phiyya Publish time 29-1-2010 01:27 AM

urm..lagi tinggi rumah..atas tanah lagi tinggi..mkin tinggi class nye kot
t0m Post at 27-1-2010 12:05 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

haha..da mcm pkai konsep chinese..
lagi tinggi kubur lagi mahal n lg kaye n lagi dkt dgn syurga

zak5246 Publish time 5-2-2010 06:18 PM

claim diaorg dpt tak ah?
kerajaan nak duit cukai ni..
kat c2 byk kes landslide pe..terbaru pun ada taun lepas..
mpaj kasi lulus je pembangunan..asenye engineer/jabatan perancang bandar turun tgk site tak waktu luluskan plan pembangunan..musykil ni..asenye ikut law pun mmg sangkut ni..

lieliey Publish time 9-2-2010 06:22 PM

runtuhan nie terjadi waktu mak lieliey sklh menengah dulu....

aliyn0114 Publish time 10-2-2010 11:59 AM

apa dah jadi dgn tapak tu skang ye? terbiar je..? hmm..

dzaraa Publish time 11-2-2010 09:05 AM

HT ni tumbang waktu..zaraa..masa form 3 kalo tak silap laaa..but in secondary schoollaa..

aini1904 Publish time 19-3-2010 12:51 PM

peristiwa ni trjadi wktu aku darjah 2... aku tgk kat tv je, ada bangunan rebah menyembah bumi... pastu abang aku blk dr asrama dia citer kat aku ngn mak aku yang kat situ byk maksiat, sbb tu la jadi cmtu... Wallahualam...

kindergarten101 Publish time 2-4-2010 08:39 PM

saya bkn nak kata ape la,tp 1 prngai org2 kaya ni dorg mmg x brape suke dok tmpt yg rmai org,tanah landai dan dekat ngan jalan. saya ckp brdasarkan pengalaman sbb saya skolah kat area bangsar dan ade sorg cikgu brgelar datin kt skolah saya ckp dia mmg x suke umah yg keta dok lalu lalang. dia pon ckp dia x penah sembang2 ngan jiran sbb x suke ckp2 kosong mcm mak2 kita yg suke ngumpat ;P. so dia sggup pindah dr tmn tun dr ismail dan beli umah kat kwsn elit area d'sara gak (tp d'sara pe saya dah lupe). dorg ni carik privasi so tmpt yg agak2 atas bukit nak menuju ke hutan belantara tu yg di suke nyer sgt. dorg lupe agaknyer (or wat2 lupe?) yg bile bukit2 ni ditarah nak wat 'umah impian' dorg tu,risiko tanah runtuh mmg tinggi la. tp bila jd musibah mcm ni,dorg tetap prlukan khidmat org awam jugak kan? kita ni idop x bley menongkat langit sbb di sisi Allah kita sume sama je. tp bkn la mksud saya sume org kaya mcm ni. bile baca balik psl tragedi highland tower ni,rase nak nanges pon ade. sedihnyer kalu ilang ahli kluarga mcm tu je.saya ade dgr cite gak psl dlu ni tmpt maksiat dan mlm sblm kejadian kat penthouse blok yg runtuh tu ade parti siap minum2. tp saya x brani nak sahkan sbb cuma dgr cite jek. mase kjadian ni brlaku pon saya kat tadika lg. ingt2 lupe cite ni kuar kat tv...wallahualam. al-fatihah kpd mangsa yg meninggal dunia dan takziah kpd kluarga mereka...

billionman78 Publish time 3-4-2010 10:06 AM

http://2.bp.blogspot.com/_Lsl3ZOXvc0s/STzlwuI9D2I/AAAAAAAADzU/JSzbpi-y3Yo/s400/HighlandTowers-1993.JPG

w4n_satoshi Publish time 3-4-2010 12:18 PM

tahun lepas bukit antarabangsa pun sebab tarah bukit aa.makcik aku sorang kena.masa tu sekeluarga tak ada rumah...aleh dah hancur...

kindergarten101 Publish time 3-4-2010 02:26 PM

49# w4n_satoshi

naseb bek xde sesape kat umah ek? haih...mintak simpang la benda2 cmni.tp kalu nak kena x bley watpe. brdoa je pd Allah byk2...

spiritual Publish time 8-4-2010 09:16 AM

aku ingat lagi kat arwah abang aku yg meninggal bulan mac 1993.. sebelum dia meninggal dia ada ckp ngan mak aku... " edie doa biarla highland tower tu runtuh, sbb byk sgt maksiat.. edie selalu ronda2 kat area tu dengan kwn2 naik moto malam2..."bila dpt tahu berita highland tower ni, aku trus teringat kata2 arwah....

btw, struktur bukit dari kwsn ampang ke gombak tak sesuai utk buat rumah. aku dpt tahu bukit2 area ni berpasir... so sgt senang nak terjadi landslide...

ice98 Publish time 6-9-2010 11:38 PM

highland tower tmpat high class..... sure org kaya2 suke tmpat camtu.... lebih privacy.....
tp tu la kan, kerana sekor kerbau bawak lumpur, abih sume terpalit sama....
al-fatihah kepada allahyarham/allahyarhamah....

super_nova Publish time 7-9-2010 12:56 AM

sori, ni aku copy n paste:
http://www.iem-miri.org.my/files/EngineerNewsletter2007_2.pdf

The Highland Towers Case Against Ir. Wong Yuen Kean
The Ingenieur

The Board of Engineers Malaysia (BEM) has cancelled the registration (No. 1434) of Ir. Wong Yuen Kean for his involvement in The Highland Tower’s collapse.
BEM came to the decision to cancel his registration at a hearing where three charges were brought against him.

Charge 1: For the drainage design and the construction supervision of the drainage system, knowing and/or ought to have known that the whole of the drainage
system had not been completed, for advising and/or assisting in the application to Majlis Daerah Gombak for the issuance of the Certificate of Fitness and for
Occupation (CFO) and had hereby failed, refused and/or neglected to take full regard of the public interest.

Charge 2: For signing building/structural infrastructural plans for the purpose of application for the Certificate of Fitness and for Occupation (CFO) although he did
not design nor supervise the earthworks, retaining walls, road and drainage works and had hereby failed, refused and/or neglected to take full regard of the public
interest.

Charge 3: For having failed to give due consideration to the steep hill and slope directly behind the three apartments blocks, and/or failed to foresee the danger of a
landslide producing lateral load against the foundation of the building, and/or failed to exercise due care to either design and construct a foundation to accommodate
the lateral load or ensure that the slope was reasonably stable, and thereby had failed, and/or neglected to take full regard of the public interest.

At the hearing:
(i) BEM found Ir. Wong guilty on the grounds that he:
a) did not dispute that he was responsible for the drainage design;
b) admitted that the whole drainage system was not complete;
c) had assisted/advised the Majlis Daerah Gombak in the application for CFO as the drainage system was an integral part of the project; and
d) had failed to exercise due care that the slope was reasonably stable.
(ii) In mitigation, Ir. Wong pleaded that:
a) from the completion of the towers to the collapse, others may have constructed walls which made the slope steeper, causing its collapse;
b) he had no previous charges against him;
c) apart from the Highland Towers, he had at all material time conducted his professional duty based on his judgment and had never intended to
compromise on safety;
d) he was not the sole person responsible for the collapse of the Towers; the court had decided that he was only 10% liable for it;
e) the Board considers the long stop liability as after some time others may change the surrounding of a building; and
f) cancellation of registration is too severe and harsh.

Conclusion
BEM concluded that:
(a) Ir. Wong’s misconduct showed that he had no regard for public safety, which resulted in the death of 48 people, thus contravening Rule 26 of the
Registration of Engineers Rules 1972; and
(b) Cancelled his registration under Section 15 of the Registration of Engineers Act 1967.

anmz76 Publish time 7-9-2010 01:05 AM

Petikan dari keratan akhbar Berita Harian bertarikh 2 April 1997



AMPANG, Selasa - Mahkamah Koroner di sini, hari ini diberitahu bahawa
pasukan penyiasat menemui beberapa mayat yang sudah busuk, antaranya tidak
berkepala dan kaki serta tangan di tangga pangsapuri Blok Satu Highland
Towers selepas seminggu bangunan itu runtuh.
Asisten Superintendan Amidon Anan, pegawai penyiasat kejadian itu
berkata, cebisan daging dan tulang manusia juga ditemui di tangga
pangsapuri 12 tingkat yang runtuh pada tengah hari 11 Disember 1993, yang
mengorbankan 48 orang.
Beliau yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Jenayah Berat, Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Selangor, memberitahu mahkamah 19 mayat termasuk
kanak-kanak dijumpai di antara 18 dan 22 Disember 1993.
Katanya, mangsa pertama seorang wanita ditemui di tangga tingkat tiga
pada 18 Disember 1993 dan diikuti penemuan dua lagi mayat di tangga di
antara tingkat empat dan lima, pada esoknya.
Menurutnya, pasukan penyiasat menemui mayat terakhir seorang lelaki di
tangga di antara tingkat sembilan dan sepuluh pada jam 2.35 pagi, 22
Disember tahun yang sama.
Amidon memberi keterangan dalam siasatan kematian 48 orang dalam
kejadian pangsapuri runtuh, tiga tahun lalu di depan Majistret Mohd Radhi
Abas yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Baizura Kamal.
Berikutan tragedi itu, Kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ), turut mengadakan siasatan.
Laporan MPAJ itu dibentangkan kepada umum pada 2 Jun 1995 dan menuduh
Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan, Wong Tin Sang dan Jurutera
Struktur, Wong Yuen Kean, pihak bertanggungjawab ke atas kejadian itu.
Laporan itu juga menyalahkan pemilik tanah berhampiran kawasan itu dan
pihak berkuasa tempatan turut menjadi punca kejadian itu.
Menjawab soalan, Amidon memberitahu mahkamah, mayat, cebisan anggota
badan dan tulang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah
siasat yang dijalankan oleh enam ahli patologi.
Amidon yang ditugaskan untuk mengetuai pasukan penyiasat pada 11
Disember 1993, berkata berdasarkan gambar yang diambil daripada udara,
blok satu dan dua blok lagi pangsapuri itu dibina di atas cerun.
Menurutnya, selepas enam atau tujuh hari kejadian itu seorang rakyat
Amerika Syarikat, Bruce Mitcheal menyerahkan enam keping gambar
menunjukkan urutan keruntuhan pangsapuri itu.
Siasatan bersambung Khamis ini.
                               (END) Source : Berita Harian

anmz76 Publish time 7-9-2010 01:08 AM

Petikan drpd UTUSAN MALAYSIA 27 OGOS 1997 :D


Tanah runtuh punca tragedi Highland Towers

KUALA LUMPUR 26 Ogos _ Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu
runtuhan pangsapuri Highland Towers empat tahun lalu berpunca daripada
kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut.

Ketua Jawatankuasa Siasatan Struktur dan Sub Struktur Jabatan Kerja Raya
(JKR), Azman Abd. Samad berkata, kuantiti beban tanah runtuh dan tekanan
air yang tinggi tidak mampu ditampung oleh bangunan itu.

Retakan berlaku kerana kurangnya daya sokongan dari dasar bangunan
pangsapuri itu, kata Azman dalam keterangannya.

Azman, bekas Jurutera Kerja Kanan di Institut Kerja Raya Awam Malaysia
(Ikram) berkata, sifat tanah di kawasan runtuhan itu juga terlalu poros dan
basah kerana sistem penyelenggaraan saliran dan perparitan yang tidak
memuaskan.

``Keadaan tanah yang poros itu menyebabkan kadar resapan air ke dalam
tanah begitu tinggi terutama apabila hujan,'' katanya.

Bagaimanapun, menurut Azman, struktur binaan pangsapuri itu adalah
memuaskan memandangkan blok dua dan tiga masih lagi kukuh.

Mengarahkan

Azman yang kini berkhidmat dengan sebuah syarikat perunding berkata, beliau
diarahkan mengetuai jawatankuasa tersebut bersama 12 ahli yang lain.

Beliau ialah saksi ke-13 dalam siasatan punca kematian 48 mangsa tragedi
Highland Towers.

Azman memberitahu mahkamah bahawa jawatankuasa itu ditubuhkan bagi
menyiasat dan menyediakan laporan mengenai struktur bawahan dan
persekitaran bangunan Highland Towers.

Siasatan Mahkamah Koroner itu dikendalikan oleh Koroner Mohd. Radzi Abas
dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Baizura Kamal.

Dalam kejadian pada 11 Disember 1993, sebuah daripada tiga blok pangsapuri
12 tingkat Highland Towers runtuh. Kejadian itu meragut nyawa 48 orang
penghuninya.

Pangsapuri Highland Towers yang terletak di Taman Hillview, Hulu Klang, mula
diduduki pada tahun 1979.

                  (Source : Utusan Malaysia)


anmz76 Publish time 7-9-2010 01:10 AM

Ada lagi beberapa artikel mengenai Highland Towers dari tahun 1998-2006, terutamanya mengenai prosiding di Mahkhamah. Kalau ada yang request insya Allah aku 'tepek' lagi.

daiman Publish time 7-9-2010 03:49 PM

kes ni berlaku masa aku darjah 3.apa yg aku ingat masa tu aku ngan akak aku otw blk skolah.time tu jalan sesak,bingit,ambulance sana sini,bomba,polis sume ada.memang sesak jalan time tu..rupanya baru tau condo tu runtuh..keesokan pagi tu tak silap aku hujan rintik2..jalan still jem ambulan sana sini..tu je yg aku ingat.

sayapghaib Publish time 7-9-2010 04:08 PM

Sekarang ni jadi tempat budak dadah lepak kan?

clavriene Publish time 26-9-2010 10:39 PM

ingat mase bende ni jadi aku darjah 3...husband cousin aku reporter tv3 mase tu was at the scene utk lapor latest news dlm slot berita terkini.. tp masih ingat yg ade mayat dijumpai tgh sujud pegang Quran...

AzusaFuyutsuki Publish time 27-9-2010 09:19 AM

PBT patut buat sesuatu utk halang tempat tu jadi tepat pembiakan penagih dadah dan nyamuk aedes lepas tu pulak jadi pusat aktiviti mencari hantu..
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Tragedi Highland Tower


ADVERTISEMENT