1mas2ra posted on 4-7-2006 06:05 PM

PAVLOVA

Sabtu lepas ada gang RN datang rumah so one of the desserts yang disediakan ialah pavlova...

Pavlova Mas

180gm putih telur
Secubit garam
1/2 tsp cream of tartar
100gm caster sugar
1tsp vanilla essence
1tsp white vinegar
1tsp tepung jagung

1-2 tub thickened cream

Topping-any fruits ie strawberry, grapes, kiwi,plum, etc

Strawberry/Raspberry Coulis
Strawberry
Caster sugar
Perahan lemon
Air sikit

1. Pukul putih telur,garam dan cream of tartar untuk 30 saat, masukkan gula sikit2 (dalam 1Tb), beat sekejap, masuk lagi sikit2  sampai gula habis. Make sure gula betul2  hancur. Texture licin dan berkilat.
2. Masukkan esen vanilla, vinegar dan tepung jagung dan gaul rata.
3. Lukiskan bulatan 10inci atas kertas silicon atau boleh guna mana2 tin rendah (non stick better), kalau tak non stick tolong alas dgn silicon paper pasal ia akan melekat pada tin.
4. Bakar pada 140C untuk 1 1/2 jam. JANGAN SESEKALI BUKA PINTU OVEN. Sebaik2nya untuk makan esok hari, buat malam, tutup oven dan tinggalkan dalam oven.
5. Untuk coulis/sauce, blend empat2 tu till hancur, sukatan selalunya agak2 coz strawberry tak tentu masamnya, jadi kena testlah manis masam (gula dan lemon). Air pun jangan banyak, coulis sepatutnya pekat bukan cair, pekat tapi still boleh dituang. Tak paham tanya yg penah makan aritu. Simpan dalm peti, boleh buat awal, biar sejuk.
6. Sebelum makan, beat cream (my favorite is Bulla atau Cool Whip tp Cool whip ni susah giler nak dapat tapi kalau takde Rich pon bolehlah) sampai gebu.
7. Bubuh cream atas meringue (base tu actually sejenis meringue) dan susun fruits kat atas. Strawberry coulis tu sama ada pour terus atau pour kemudian sebelum makan.
8. Cream dan fruits tu paling elok di letak b4 makan atau jangan terlalu awal, nanti jadi soggy.

NOTA
- base boleh tahan dalam 2-3 hari diluar provided simpan dalam airtight container.


http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/pavlovadahkenangap.jpg
serve yang ni utk petang

http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/pav.jpg
malam buat utk anak

http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/sliceofpavlova4.jpg
close up

http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/topofpavlova2.jpg
ini pulak supplykan Dee RN dgn meringue n coulis dan dia boh cream n fruits

http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/closeupdees.jpg
Dee punya

http://i69.photobucket.com/albums/i47/NabilAriffin/closeupslurp.jpg
Dee punya close up

[ Last edited by  1mas2ra at 5-7-2006 12:31 PM ]

Kacip_Fatimah posted on 4-7-2006 06:24 PM

kak mas..
pavlova nie kategori apa erkk..?!
saya tak pernah rasa lerr apatah lagik 1st time dengar nama nie..

Kacip_Fatimah posted on 4-7-2006 06:28 PM

eh chup!
sori tak nampak..kategori dessert!hehehe...

Kacip_Fatimah posted on 4-7-2006 06:30 PM

Originally posted by 1mas2ra at 4-7-2006 06:05 PM
1-2 tub thickened cream
boleh bagitau saya apa nie?!Kalau ada gambar lagi bagus..

1mas2ra posted on 4-7-2006 06:31 PM

Originally posted by Kacip_Fatimah at 4-7-2006 06:28 PM
eh chup!
sori tak nampak..kategori dessert!hehehe...

lawak ptg2 ya soal sendiri, jawab sendiri, takpe kacip ni kita dekat ape2 hal boleh calling....dessert ni masam n manis and lemak (cream), tanya si penyu n myasha dia org ada haritu

Kacip_Fatimah posted on 4-7-2006 06:33 PM

tapi rupa dia mcm kek pun ada jugak..nak makan dia kena potong ke atau scoop?!

shidaaziz posted on 4-7-2006 06:42 PM

keras ke atau lembut pavlova ni?

ninoZ posted on 4-7-2006 07:12 PM

Originally posted by shidaaziz at 4-7-2006 06:42 PM
keras ke atau lembut pavlova ni?

depending on adunan..
biasanya bahagian luar tu crisp n dlm dia mcm lembut2 tp chewy..


kalau meringue base tu kita campo dgn serbuk koko pun sedap tau...jadik  Chocolate Meringue Base
then taruk double cream..whip cream pun bleh gak..pastu taruk strawberry/raspberry...then taruk choc shaves..perghhhhhh
sodapppppp :D

kita punya version utk meringue base tu sempoi jek

6 egg whites
300g caster sugar
3 tbsp tepung jagung/cocoa powder
1 tsp balsamic vinegar/vinegar


teknik sama jek mcm resepi di atas..
api kene pandai jaga eh..once dah siap jgn biar tertutup dlm oven...sure soggy punya lah

1mas2ra posted on 4-7-2006 07:15 PM

Originally posted by Kacip_Fatimah at 4-7-2006 06:30 PM

boleh bagitau saya apa nie?!Kalau ada gambar lagi bagus..

kacip gambar takdelah tapi kak mas selalu guna brand Bulla, kira 1 tub tu 300ml, lagi satu brand Cool Whip tapi Cool Whip ni susah sangat nak dapat sekarang, Bulla ni kat Cold Storage n Tesco ada atau cari kat mana2 supermarket bahagian cream tu tgk satu2 for thickened cream. Atau kalau dah takde gak guna je Rich cream, cara samaje, beat sampai gebu that's all, tapi Rich manis compared tu thickened cream jadi maybe nak lawan tu buat coulis biar masam lebih skit..jom gi cold storage subang parade kak mas tunjuk..

1mas2ra posted on 4-7-2006 07:15 PM

Originally posted by Kacip_Fatimah at 4-7-2006 06:33 PM
tapi rupa dia mcm kek pun ada jugak..nak makan dia kena potong ke atau scoop?!

potong kacip

1mas2ra posted on 4-7-2006 07:16 PM

Originally posted by shidaaziz at 4-7-2006 06:42 PM
keras ke atau lembut pavlova ni?

outside crispy, lembut n marshmallowy on the inside

[ Last edited by  1mas2ra at 4-7-2006 07:18 PM ]

1mas2ra posted on 4-7-2006 07:17 PM

Originally posted by ninoZ at 4-7-2006 07:12 PM


depending on adunan..
biasanya bahagian luar tu crisp n dlm dia mcm lembut2 tp chewy..


kalau meringue base tu kita campo dgn serbuk koko pun sedap tau...jadik  Chocolate Meringue Base
th ...


betul ninoz kalau chocolate pavlova pun sedap kan

shidaaziz posted on 4-7-2006 07:18 PM

Originally posted by ninoZ at 4-7-2006 07:12 PM


depending on adunan..
biasanya bahagian luar tu crisp n dlm dia mcm lembut2 tp chewy..


kalau meringue base tu kita campo dgn serbuk koko pun sedap tau...jadik  Chocolate Meringue Base
th ...

TQ kak ninoz. selalu tengok tapi tak berani nak cuba. manis tak? tak tahan manis :cak:

shidaaziz posted on 4-7-2006 07:18 PM

Originally posted by 1mas2ra at 4-7-2006 07:15 PM


kacip gambar takdelah tapi kak mas selalu guna brand Bulla, kira 1 tub tu 300ml, lagi satu brand Cool Whip tapi Cool Whip ni susah sangat nak dapat sekarang, Bulla ni kat Cold Storage n Tesco a ...

kak mas, boleh guna whip cream dalam botol tu kan? yang jenis spray tu.

1mas2ra posted on 4-7-2006 07:19 PM

Originally posted by shidaaziz at 4-7-2006 07:18 PM


TQ kak ninoz. selalu tengok tapi tak berani nak cuba. manis tak? tak tahan manis :cak:

tak manis, taste semua ada, a bit of everything, masam, manis, lemak..

ninoZ posted on 4-7-2006 07:35 PM

Originally posted by 1mas2ra at 4-7-2006 07:15 PM


potong kacip
kalau tak nak potong2..buat je individual size..lagi cute :D

smeetasmitten posted on 4-7-2006 08:04 PM

Originally posted by ninoZ at 4-7-2006 07:12 PM


depending on adunan..
biasanya bahagian luar tu crisp n dlm dia mcm lembut2 tp chewy..


kalau meringue base tu kita campo dgn serbuk koko pun sedap tau...jadik  Chocolate Meringue Base
th ...

resepi Nigella pun lebih kurang cam ni.

1mas2ra posted on 4-7-2006 08:10 PM

Originally posted by shidaaziz at 4-7-2006 07:18 PM


kak mas, boleh guna whip cream dalam botol tu kan? yang jenis spray tu.


boleh gak, short cut

1mas2ra posted on 4-7-2006 08:11 PM

Originally posted by ninoZ at 4-7-2006 07:35 PM

kalau tak nak potong2..buat je individual size..lagi cute :D

a'ah nanti cari gambar lama ada buat kecik2

Penyulawa posted on 4-7-2006 10:20 PM

Originally posted by 1mas2ra at 4-7-2006 06:05 PM
Sabtu lepas ada gang RN datang rumah so one of the desserts yang disediakan ialah pavlova...

Pavlova Mas

180gm putih telur
Secubit garam
1/2 tsp cream of tartar
100gm caster sugar
1tsp va ...


Ya Allah... it was sooooooooooooooo wonderful... tak tau camana lagi nak expresskan... memang wallah... it was so simple but tastes... eeemmmm yummylicious!!! Thanks Mas for that beautiful & wonderful desserts...

Penyulawa posted on 4-7-2006 10:27 PM

Originally posted by ninoZ at 4-7-2006 07:12 PM


kita punya version utk meringue base tu sempoi jek

6 egg whites
300g caster sugar
3 tbsp tepung jagung/cocoa powder
1 tsp balsamic vinegar/vinegar



ninoz, apa tu balsamic vinegar?  cuka biasa tak leh ker?  kalau ganti ngan lemon juice ok tak?

myasha posted on 4-7-2006 11:06 PM

sedap banget bender nie.....terliur terkenang balik...........heheheh

MAKLANG posted on 5-7-2006 09:21 AM

Originally posted by 1mas2ra at 4-7-2006 06:05 PM
Sabtu lepas ada gang RN datang rumah so one of the desserts yang disediakan ialah pavlova...

Pavlova Mas

180gm putih telur
Secubit garam
1/2 tsp cream of tartar
100gm caster sugar
1tsp va ...

mak ooiiiiii.....nampak sedap betuiiiii....:love: nak buat takut tak menjadi...senang ke buatnya kakmas:hmm:

ibumontel posted on 5-7-2006 09:40 AM

sedapnya k.mas..terliur sungguh..susah x nak buat..montel tengok jer kat fnr terus teringin nak buat..

DARSITA posted on 5-7-2006 10:16 AM

tumpang tanya Datin Datin and Puan Sri semua .. cream of tartar ni kita boleh makan ke?


Arigato
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: PAVLOVA