piao Publish time 23-3-2021 09:13 PM

Jangan Buang! 5 Sampah Ini Boleh Dijadikan Baja

Jangan Buang! 5 Sampah Ini Boleh Dijadikan Baja
Bagi korang yang suka bercucuk tanam, korang kena pastikan korang buang terus 5 'sampah' dapur ini yang boleh dijadikan baja. Jadi, korang boleh jimat wang, sambil mengurangkan pengeluaran sampah.

5 'sampah' ini boleh menjimatkan wang korang, serta membuatkan tanaman subur dengan cara semulajadi:

1. Kulit pisang

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2021/03/18/node-6371/ThinkstockPhotos-177107367-1.jpeg?itok=m2wfANIw
Kulit pisang sangat kaya dengan potasium, dan boleh dijadikan baja untuk tanaman. Untuk menjadikan baja, anda hanya perlu merendam kulit pisang dalam air selama 24 jam sebelum menyiram air rendaman pada tanaman anda.


2. Kulit telur

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2021/03/18/node-6371/698107-hatched-open-poultry-chicks-egg-shells-shell-706502.jpeg?itok=wVM71Afq
Kulit telur mengandungi kandungan kalsium yang sering digunakan untuk menyuburkan tanaman yang mudah mati seperti tomato. Caranya mudah, hancurkan kulit telur dan tabur ke dalam pasu tanaman korang.

3. Serbuk kopi

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2021/03/18/node-6371/U07aafeabe7ee49be83cc2322ca15540cj.jpeg?itok=BuafOh4K
Serbuk kopi dapat mengubah tahap pH tanah dan kepada keasidan yang lebih tinggi untuk tanaman seperti bunga mawar dan tomato. Serbuk kopi yang telah digunakan boleh direndam ke dalam air atau tabur je terus ke dalam pasu.

4. Uncang teh

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2021/03/18/node-6371/tea-bags-3836347_1280.jpeg?itok=7IeDNCQw

Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang. Korang campurkan dua liter air, kemudian siram air tersebut ke dalam tanah tanaman.

5. Kulit bawang putih, merah

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2021/03/18/node-6371/Onion-Skin-1280x720.jpeg?itok=aLQWGrLp

Kulit bawang merah dan putih yang kaya dengan potasium, kalsium dan zat besi boleh digunakan sebagai baja. Ianya dapat membantu tanaman tumbuh dengan lebih kuat. Rendamkan kulit bawang ke dalam air dan biarkan selama tiga, empat hari, kemudian gunakan untuk menyiram tanaman.

Sumber: mStar

chandrahusin Publish time 23-3-2021 09:52 PM

Paling bagus uncang teh tu
Keluarkan teh je tabur dlm pasu
Uncang teh byk kegunaan ye
Klu rajin boleh simpan dlm peti sejuk
Kemudian letak kat mata untuk hilangkan eye bag
Selain tu boleh letak dlm.kasut, beg atau peti sejuk yg berbau utk hilangkan bau busuk
Boleh jgk guna uncang terpakai utk sental kuali, periuk & mangkuk berminyak
Mmg sng nak cuci lps tu

zirah000 Publish time 2-6-2021 11:19 PM

Betul.. Sume bahan kt atas boleh buat baja kompos..iols siap buat diy compost bin kt rmh:D

ketupatnasi Publish time 5-6-2021 10:18 PM

Asasnya semua bhgn tumbuhan n binatang bole buat baja.

Perut/kepala ikan tuh chuols blend perap dgn gula merah sama ratio. Boleh campur jah kulit bawang ke or apa2 bhgn sayur yg chuols nk buang. Blend je. Tutup dlm bekas gelap dlm seminggu pd suhu bilik. Tapis, ltk dlm botol mineral..simpan dlm peti (jgn terminum plak) ;P
Hampas tu tabur je kt pokok.

Pastu amik pati tu campur air..biar cair je jgn pekat nt mengundang semut. siram jah baik kt pokok bunga or sayur...seminggu skali je :$
Pages: [1]
View full version: Jangan Buang! 5 Sampah Ini Boleh Dijadikan Baja


ADVERTISEMENT