7 Publish time 2-1-2021 02:06 PM

Apabila melihat Pak Kordi merenung tajam ke arahnya, jantung Catpaw mula berdegup pantas. Dup dap dup dap bunyinya.

kimsa-ra Publish time 2-1-2021 02:10 PM

Azam merenung Kamal sambil tersenyum sinis.

Tinot7 Publish time 2-1-2021 02:10 PM

Pak Kordi merenung muka Catpaw lantas mencapai tangan Catpaw seraya berkata, "Kahwinilah aku!".

Tinot7 Publish time 2-1-2021 02:25 PM

Catpaw merenung kembali ke arah Pak Kordi sambil berkata, "Aku tak rela dimadukan!".

...telenovela akan bersambung selepas perkataan baru diperkenalkan oleh momod Catpaw...

KelisaOren Publish time 2-1-2021 02:35 PM

Sambil membaca buku kegemaran, ibu sempat berbicara tentang perancangan untuk menyambut hari lahir ayah tidak lama lagi dan ayah kelihatan gembira merenung wajah ibu

namemysoul Publish time 2-1-2021 02:37 PM

Hati jadi tidak keruan merenung @Tinot7 menyambung cerita telenovelanya itu.

namemysoul Publish time 2-1-2021 02:45 PM

Superman merenung jauh melihat bayang bumi ditelan oleh sang rembulan.

#timakasihlagukryptonite

fahdramli Publish time 2-1-2021 03:41 PM

Ali sedang menonton televisyen sambil bermain telefon bimbit.

keypochino Publish time 2-1-2021 03:48 PM

Ali merenung gelas yg terletak di depannya sambil otaknya sedang berfikir kejadian sebentar tadi.

ClassicMeow Publish time 2-1-2021 03:54 PM

Kamilia asyik membaca novel sehingga tidak sedar bahawa hari sudah larut malam

ClassicMeow Publish time 2-1-2021 03:59 PM

Azila merenung tajam ke arah Hassan tanpa berkata apa-apa sebaik mendengar lafaz talak yang diucapkan Hassan kepadanya

Supersirap Publish time 2-1-2021 04:16 PM

Waktu tidak akan pernah berhenti dari meninggalkan kita, semaju dan sepantasnya pembangunan, begitu juga singkatnya tempoh kita di alam dunia, namun, apakah usia senja masa untuk kita pasrah dengan kelazimanAzali?

Supersirap Publish time 2-1-2021 04:27 PM

Seperti matahari yang tidak Pernah lelah, memancarkan sinarnya setiap hari, begitulah kentalnya jiwa tua yang terus menyimbah semangat tika nyawa dimamah usia, itulah nilai yang ingin kita junjung dalam semangat Emas

-adnil- Publish time 2-1-2021 04:32 PM

Merenung diri sendiri untuk diperbaiki lebih baik dari melihat aib orang lain untuk dihebohkan.

Spongeiibob Publish time 2-1-2021 04:39 PM

Azli berasa sedih apabila merenung nasibnya

nolya Publish time 2-1-2021 04:45 PM

Tinot7 replied at 1-1-2021 09:01 PM
Ayda Jebat dan Nabil membina rumahtangga hari ini.

Ke kena pakai perkataan menyambut?


Aida Jebat menyambut dgn tangisan bahagian bila terdengar perkataan "Sah!" drp wali dn saksi di majlis akad nikahnya.;P

Tinot7 Publish time 2-1-2021 04:46 PM

Edited by Tinot7 at 2-1-2021 04:47 PM

fahdramli replied at 2-1-2021 03:41 PM
Ali sedang menonton televisyen sambil bermain telefon bimbit.

Kena pakai perkataan2 yg catpaw bg la: menyambut, membaca dan merenung

Tinot7 Publish time 2-1-2021 04:47 PM

Supersirap replied at 2-1-2021 04:27 PM
Seperti matahari yang tidak Pernah lelah, memancarkan sinarnya setiap hari, begitulah kentalnya jiwa ...

Kena pakai perkataan2 yg catpaw bg la

Tinot7 Publish time 2-1-2021 04:50 PM

nolya replied at 2-1-2021 04:45 PM
Aida Jebat menyambut dgn tangisan bahagian bila terdengar perkataan "Sah!" drp wali dn saksi di ma ...

Nabil merenung ke mata Ayda sambil tersenyum menantikan malam pertama mereka...
Eeeww....
Cita-cita Nabil untuk menyambut 13 orang anak bakal menjadi realiti...
Lagi eeww...
Nabil dan Ayda mula membaca buku tentang perancangan keluarga.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Jom Bina Ayat Mudah


ADVERTISEMENT