kunangkunang posted on 11-11-2005 11:15 AM

Batuk berkahak. Macam mana nak hilangkan?

hai semua...

anak kunang skrg dah 1 thn lebih. masuk hari nie...dah dekat sebulan lebih dia kena batuk berkahak. bila pegi klinik, doktor ada bagi ubat batuk and cairkan kahak. masalahnya sekarang....anak kunang susah sgt nak telan ubat. nampak botol ubat je dah tutup mulut rapat. kalau dipaksa jugak...habis dia muntahkan semua...termasukla apa yang dia baru makan sebelum tu. kesian betul. lembik je... waktu malam lagi menjadi-jadi batuknya. kita yang mendengar nie pun rasa penat..tambah pulak dia yang dok terbatuk-batuk tu.

jadinya kunang nak minta tolong...sesapa yang ada cara nak hilangkan batuk berkahak nie selain daripada makan ubat. sekarang ni pun..kunang bagi jugak makan ubat. sikit-sikit. tapi sampai bila nak tunggu batuk tu hilang kan? takut plak ada sakit lain...(minta dijauhkan laa..)

tolong laa...:cry::cry::cry:

magdalina posted on 11-11-2005 12:53 PM

minum air suam banyak-banyak
kurangkan minum susu

atira posted on 11-11-2005 01:17 PM

betul!! pujuk anak supaya minum air suam banyak2....
jgn biar dada anak kesejukan.... kot lah budak2 ni.... kdg2 baju basah laaa... air liur ,meleleh lah

shahnazz posted on 11-11-2005 02:05 PM

Arituh my daughter and son (4 1/2 years and 1 3/4 years) alami masalah batuk waktu pagi dan malam (baru bangun tidur + masuk waktu tidur). My babies pun pernah ada history batuk berkahak jugak, sampai muntah-muntah, admit ke hospital etc.

Consult dengan paeditrician, dia recommend untuk bagi ubat Singulair, ada in powder form for babies, and tablet form for toddlers... rasanya sedap... to be taken every night... my paeds siap bagi 1 months supply, katanya ni untuk cegah asthma, insya-Allah... alhamdulillah sampai hari nie since diorang ambik ubat tu, my kids takde batuk-batuk waktu pagi...

honeybee1802 posted on 11-11-2005 05:40 PM

haa....shahnaz..nih i nak tanya nih..mcm mana dr anak u leh kasik singulair ek?itu yg amik tetiap ari ke aper?anak u or u penah ada history asthma ker?itu amik pakai spacer ke mcm ner?br nih my cousin tanya anak i tak start inflammide ke to prevent lelah...rsnyer history dia mcm anak shahnaz jugak kot...batuk2..sampai semput gitu...

shahnazz posted on 11-11-2005 07:39 PM

Saya memang ada history asthma, since kecik lagi, inhaler tak pernah lepas dari tangan masa dulu, my father pun sama jugak... tu la yang paeds recommend singulair tablets tu. Yes, ambik tetiap hari for one month duration, for my kids.

My kids actually tak semput atau lelah, cuma batuk berkahak. Tapi jenis batuk berkahak susah betul nak hilang.



Kalau nak bagi ubat... biasanya I atau my wife akan bagi ubat sebelum baby tu makan or minum susu. Ubat apa yang baby you makan? Usually doctors bagi ventolin syrup, biasanya bebudak suka minum sebab sedap & manis (tapi jangan amalkan selalu, and follow the recommended dosage). Selain dari tu, banyakkan minum air spt advice forumers lain, and try to identify and eliminate the cause of the batuk berkahak (allergies, pets, air-conditioning etc).

shahnazz posted on 11-11-2005 07:40 PM

Singulair is in the form of powder (untuk dibancuh dalam susu atau makanan baby) or in tablets (chewable), yang saya tau la...

FYI my paeds is at DEMC Shah Alam.

zurin_79 posted on 12-11-2005 04:36 PM

Anak zu masa raya ari tu demam,batuk dan selsema sekarang dh okaylah ...cuma kahak dia lagi belum hilang...pagi tadi gi klinik sedut asap...untuk cairkan kahak.....aduk ngamuk sakan dia........

kunangkunang posted on 14-11-2005 09:44 AM

thanks for the replies...

sekarang nie cuma bagi ubat yang doktor bagi je. tak ambik ubat lain.

Shahnazz...

kat mana nak dapatkan 'Singulair' nih? my baby pun tak de asma. cuma yang masalah nye..batuk ngan kahak tu saja. FYI...mmg kunang bagi dia makan ubat before menyusu atau makan...itu pun dia tutup mulut rapat! kalau dipaksa lagi...habis muntah laa.. susah betoi nak makan ubat.

magdalina...

memang sekarang bagi dia minum air suam jugak. tapi bila kita suap dia air atau letak dalam botol susu...dia buat main-main je...sampai meleleh..tumpah habis. kalau 1/2 cawan kita bagi...yang masuk mulut dia ciput jee...

zaida posted on 15-11-2005 07:40 AM

Originally posted by zurin_79 at 12-11-2005 04:36 PM
Anak zu masa raya ari tu demam,batuk dan selsema sekarang dh okaylah ...cuma kahak dia lagi belum hilang...pagi tadi gi klinik sedut asap...untuk cairkan kahak.....aduk ngamuk sakan dia........

zu, baby ida pun demam, batuk & selsema gak sejak raya ari tuh... x buleh tido, asyik ngamuk jer sbb idung tersumbat ngan batuk teruk...sekrg ni demam dah ilang.. batuk pun dah kurang.. cuma dia punyer kahak ada lg... sian lak dgr... semalam gi hospital, doktor kasi ubat utk cairkan kahak dia jugak... harap2 berkesan la ubat tu...

moimed posted on 15-11-2005 08:42 AM

anak moi pon demam gak ari tuh pas balik dr kampung....mmmm maybe tukar angin jap kot. ngamuk gak coz idung tersumbat, asik merengek jer memalam..kalo nak sedut nafas tuh sampai muncung2 mulut tuh, bersin lak sampai terkuar taik idung dia melekat kat pipi...sian anak mama nih....moga cepat sembuh...

zaida posted on 15-11-2005 08:58 AM

Originally posted by moimed at 15-11-2005 08:42 AM
anak moi pon demam gak ari tuh pas balik dr kampung....mmmm maybe tukar angin jap kot. ngamuk gak coz idung tersumbat, asik merengek jer memalam..kalo nak sedut nafas tuh sampai muncung2 mulut tuh, ...

bab taik idung tu yg geli ati moi...:bgrin: sbbnyer si husna pun masa demam ida selalu ngutip taik idung dia yg melekat kat pipi time dia ngesat2 idung dia dgn tangan dia... comot betul dia time tuh...:lol

moimed posted on 15-11-2005 09:14 AM

ye lah mmg comot pon tangan tuh tak reti dok diam asik tenyeh idung ngan mata jer..paling kelako skrg nih bila dia niarap jer tangan ngan kaki terangkat pastu badan dok godek2cam berenang lak. kalo tgk mmg gelak punya lah...tergodek2 kaki tuh cam berenang, nak kedepan tak pandai lagi, bila penat mula la nak nangis, :clap:

nasi^impit posted on 15-11-2005 10:25 AM

sama la dgn amna
balik dari kelantan amna terus batuk & selsema
teruk jugak sampai kena gi smc 2 hari berturut2
sian dia
skrg selsema dah kurang
tapi batuk kahak masih ada

moimed posted on 15-11-2005 10:30 AM

musim kot, ikutkan moi pon batuk selsema gak nih, selsema dah ok cuma batuk tuh sampai bunyi "kheng2" teruk gak, gatal tekak rasa nak batukkk jer..

honeybee1802 posted on 15-11-2005 01:36 PM

raya ari tuh bukan takat anak yg batuk2...honey pun batuk sampai tersemput...1st time kena gitu setelah lama tak kena..ptt le bebdk kalo kena mcm takmo mkn minum...mmg rasa dada tuh tight jek..susah nak nafas.mkn ubat batuk pun tak jd per.kahak tuh mcm tersangkut kat dada....susah nak kuar..nak tido pun tak selesa sgt...last2 p klinik dr kasik ubat lelah...br lega...tu pun pantang gak ais..kalo tak ntah2 maknyer pun kena sedut gas lak..rasanya raya ari tuh ramai yg kena btul selsema kan...sbb cuaca pun ujan/panas jek...

ace posted on 15-11-2005 01:57 PM

sebagai penambahan sahaja..

bleh try VICks range (Vicks vaporub/babyrub)... sapu didada, leher dan belakang badan..

nasi^impit posted on 16-11-2005 10:57 AM

smlm masa ambil amna kat nursery
pengasuh dia cakap, mak mertua dia kesian tgk amna batuk2
last2 mak mertua dia ambil daun hati-hati  (tak salah aku la) tumbuk2 dgn kapur
pastu sapu kat dada dia
i tgk smlm amna tidur nyenyak & batuk pun dah kurang
ada jugak dia muntah utk keluarkan kahak tapi tak seteruk sebelum ni

nanti i check balik dgn pengasuh tu, daun apa dia mak mertua dia pakai

ace posted on 17-11-2005 12:13 PM

aik? tadi ada send rupanya tak dapat? cehh... cari.com ni meweng sket lately ni...

nasi,
mmg orang tua2 ni kaya dengan ilmu.. yang tak dapat cari kat dalam buku..

lagi satu kalau baby yang selsema hingus meleleh dan susah nak makan syrup ubat tu, bleh try sapu ngan air garam ataupun sapu dengan kunyit + kapur di hidung menuju ke atas umbun2 kepala.. insyaAllah cepat keringnya hingus dia tuu

putubambu posted on 17-11-2005 02:19 PM

anak putu pun jenis batuk berkahak ni..
mmg lambat baik.. kasi ventolin jek..

si ammar kecik2 dulu mmg kena bronkitis.. sampai 2 kali le masuk wad kat KBMC buat suction..
pasal kahak byk..

rajin2 bagi air masak..peh tu sapu le vicks sikit..
dada dia kalau boleh jgn bagi sejuk sngat..kalau baju tu dah basah kena air liur ke..main air. ke..cepat2 le salin.
tido malam tu..kalau boleh selimutkan (tapi biasanya putu selimutkan time dia dah tido..kalau tidak..tak maunya dia tido berselimut ni..:bgrin:)

insyaallah..

kunangkunang posted on 17-11-2005 02:54 PM

hmm...ramainya baby yang kena demam, batuk ngan selsema ni ye...

one thing yang kunang nampak...

bila balik kampung je...anak2 for sure kena demam, batuk selsema. agaknya diaorang nie tak tahan air-cond. tapi tu la...sekarang nie kalau balik kampung..mmg tak pasang air-cond dah...mungkin masa balik kg ari tu hujan renyai-renyai. angin malam tu sama kut...

hmm...nasi..tolong check ye daun apa. rasanya ubat tak boleh pakai dah sbb anak kunang susah nak makan ubat. ada sekali tu buat air masak + ubat batuk..punnnn dia tak telan. sikit je masuk mulut dia. hmm..susahnya...

shahnazz posted on 18-11-2005 10:43 AM

hi, sorry lama dah tak jenguk thread ni...

kunangkunang, dah try carik kat pharmacy ke singulair tu? since dia susah nak makan ubat, ambik yang dalam bentuk sachet (powder form) pastu bancuh dalam susu atau food dia... insya-allah your baby boleh makan ubat tu... biasanya saya ambik medication for my kids kat Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam (Seksyen 9 opposite Plaza Shah Alam/Concorde).

cikedee posted on 24-11-2005 03:54 PM

nak kata musim, anak aku manjang jer kena batuk selsema ni.... baik 1 minggu, kena 3 minggu... mcm da putus asa rasanya... bg ubat pun x baik, so skang kalau dia kena, aku x bagi apa2 langsung! jangkamasa baik tu sama gak ngan time mkn ubat... dua2 mmg lama!

anak aku ni lain sikit, baru 2 tahun umur dia... masa kecik2 suka sgt minum air masak. skang ni nak minum air manis je dan berais (sama mcm bapaknya!) x penah sentuh air masak. dah tu time tido xpenah nak pakai selimut. siaplah dia meraung kalau dia rasa aku selimutkan dia...

camne  nak buat? xkira sejuk mana pun dia xnak selimut! ni kena batuk berkahak dah lama... nak bagi ubat? mmg muntah lah jawabnya. tu pun aku try bagi sebelum mkn, kalau x abis keluar balik apa yg dia makan!

shahnazz posted on 25-11-2005 01:04 AM

cikedee
cuba try kurangkan ur baby minum air berais... tu memang boleh buat batuk, orang tua-tua pun selalu pesan jangan minum air sejuk... kalau ubat batuk bagi ubat apa? recommend ventolin syrup, manis. sampaikan my daughter melalak nak minum ubat tu padahal dia sihat-walafiat. and singulair in tablet form pun rasanya sedap, macam makan vitamin suppelements yang bermacam perisa tu... my doktor nasihat kalau tidur dalam bilik yang ada aircon + kipas, tutup kipas, biarkan aircon aje sebab aircon tu act as filter, kipas buatkan tempat tidur berhabuk... wallahu'alam

kunangkunang posted on 28-11-2005 02:14 PM

hai semua...

terima kasih pada yang sudi beri nasihat dan petua. alhmadullillah...batuk dan selsema anak kunang dah pun hilang. baik mcm tu saja... . Esok nak bawak dia pegi cucuk yang umur setahun tu.. asik tergendala je sebab tak sihat dan tak berpeluang gi klinik. esok kena pegi jugak2.

pada cikedee...anak kita lebih kurang sama je... baik kejap lepas tu datang balik. itu anak cikedee yang suka minum ais. anak kunang yang jarang minum ais nie pun..senang jugak kena selsema. mungkin ada betul kata doktor shahnaz tu...kipas yang terpasang..mungkin bawak banyak habuk. hehehe..lepas nie balik cuci kipas la pulak.
Page: [1] 2 3
View full: Batuk berkahak. Macam mana nak hilangkan?