yayayiyiyuyu Publish time 30-5-2006 10:42 PM

normal je badan i ni tapi kuat berpeluh kat tangan dan kaki

Syd Publish time 15-8-2006 09:24 AM

Pembedahan ETS rawat peluh berlebihan
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

BOLEH dikatakan, semua orang akan berpeluh apabila cuaca panas di luar. Kebanyakan daripada kita juga boleh menjangkakan peluh akan keluar jika bersenam.

Itu normal kerana badan menggunakan peluh untuk mengawal suhu badan. Terdapat antara dua hingga empat juta kelenjar peluh yang digunakan oleh sistem saraf untuk menyejukkan badan.

Tetapi, cuba bayangkan peluh keluar lebih banyak daripada diperlukan, sekalipun berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga.

Sesetengah orang menderita peluh berlebihan di mana tangan dan kaki mereka berpeluh dengan banyaknya, membuatkan mereka menjauhkan diri daripada bersosial dengan masyarakat disebabkan oleh masalah yang memalukan ini.

Rambo (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang daripada mereka. Dia hidup dengan peluh yang berlebihan tidak kira apa sahaja yang dilakukannya.

Remaja berusia 19 tahun ini juga mengalami kebasahan yang teruk serta kesejukan hampir kebanyakan masanya. Diagnosis Rambo mengatakan, dia menderita keadaan kronik yang dikenali sebagai hiperhidrosis.

Rambo sering mengelak daripada berjumpa orang lain kerana bimbang dicemuh. Oleh kerana itu, kawan-kawannya boleh dibilang dengan jari. Dia juga mengelak daripada bersalaman.

Semasa musim peperiksaan, pelajar di salah sebuah universiti tempatan itu tidak boleh menjawab dengan baik walaupun dia seorang yang pintar dan tahu apa jawapannya.

Kertas jawapannya basah lencun dan koyak dek peluh yang menitis dari tangannya. Perasaan cemas menghadapi peperiksaan memburukkan lagi keadaannya.

Pada masa lalu, mungkin penyelesaian kepada masalah hiperhidrosis ini adalah sangat terhad tetapi kini, prosedur pembedahan berteknologi tinggi mampu menawarkan kelegaan segera.

Jika sebelum ini, para penderita hiperhidrosis mungkin diminta mengelap tangan mereka menggunakan tuala atau menggunakan talkum, atau paling tidak menerima keadaan mereka seadanya, namun itu semua tidak mendatangkan kesan seperti diharapkan.

Mereka kini boleh memilih rawatan pembedahan ringkas yang secara relatifnya berisiko rendah dan mampu menyembuhkan hiperhidrosis hampir 100 peratus, sepanjang hayat.

Sayangnya, pembedahan kelenjar saraf - simpatektomi torasik endoskopi (ETS), kurang diketahui wujud di negara ini.

揌iperhidrosis atau masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis dari badan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap biasa.

揥alaupun ia bukan penyakit kategori berbahaya namun ia boleh menyebabkan gangguan psikologi,拻 kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.

Beliau turut berkongsi pengalaman pesakitnya yang mengakui terpaksa memakai plastik di dalam kasut bagi menadah peluhnya.

Peluh seorang pesakit lain yang ditemuinya pula menitik apabila tangan diiringkan. Mereka memilih pakaian berwarna lebih gelap agar peluh tidak nampak terlalu ketara.

Menurutnya, baik lelaki mahu pun wanita dari semua peringkat umur boleh menghidap penyakit ini, terutamanya di kalangan anak muda berusia 20-an.

揌iperhidrosis lazimnya bermula sejak kecil lagi yang mana jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh berlarutan seumur hidup.

揑a juga bersifat keturunan. Adalah dianggarkan, sebanyak 30 peratus daripada penghidap mewarisinya daripada ahli keluarga mereka,拻 ujar beliau.

Tambahnya, anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa penghidap hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian sehingga 25 peratus mendapat masalah serupa.

PUNCA

Sehingga kini, masih belum diketahui dengan tepat apakah yang menyebabkan perpeluhan yang berlebih-lebihan ini.

揂pa yang pasti, aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberikan rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal.

揑ni menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa yang singkat ,拻 kata Dr. Jeswant.

Mengulas lanjut, hiperhidrosis terbahagi kepada dua kategori iaitu primer yang tidak diketahui puncanya. Ia biasanya terjadi setempat pada tangan, kaki, ketiak dan muka. Masalah ini turut dikesan berlaku pada bahagian kepala, dada, belakang dan pangkal paha.

Kategori sekunder pula boleh terjadi pada keseluruhan badan disebabkan oleh jangkitan kulat, obesiti, penyakit autoimun, hipertiroidisme, menopaus, kehamilan, kencing manis, tumor, batuk kering mahupun gangguan psikiatri.

揝eseorang itu lazimnya tidak menyedari bahawa masalah peluh berlebihan ini merupakan satu penyakit sehinggalah sampai satu tahap mereka tidak selesa langsung,拻 jelasnya.

Apa yang membuatkan beliau tambah terkilan, tidak ramai pesakit yang tahu mengenai rawatan hiperhidrosis ETS tanpa torehan atau bukaan besar sebagaimana pembedahan konvensional.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1995, lebih 260 pembedahan ETS bagi merawat hiperhidrosis telah dilakukan di IJN.

PROSEDUR ETS

Umumnya, pesakit sama ada boleh dirawat melalui teknik pembedahan dan bukan pembedahan

apang Publish time 2-9-2006 11:51 AM

Hiperhidrosis ganggu hidup
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my


KATA orang, berpeluh apabila melakukan aktiviti, itu tandanya kita sihat kerana peluh antara cara badan mengeluarkan bahan toksik. Namun, sesetengah orang mengalami masalah berpeluh keterlaluan sepanjang masa sehingga menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri.

Keadaan berpeluh berlebihan ini dipanggil hiperhidrosis. Masalah berpeluh ketika berasa gementar, takut atau cemas dialami hampir semua orang tetapi bagi individu hiperhidrosis, badan mereka menghasilkan peluh berlebihan sehingga boleh menitis jika tidak dikeringkan segera.

Hiperhidrosis dialami berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kajian menunjukkan 2.8 peratus penduduk Amerika Syarikat mengalami masalah ini dan prevalensnya lebih tinggi di kalangan penduduk Asia Tenggara iaitu tiga peratus.

Hiperhidrosis tidak dikategorikan sebanyak penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya. Terlalu banyak berpeluh, terutama pada muka, tapak tangan, ketiak dan kaki boleh mengganggu kehidupan seseorang kerana ia menimbulkan tidak selesa, malu, kurang yakin dan rendah diri untuk berdepan masyarakat.

Menurut Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Jeswant Dillon, hiperhidrosis boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur, tetapi biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.

Katanya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis, iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus.

揃iasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka, ketiak (aksilari), tangan (palmar) dan kaki (plantar). Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis. Ada pesakit yang datang berjumpa saya terpaksa memakai plastik dalam kasut bagi menadah peluhnya.

揑a masalah memalukan yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja. Walaupun prevalens rendah iaitu hanya tiga peratus daripada jumlah penduduk, ia membabitkan jumlah besar iaitu lebih 700,000 orang di negara kita,

mitsui Publish time 2-9-2006 01:03 PM

Amalkanlah herba, tiada kesan sampingan cuma ada DOC (direction of cure) iaitu tanda2 penyembuhan.
Antara punca lain masalah ni ialah disbbkan oleh masala pada pembungkus jantung seseorg.

crone8 Publish time 17-9-2006 12:54 PM

crone mmg b'minat ngn kaedah ETS ni..tp kos p'bedahan tu mahal tak? maklumlah...crone baru je keje..tp serius,lately masalah ni makin teruk laa...depress gak kekadang tu..penah skali crone naik komuter tgh penuh giler org,crone t'paksa berdiri sambil pegang tiang besi dlm komuter tu...meleleh peluh kat tiang tu...ramai gak laa yg perasan...malu sgt2...

fms Publish time 16-10-2006 09:05 PM

Bedah kelenjar peluh

Sape tau harga pembedahan nih??
kerajaan brape, swasta brape??

rebas Publish time 18-10-2006 05:09 PM

Originally posted by fms at 16-10-2006 09:05 PM
Sape tau harga pembedahan nih??
kerajaan brape, swasta brape??

emm.. so far tak pernah dengar kelenjar peluh kene bedah...

tapi.. kalau tangan berpeluh (palmar hydrosis ..lebe krg bunyi nye..) yg keterlaluan .. ada surgery untuk matikan saraf yg control peluh kat tangan tu.. hospital k'jaan ada juga cuma jarang buat..

kelenjar peluh ni banyak dan kecil2..masalahnya dkt bahagian tubuh yg mana fms?

fms Publish time 18-10-2006 08:43 PM

yup..utk matikan kelenjar peluh..
aku hampir seluruh badan cepat berpeluh..

tu laa, nak tanye brape kos?? gomen dan swasta??
yg nih xleh claim insurans kan??

rebas Publish time 19-10-2006 05:38 PM

Originally posted by fms at 18-10-2006 08:43 PM
yup..utk matikan kelenjar peluh..
aku hampir seluruh badan cepat berpeluh..

tu laa, nak tanye brape kos?? gomen dan swasta??
yg nih xleh claim insurans kan??

kos .. i donot know.. kat IJN boleh buat.. (just read the articles yg sebelum2ni..) kalau you gomen servant .. boleh jadi free.. kalau tak kat hosp k'jan lagi murah drpd swasta la...

fms Publish time 31-10-2006 09:28 PM

tapi kerajaan kene beratur..
leceh skit laa walaupon kos murah..
org hospital kerajaan xde ke kat cni??

Login_ID Publish time 1-11-2006 12:04 PM

Login pernah jumpa kes tapak tangan dan kaki baby sekarang ni dah 7 bulan yang sentiasa berair. Adakah ini juga dikenali sebagai hyperhidrosis? Yang login kesian, air(peluh) yang keluar dari tapak tangan dan kaki baby ni kengkadang menitik.
Adakah rawatan yang di mention dalam banyak2 post di atas boleh digunakan untuk baby?
bagaimana kita nak buat full medical check up untuk baby (mengesan sebarang ketidaknormalan (penyakit) pada baby tersebut?)

togel Publish time 2-11-2006 10:22 AM

sy pun mempunyai masalah yg sama.last month sy baru g IJN, jumpa DR Jeswant Dillon (pakat perunding bedah kardiorotasik) hensem giler DR ni, hehehe...
Kos rawatan mmg mahal dlm rm10++ ribu . DR tu terangkan secara detail, pembedahan cmne. Maybe next year kot, akan buat pembedahan tu. Takut gak..

fms Publish time 2-11-2006 09:12 PM

huuyoooo..mahal nak mampos RM10K..
itu baru kerajaan..blum swasta..
x jadi bedah laa kot klu mahal camtu..

togel Publish time 3-11-2006 10:18 AM

mmg mahal pun. ni yg fikir byk kali ni :hmm:

shanew3stgalz Publish time 19-11-2006 11:42 AM

Reply #64 mitsui's post

herba pe?

aku pon alami gak.. cume x kronik sgt.. kadang2 aje.. klu time bjemur kt bwh chaye mtahari.. aku akan bpeluh kt ketiak dlu.. then kt kpala... baru la tangan n kaki turut serta tu pon klu aku tlalu pkkan tkut bpeluh.. klu x pk.. x mnjadi....... klu pagi2 aku slalu pkai lotion kt badan.. then tangan sure trikut peluh... klu aku rs cam nak keringkan tangan aku tu balik.. aku ambik hair dryer n keringkan tangan.. ahaha.. tp, mmg lmbat nk kering.. ambik ms gak....

tp aku mmg nk cube le herba2 tu... mne tau mujarab.. skang ni tangan aku kerap kering sbb aku x pk sgt......

Hanafie Publish time 20-11-2006 08:22 AM

aku masih ingat lagi..bab berpeluh tapak tangan n kaki ni time kuar dating dgn boyfren tgk wayang tu dlm aircond yg sejuk giler..tapi tangan berpeluh..iskkk

belangtaro Publish time 26-3-2007 12:17 PM

ada jual cam deodorant untuk hyperhidrosis.. harga dalam rm30++. cuba tanya farmasi ubat untuk hyperhidrosis.. mesti ada

cherub Publish time 26-3-2007 01:33 PM

Reply #68 fms's post

pada yg mengidap hyperhydrosis, elok wat ETS mcm dlm artikel tu.

it's a definitive treatment. surprisingly ramai docs pun tatau pasal nih. lagipun bukannya meka nak tangkap terus operate, seek opinion lah dulu.:)

ctsueraya Publish time 26-3-2007 04:58 PM

aku takderlah kene penyakit ni
tapi aku dlm kategori cepat berpeluh
tapak tangan memang selalu basah
selalu org tanya lembut nyer tangan ko pakai losyen per
tapi aku tak pakai losyen pun,tapi lembut sebab sentiasa lembap
bila dh besar, dh duk dlm aircond tgn aku dh kurang kelembapan,
so kene pakai losyen
tapi mslh aku bhgian kaki
memang heavy berpeluh
tapi takderlah sampai basah dlm kasut
so kaki cepat berbau
tindakan aku selalu tukar kasut, elakkan kasut bertutup dan selalu pakai sandal
itu jerk
sekian...:)

cherub Publish time 29-3-2007 01:04 PM

Reply #68 fms's post

nak wat ets free atau murah, senang jer. dapatkan surat rujukan dari mana2 hospital kerajaan, otomatik jadik gomen case. gomen will subsidise the cost, rasanya takder la sampai 10k tu.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9
View full version: Berpeluh di tapak tangan & kaki = hyperhidrosis


ADVERTISEMENT