mok_nik Publish time 11-3-2005 02:51 AM

ii. Tangga

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/tangga.jpg

Tangga sesebuah rumah biasanya tidak disambung terus ke ruang selasar @ dapur. Tujuannya untuk memberi peluang seseorang yang telah keluar rumah dan bila pulang ke rumah berhenti sekejap di lambur sebelum masuk ke serambi @ dapur. Masyarakat Melayu percaya bila seseorang itu keluar rumah, makhluk halus selalunya akan mengikutinya.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:53 AM

iii. Sorong

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/sorong.jpg

Ruang hadapan yang terdapat pada rumah jenis Limas Belanda dan Bujang Barat.
Ruang ini merupakan ruang menerima tetamu lelaki dan boleh disamakan sebagai ruang serambi. Ruang ini digunakan untuk upacara akad nikah, tahlil dan doa selamat. Kadang kala ruang ini digunakan sebagai ruang tidur kepada ketua rumah dan juga tempat menyimpan barang-barang berharga.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:54 AM

iv Ruang Beranda

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/beranda.jpg

Ruang yang menghubungkan tangga, sorong dan ibu rumah. Kedudukan lantai beranda lebih rendah dan ia berfungsi sebagai tempat berehat kaum lelaki pada waktu petang. Di samping itu juga menjadi tempat tidur anak-anak muda di waktu malam.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:54 AM

v. Ruang Anjung

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/anjung.jpg

Ruang ini biasanya digunakan kaum lelaki untuk menjalankan kerja-kerja rumah seperti menganyam bakul, membaiki pukat, jaring dan lain-lain.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:55 AM

vi. Ruang Serambi

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/serambi.jpg

Biasanya lantai serambi sama tinggi dengan lantai rumah ibu pada rumah serambi. Ruang ini juga dikenali sebagai ruang lelaki kerana keseluruhannya digunakan oleh lelaki seperti untuk berehat dan tempat tidur anak-anak lelaki.
Oleh kerana ruang ini terbuka , maka majlis adat dan agama seperti perkahwinan, tahlil dan lain-lain diadakan

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:58 AM

vii. Ruang Tengah

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/r_tengah.jpg

Ruang ini pada sesetengah rumah adalah terdiri daripada rumah ibu. Kedudukannya ialah di antara ruang hadapan dan ruang belakang. Ruang ini dikhaskan untuk keluarga sahaja. Biasanya dibatasi dengan dinding.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:58 AM

viii. Dapur.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/dapor.jpg

Dikenali sebagai ruang perempuan iaitu sebagai ruang untuk meraikan tetamu perempuan selain daripada tempat memasak. Kedudukan lantai dapur lebih rendah daripada rumah ibu dan serambi.

mok_nik Publish time 11-3-2005 02:59 AM

ix. Ruang Bawah Rumah

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/rumah_tradisional/imej/rumah/bawah.jpg

Ruang ini menjadi tempat bengkel @ stor. Berbagai aktiviti dijalankan seperti bertukang, menumbuk padi, menerap batik dan lain-lain. Juga sebagai tempat menyimpan barang seperti alat pertanian, kayu api @ memelihara binatang.

mok_nik Publish time 11-3-2005 03:02 AM

untuk lebih lanjut sila ke Rumah Melayu Tradisional

mok_nik Publish time 11-3-2005 05:45 AM

find out more atMalaysian House

                                 or

The Malay House: Learning from its elements, rules and changes.

BellaDeLaRossa Publish time 22-3-2005 01:28 PM

Originally posted by fleurzsa at 10-3-2005 08:31 PM:
http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/rt1.jpg

Rumah Perabung Lima di Kelantan

[ Last edited by fleurzsa on 10-3-2005 at 08:37 PM ]


sempat jgk aku menjejak kaki di rumah moyang aku dulu...camni la lebey kurang binaan dia.,..tp now dah roboh n bina baru...:)

liesl Publish time 14-4-2006 08:17 PM

i love this thread.. i saw from one pic in gossip board, the former tv3 hostess normala her house also rumah tradisional melayu but very spacious and elegant, hehehe.

why can't i keep a bookmark of this thread? why forum doesnt have this kind of function? sob~~

liesl Publish time 14-4-2006 08:19 PM

adakah ruang bawah rumah juga digunakan untuk membela ayam dan haiwan lain?

liesl Publish time 14-4-2006 08:26 PM

eleh, mod chumpon cuma bukak thread ni dan lainnya diserahkan oleh org lain utk completekannya, dan u juga yg dapatkan digest post ya? hmm hmm...

http://www.badanwarisan.org.my/images/fp_04.jpg


more stories abt rumah penghulu abu seman? here

http://www.badanwarisan.org.my/conservation/rumah_penghulu.php

chumpon Publish time 15-4-2006 09:58 AM

Originally posted by liesl at 14-4-2006 08:26 PM
eleh, mod chumpon cuma bukak thread ni dan lainnya diserahkan oleh org lain utk completekannya, dan u juga yg dapatkan digest post ya? hmm hmm...

http://www.badanwarisan.org.my/images/fp_04.jpg ...


marahnya awak ,takpe nanti u balik sini saya belanja awak makan okay?:love:

nice72_nik Publish time 20-9-2006 10:36 AM

Salam...

Bila kita tengok kat bucu atap, ada macam pelepah... kalau disebelah Perak pelepah/daun tue menghala ke bawah. Manakala di Kelantan lak pelepah/ daun tue menghala ke atas. Boleh tak sesiapa kat sini cerita tentang perbezaan tersebut.


Wassalam

king_kenny Publish time 18-12-2007 04:31 PM

rumah tradisional melaka,, ade serambi,, tapi bertingkap,,maksudnye boleh ditutup ruangnya..

& ade tempat mandi di luar,, di panggil megkewan..
tak ramai yg tau perkataan mengkewan ni...sebab aku google pun,,jumpe 2 page aje,,
kamus dewan pun takde perkataan ni..
kalau budak2 zaman skrg,mmg tak tau

di antara ruang dapur & ruang tengah,,ada open space yg tak beratap selalunya,, di situ selalunya ade perigi,,

dCrook Publish time 18-12-2007 10:10 PM

rumah kutai takde ke? Ini cth rumah kutai. Dinding dia beranyam.
http://muziumperak.gov.my/pasirsalak/tempatsejarah/rumah_kutai.jpg

[ Last edited bydCrook at 18-12-2007 10:14 PM ]

tadika_action Publish time 19-12-2007 09:31 AM

lambur juga tempat persambungan antara dua rumah. selalunya rumah ibu bapa dengan rumah anak menantu baru.


adakah semua negeri ada pantang larang dan konsep tentang tiang seri?
Pages: 1 [2]
View full version: Rumah-rumah tradisional Melayu


ADVERTISEMENT