maeya_78 posted on 4-2-2007 05:20 PM

Tragedi Highland Tower

Peristiwa terburuk dalam sejarah industri pembinaan Malaysia tercatat pada 11 Disember 1993.


berita minggu.....ahad....4.2.2007

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:22 PM

Tragedi Highland Towers calitan nestapa negara
Oleh Nasron Sira Rahim


Peristiwa terburuk dalam sejarah industri pembinaan Malaysia tercatat pada 11 Disember 1993.







LELAKI itu tergamam melihat apa yang berlaku di hadapannya! Mulutnya ternganga tanpa mampu mengeluarkan sebarang suara. Badannya menggigil ketakutan.

Kejadian di hadapan matanya sungguh menggemparkan. Bangunan gah di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor; itu tiba-tiba runtuh menyembah bumi.

Dia menelan air liur mengenangkan keadaan manusia yang mungkin berada dalam pangsapuri Highland Towers, 12 tingkat itu runtuh.

Jam menunjukkan sekitar 1.35 petang ketika dia berasa gegaran kuat persis gempa bumi. Sejurus kemudian dilihatnya Blok A, pangsapuri Highland Towers itu runtuh selepas 14 tahun berdiri megah.

Kejadian 11 Disember 1993 itu menggemparkan seluruh negara dan mencatat sejarah terburuk dalam industri pembinaan Malaysia.

Sebaik kejadian, kawasan runtuhan dipenuhi pelbagai pihak berkuasa untuk menjalankan operasi menyelamat. Sebahagian besar penghuni adalah rakyat asing yang bekerja di negara ini. Antara yang terperangkap dalam runtuhan pangsapuri 50 unit itu ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Musa dan isteri.

Media massa turut memenuhi kawasan lokasi kejadian untuk melaporkan tragedi terburuk dalam sejarah negara itu.

Bilik gerakan ditubuhkan petang itu dan pasukan mencari dan menyelamat mangsa digerakkan segera. Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikejarkan ke tempat kejadian.

Beberapa jam kemudian 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.

Dua helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu sebuah Nuri dan sebuah Alouette turut membantu usaha menyelamat.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat tidak semudah yang disangka. Kerutan di dahi petugas membayangkan kesukaran berikutan sebahagian bangunan itu terbenam dalam tanah. Pasukan penyelamat tidak dapat memasuki bangunan runtuh kerana mangsa tertimbus di bawah timbunan konkrit bangunan.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad; Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet bergegas melawat tempat kejadian.

Operasi berterusan dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu.

Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.

Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50.

Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Mata petugas terus bersinar mengharapkan lebih ramai penghuni terselamat.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam, berita sedih diterima apabila wanita rakyat Jepun itu meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas diselamatkan.

Hari pertama kejadian dan operasi menyelamat diakhiri dengan berita kematian seorang mangsa, dua terselamat dan puluhan lagi masih hilang di bawah timbunan konkrit.

Hari seterusnya, pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu diikuti sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi pada 13 Disember. Turut serta pasukan dari Singapura dan Jepun.

Beberapa jam selepas kehadiran anjing pengesan pasukan Perancis itu, mereka mengesan kemungkinan ada mangsa terperangkap masih hidup. Kemahiran anjing pengesan itu turut disokong teknologi pengesan degup jantung Pasukan Penyelamat dan Bantuan Malapetaka (Dart) yang menunjukkan hasil sama.

Tambahan pula ketukan penyelamat dari luar mendapat ketukan balas dari dalam runtuhan sekali gus menyemarakkan semangat pasukan mencari untuk terus menyelamatkan mangsa. Berdasarkan kejadian terperangkap sebelum ini, mangsa biasanya boleh bertahan selama empat hingga lapan hari tanpa makan dan minum.

Pasukan Perancis berjaya menebuk lubang sedalam 4.5 meter dan turun ke dalam sebuah bilik pangsapuri yang runtuh, kira-kira jam 3 pagi. Mereka menjumpai dua katil di dalam bilik itu tetapi tidak mengesan sebarang mangsa dan masih meneruskan usaha mengesan arah bunyi ketukan.

Pasukan penyelamat Jepun turut menggali lubang sedalam 4.5 meter pada satu bahagian lain bangunan itu dan hanya menjumpai sebuah kereta BMW di dalam sebuah ruang.

Berikutan tragedi itu, semua penghuni dua blok pangsapuri berhampiran dan beberapa banglo sekitar kawasan itu diarahkan mengosongkan kediaman mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Dengan penuh harapan, gerakan mencari mangsa diteruskan.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070204114230/Article/

[ Last edited by  maeya_78 at 4-2-2007 05:29 PM ]

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:23 PM

KRONOLOGI: Highland Towers


11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.


12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.


13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.


15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.


16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.


17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.


18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.


19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.


20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.


21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.


22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070204114230/Article/

[ Last edited by  maeya_78 at 4-2-2007 05:28 PM ]

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:26 PM

Jejak: Dua selamat, 48 penghuni terbunuh


HARI keempat operasi mencari dan menyelamat dijalankan dilalui dengan penuh kebimbangan oleh pasukan penyelamat.




Jika operasi gagal menjumpai mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, semakin tipis harapan menemui mangsa masih hidup.

Empat hari selepas permulaan kisah tragis runtuhan pada jam 1.30 petang Sabtu itu, bau hanyir mayat manusia semakin kuat dan boleh dihidu pada jarak 150 meter dari tapak runtuhan pangsapuri.

Pasukan penyelamat benar-benar mengejar masa memunggah timbunan konkrit dan besi untuk masuk ke dalam runtuhan itu dan mencari mangsa yang dipercayai masih hidup, berpandukan kepada ‘tanda-tanda kehidupan

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:34 PM

http://i36.photobucket.com/albums/e37/MAEYA_78/highlandtower3.jpg

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:35 PM

http://i36.photobucket.com/albums/e37/MAEYA_78/highlandtower2.jpg

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:37 PM

http://i36.photobucket.com/albums/e37/MAEYA_78/highlandtower1.jpg

maeya_78 posted on 4-2-2007 05:39 PM

sumber dan gambar dari berita minggu ahad 4.2.2007

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Section/khas_html?mysec=Perspektif

maeya_78 posted on 4-2-2007 06:20 PM

Berita Minggu Online - 8.12.96
Igauan Highland Towers belum berakhir
DETIK 1.40 tengah hari 11 Disember 1993, mencatat titik hitam dalam sejarah negara. Tarikh itu menjadi saksi tragedi runtuhan Blok A pangsapuri 12 tingkat Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa. Kini yang tinggal hanya doa yang tidak putus-putus dipanjatkan daripada insan tersayang bergelar ibu, bapa, suami, isteri, anak dan rakan. Wartawan Berita Minggu, NURUL ADLINA KAMALUDIN dan jurugambar, ZULKEPLI OTHMAN, menyingkap perasaan keluarga mangsa, sempena genap tiga tahun tragedi itu, Rabu ini.
TUGU peringatan berwarna kelabu setinggi dua meter berdiri kaku di sudut kiri kawasan yang pernah menempatkan sebuah pangsapuri 12 tingkat dengan 50 unit kediaman.

Di belakang tugu itu, kesan cairan lilin dan kayu gaharu yang separuh terbakar, menunjukkan masih ada orang yang mengunjungi tempat itu, mungkin untuk berdoa bagi orang tersayang.

Kicauan burung, deruan angin yang sekali sekala menghentak daun pintu di dua blok pangsapuri berdekatan yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu, memecah suasana tenang.

Walaupun persekitarannya damai, cebisan konkrit, batu bata, cerucuk besi yang terjuntai di sana sini serta rangka tiga kereta yang remuk dan sudah berkarat di bahu jalan masuk ke kawasan itu, sudah cukup mencengkam perasaan sesiapa saja yang mengunjunginya.

Itulah keadaan yang dapat dilihat di Highland Towers, sebuah kawasan kediaman eksklusif suatu ketika dulu yang kini terbiar sepi.

Bagaimanapun, di sebalik kesepian itu ada air mata, doa, harapan dan kasih sayang yang tidak pernah luput daripada keluarga dan sahabat handai 48 mangsa yang terkorban dalam tragedi 11 Disember 1993 lalu.

Pada tugu berplak keemasan itu tercatat kemas nama semua mangsa - 'THERE are many reasons awakening our sense of faith, hope and love. Here are fourty eight...' (Ada banyak sebab yang membangkitkan rasa cinta, sayang dan harapan kami. Ini adalah 48 nama.)

Bagaimanapun, bagi keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi itu, kepiluan mereka kehilangan orang tersayang masih terasa sehingga kini.

"Mum! I' m coming back this Sunday with baby and Budi. Jangan lupa masak sambal tumis petai dan dalca ya... Masak sedap-sedap tau....."

Masih jelas kedengaran suara manja anak perempuan kesayangannya yang sering terngiang-ngiang di telinga Rahat Bano, 53, seolah-olah baru semalam dia mendengarnya.

Rahat tidak akan lupa suara Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29, yang terkorban dalam tragedi itu bersama-sama suami, Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44, dan anak tunggal mereka, Mohammad Adam, enam bulan.

Itulah permintaan terakhir Rohana atau Ana, ketika menelefonnya pada 10 Disember, sehari sebelum kejadian malang itu. Ana baru dua bulan mendiami pangsapuri itu di tingkat sembilan.

"Ibu mana yang tidak terkilan dan sedih. Bukan setakat tidak sempat menyediakan masakan kegemarannya, pemergian mereka sekeluarga seolah-olah satu mimpi ngeri yang merentap kasih sayang kami.

"Saya terlalu rindukan mereka. Walaupun tiga tahun sudah berlalu, saya sering rasa seolah-olah mereka masih hidup.

"Kasih sayang saya terhadap mereka tidak pernah luntur dan bagi kami sekeluarga, mereka tidak pernah mati dalam jiwa dan perasaan kami," katanya.

Suaminya, Mushtak Ahmad, 72, yang berada di sisinya turut tunduk dan mengalih pandangan ke luar, menyembunyikan perasaan hibanya, apabila ditemui di rumah mereka di Semenyih, Selangor, baru-baru ini.

Pada dinding rumah itu, tergantung beberapa potret Ana sekeluarga, termasuk satu gambar hitam putih tiga beranak itu yang diambil selepas Mohammad Adam dilahirkan. Potret yang agak unik, sesuai dengan cita rasa Mohammad Budi yang bertugas sebagai penasihat di sebuah syarikat iklan.

Menurut Rahat, mereka sekeluarga cuma mendapat tahu mengenai tragedi malang itu melalui siaran berita jam 4.30 petang pada hari kejadian.

Beliau yang berasal dari Lahore, Pakistan, tetapi sudah lama bermastautin di sini, berkata tiada sebarang tanda yang ditunjukkan Ana sebelum itu, kecuali kelakuan anehnya sejak dua minggu kebelakangan.

Anak keempat daripada lima beradik dan bersifat periang dan kelakar, secara tiba-tiba menyerahkan semua barangan koleksinya seperti jam tangan dan pakaian mahal kepada ibu bapa, abang dan adik perempuannya.

Salah satu jam itu masih terus dipakai oleh bapanya sehingga hari ini.

"Inilah antara ingatan saya terhadapnya. Setiap masa saya memakai jam ini kerana ia membuatkan saya berasa dekat padanya," katanya.

Bekas pesara polis, Mushtak berkata beliau sudah mendapat petanda, termasuk mimpi mengenai kematian anak menantunya, tetapi menganggap itu cuma gangguan tidurnya.

Beliau bermimpi menjumpai tiga beranak itu yang sudah tidak bernyawa di atas katil rumah itu. Ini tidak dinyatakan kepada sesiapa kerana bimbang akan merisaukan mereka.

Malah, pada hari kejadian dia sudah berasa tidak sedap hati dan resah gelisah seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku, tetapi tidak memperdulikan kerana dia menghidap penyakit jantung.

"Saya seperti tidak percaya apabila siaran berita melaporkan sebuah pangsapuri di Hill View, Hulu Klang tumbang. Sehinggalah kira-kira jam enam petang, itu anak saya yang tinggal di Wangsa Maju menelefon dan memberitahu bangunan yang tumbang itu adalah tempat tinggal Ana sekeluarga," katanya.

Mayat Ana dan Mohammad Adam ditemui lapan hari selepas kejadian dan masih dalam keadaan elok, manakala mayat Budi tiga hari selepas itu.

Mushtak sendiri pernah menasihatkan Ana supaya berpindah ke tempat lain kerana menganggap tingkat sembilan yang didiami, terlalu tinggi dan bahaya apalagi sewanya RM2,500 sebulan, tetapi tidak diendahkannya.

Kini, jika mereka teringatkan Ana sekeluarga, kunjungan ke kubur yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka umpama mengubat rindu. Turut dikebumikan di situ ialah seorang lagi menantu lelaki mereka yang terbunuh dalam kemalangan motosikal, pada Disember tahun lalu.

Selain menanggung derita, keluarga itu juga dikehendaki membayar RM3,000 kepada Jawatankuasa Penduduk Highland Towers bagi mendapat khidmat peguam meneruskan kes tuntutan yamg masih tertangguh sehingga kini, walaupun pada hakikatnya bagi mereka wang ringgit itu bukanlah pengganti nyawa yang hilang.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, Koh Kum Seng, pula menganggap peristiwa itu adalah kenangan paling buruk dalam hidupnya.

Beliau dan isteri, Jenny Tan, kehilangan tiga anak lelaki kesayangan - Gene Koh Wai Keong, 15; Brandon Koh Wai Kong, 6 dan Daryl Koh Wai Kim, 2 tahun.

"Siapa yang boleh melupakan peristiwa yang melenyapkan buah hati kami serentak. Bukan saja setiap 11 Disember ingatan itu akan diimbau, sampai bila-bila pun ia tetap dalam fikiran kami sekeluarga," katanya ketika dihubungi.

Kehilangan itu semakin dirasai ketika sambutan hari jadi anak perempuan mereka, Daphne Koh, setiap Disember. Daphne dilahir beberapa hari selepas tragedi itu.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Penduduk Highland Towers, Dr Benjamin George, berkata pihaknya masih dalam proses membuat tuntutan berhubung kejadian itu dengan menamakan pihak yang terbabit sebagai defendan.

"Tunggu dan lihat saja nanti," katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sebelum ini, penghuni dua lagi pangsapuri berdekatan iaitu Blok B dan C, dikatakan akan memfailkan tuntutan saman bernilai beberapa juta ringgit terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

Laporan penyiasatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dikemukakan pada 1994 menamakan Highland Tower Property Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang dan jurutera struktur, Wong Yuen Kean sebagai pihak utama bertanggungjawab terhadap tragedi itu.

Pihak lain yang dinamakan ialah pemilik bangunan pangsapuri terbabit dan pihak berkuasa tempatan sebagai pihak penyumbang kepada bencana itu.

http://161.139.39.251/akhbar/disasters/1996/bm96c084.htm

GAMEOVER posted on 4-2-2007 09:03 PM

Maksiat banyak sangat.

Tak pepasal orang

bujanglapok posted on 4-2-2007 10:39 PM

Maksiat macam mana tu? Ceritakan sedikit

sherrina posted on 5-2-2007 01:00 AM

u mean desas desus mengatakan kondo tu tempat simpanan perempuan2 simpan VIP?

bettyboops posted on 5-2-2007 03:34 PM

Reply #10 GAMEOVER's post

typical thinking.. corny pun ye jugak...;P

tinangol_csm posted on 6-2-2007 06:31 PM

ni la masalahnya apabila ada korupsi dalam menjalankan projek ...

kajian " environment impact assessment" ..seharusnya menyatakan projek highland tower tu tidak sesuai dijalankan disitu ....duit punya pasal.

FAC posted on 6-2-2007 09:27 PM

skrg tempat tu dh jd terkenal utk aktiviti ghost hunting..hehe http://forum.cari.com.my/images/smilies/j-devil.gif

IPOd posted on 7-2-2007 09:54 AM

higland towers tu,aku dgr tumbang menyembah bumi pada arah kiblat..

piot posted on 7-2-2007 03:42 PM

dalam artikel tu ada kata sebahagian bangunan tu tenggelam...macam kena telan bumi plak...
seramnye aku dengar....aku pun tinggal kat condo gak....nauzubillah.......:funk:

narvmarishka posted on 7-2-2007 05:30 PM

mcm2 cite ttg highland tower hingga after area tu has been clean up pun ada rumours about restless spirits la,hantu tinggal tgn la,org beromen kene sergah dgn hantu2 kat situ la,bunyi tangisan dan hilai tawa pd tgh malam....apa yg kita tau bangunan tu di tolak oleh runtuhan tanah bukit berhampiran...area situ mmg byk sgt building construction sampai habis kawasan tu di jalankan projek pembangunan mcm2 laa...

HangPC2 posted on 10-2-2007 11:12 AM

Originally posted by GAMEOVER at 4-2-2007 09:03 PM
Maksiat banyak sangat.

Tak pepasal orang

fatin48 posted on 26-5-2007 12:15 PM

al fatihah utk mereka... :)

veitchac posted on 26-5-2007 08:46 PM

aiseh..xde ke geng2 forumers nak share story psl highland towers nie? aku skolah rendah lagi mase mende nie jadi..

WonBin posted on 26-5-2007 10:36 PM

Tarak hantu lah kat sana. Kat tepi highland towers tu ada kolam ikan, aku pernah ikut kawan pi memancing tepi bukit. sekarang ni kerja-kerja membaiki cerun bukit sudah 2 tahun dilakukan tak siap-siap jugak.

remizati posted on 27-5-2007 07:01 AM

benda nie terjadi masa aku kecik lagik..
baru sekolah rendah..:loveliness:
mcm2 citer ader dgr..:(

izza_dude posted on 27-5-2007 10:21 PM

hm kejadian ni masa kecik2 dulu
simpang nak g highland tower tu ada jual rojak sedap:D:D lepas kes tu mamak rojak tu ilang gak...

tapi kalau korang perasan area2 situ banyak kejadian tanah runtuh. Macam kat highland tower n rumah mejar bersara kat Hill View. Tp org tak serik2 buat rumah kat kawasan bukit tu.
Mungkin sbb kawasan tu High Class (certain place laa) tp jgnla sampai melawan fitrah alam;P;P
N Paling takleh lupa bila kuar berita pasal seorang amah meninggal dalam keadaan sujud sambil memeluk Al-Quran. :'(:'(...

Dimind posted on 30-5-2007 10:40 PM

mayat yg dijumpai tuh... ditanam kat maner ek??...
Page: [1] 2 3
View full: Tragedi Highland Tower