nevberg Publish time 5-1-2005 09:04 AM

Originally posted by tanpopo39 at 4-1-2005 11:07:


ada satu lagi..someone to watch over me

ada jugak dua watak tu dalam someone to watch over me?....novel yang ni aku tak baca la....actually novel judith ni aku suka yang dah moden...citer dia yang era kain-kain kembang tu aku tak gemo nak baca....:lol

crunchy Publish time 5-1-2005 11:19 AM

paling suka master of the game..

tanpopo39 Publish time 5-1-2005 01:54 PM

Originally posted by nevberg at 5-1-2005 10:04 AM:


ada jugak dua watak tu dalam someone to watch over me?....novel yang ni aku tak baca la....actually novel judith ni aku suka yang dah moden...citer dia yang era kain-kain kembang tu aku tak gem ...

someone to watch over me tuh zaman moden hapa..:bgrin:

nevberg Publish time 5-1-2005 04:49 PM

Originally posted by tanpopo39 at 5-1-2005 13:54:


someone to watch over me tuh zaman moden hapa..:bgrin:

tau....tapi tak beli pun....nanti la kalau tergerak nak beli,beli la kot....:)

Potpouri Publish time 5-1-2005 06:04 PM

Byk gaklaa aku dh baca tp plg aku suka The stars shine down, kisah psl real estate. Citer2 lain aku dh baca n buat collections;
-nothing last forever
-If tomorrow comes (best!)
-the best laid plan
-the other side of midnite
-memories of midnite(sequel of the other side of midnite)
and ada lg aku dh terlupaa...

tp dh baca byk tu koleksi sheldon aku perasan yg citer dia seakan2 sama jer...dh berpusing2 blk smula mcm buku2 lama(pi mai pi mai tang tu gaks), dia ambik certain2 part laa x laa smua sama...so skrg dh tukaq baca John Grisham plk..

m_vaughn Publish time 12-1-2005 10:37 AM

aku baru jumpa the best laid plan... baru baca beberapa muka... aku ni kira peminat baru dia la... baru baca the sky is falling dengan yang baru aku jumpa ni...

periwinkle.. Publish time 12-1-2005 02:15 PM

paling suka if tomorrow comes & doomsday conspiracy, yg lain sume dah baca (except yg latest) tapi tak sebest these 2. Buku dia lately tak sebest the earlier ones, mungkin sebab dah expect the twist, tapi since dah minat kat SS ni, nak kena baca gak yg terbaru ni....

kads Publish time 12-6-2005 09:11 PM

are u afraid of the dark-SIDNEY SHELDON

sapa dah baca buku terbaru sidney sheldon ni....boleh tak bagi komen.....kang tak best plak rugi plak rm34.90 aku.......tulun

seribulan Publish time 13-6-2005 01:05 PM

buku dedulu adalah baca...yg terbaru ni lom le plak...humm...

Hamyhaireen Publish time 13-6-2005 01:51 PM

tengoklah review dekat website dia....

Hamyhaireen Publish time 13-6-2005 02:05 PM

http://www.mouthshut.com

kat sini komen2 dia banyak gak...

nevberg Publish time 13-6-2005 02:30 PM

ni komen dari aku kat thread sidney sheldon...

baru habis baca semalam....dan buku ni agak mengecewakan aku...sebab sapa yang dah pernah baca buku ni mesti dah tau pattern citer dia camner.... dah boleh agak sapa dalang di sebalik konspirasi tersebut.....

so citer dia bermula apabila beberapa orang saintisseluruh dunia tetiba mati, hilang dan sebagainya....

tapi bila kelly harris (isteri pada mark harris-salah sorang saintis yang mati) dan diana stevens ( isteri pada patrick stevens) berjumpa pada hari yang sama untuk berjumpa dengan tanner kingsley (tuan punya KIG)....mereka mula sedar bahawa suami mereka bukan mati bunuh diri...tapi dibunuh...dan mereka ini cuba untuk mencari sapa dalangnya....

dalam ni projek utama ialah PRIMA - satu machine yang boleh kontrol cuaca di seluruh dunia....machine ini dicipta oleh andrew kingsley (abang kepada tanner)....tapi disebabkan tanner ni jeles dengan abang dia...dia telah mem'biul'kan abang dia ni dan dia ambil alih projek tu....actually tujuan utama dia ialah untuk mendapatkan profit manakala abang dia lebih kepada menolong manusia sejagat....

so kalau nak taukesudahan pi la beli sendiri...tapi dah boleh agak la macam mana citer dia.....

p/s machine control weather ni aku teringat satu kartun tu...totally spies tak silap aku,ada satu episode pasal machine ni la jugak....satu lagi aku teringat the avengers....sir august d'winter........

tak pun ko gi sini jer   http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=58010&highlight=sidney%2Bsheldon&page=1

Hamyhaireen Publish time 13-6-2005 02:36 PM

ak ah lah...ramai yang lain pun cakap menghampakan...

frisky_mango Publish time 13-6-2005 04:01 PM

aku mmgmengikuti buku2 sidney sheldon nih...after a few books u can see the pattern oredi...

so this one i'll buy if i really2 dont have anything else to read....

liya71a Publish time 14-6-2005 06:20 PM

liya la dah lama tak beli buku sidney nih, dah 10tahun kot... dulu beli masa tengah belajar so, duit takda, beli kat kedai secondhand dapat la 70% off, peh tu simpan, patut jual balik dan beli lain, tapi buku2 sidney semua lia simpan baca ulang2...

dah tuo2 ni dah lama tak membaca novel english.. asik novel melayu aje

kads Publish time 17-6-2005 03:25 PM

tima kasih atas semua review........:):)

limau_nipis Publish time 29-6-2005 08:00 AM

Start baca Sidney Sheldon sebab masa tu boring nak mampus tunggu tawaran kerja (baru lepas U masa tu). Adik pinjam dengan kawan, buku Tell Me Your Dreams...

Masa tu like wow!!! Tak sangkanya si tua (Sidney Sheldon -umur dah 70+) tulis buku-buku macam ni.

Tell Me Your Dreams ceritakan pasal MPD (multiple personality disorder), penyakit kronik mengenai personaliti berbeza terhadap diri seseorang. Dalam cerita ni, heroin dia ada 3 personaliti berbeza. Mmg piqued my interest, terus saya baca medical journals pasal penyakit MPD ni.. cari online sana sini, cari movie pasal MPD - cerita Hindustan ada pasal MPD ni, lakonan Ajay Devgan, baru tayang kat TV3 dua minggu lepas... Garapan Sheldon sangat menarik. Dicampur dengan fakta pasal MPD ni (ada satu kes seorang wanita mempunyai 99 split personalities) dan bagaimana MPD terjadi, bagaimana pula cara untuk mengubati penyakit ini..

Saya teruskan pula membaca Nothing Last Forever. Ini pun more towards medical side.. cerita pasal doktor-doktor yang survive kat hospital, macammana seorang doktor tu diblame membunuh pesakit..

Later, ada satu dokumentari kat Astro pasal Sheldon. Yang ini mmg membuatkan saya terkejut... sebab Sheldon bermula dengan menulis skrip.. dan skrip apa yang ditulisnya? Skrip I Dreamt of Jeanie - cerita bersiri berbentuk komedi yang sangat terkenal zaman 70-an. Sampai sekarang, tentu tergelak tengok cerita tu.

Lepas-lepas tu, saya baca The Best Laid Plans.. Yang ni mmg fast forward, pasal inheritance seorang jutawan terhadap anak-anak dia. Skandal anak-anak jutawan tu, puh... mmg sungguh unexpected.. very twisted sana sini sampai ending die terlalu shocking.

Saya sambung pula dgn The Sky Is Falling, hmm, mediocre saja, tak sedap sgt nak dibandingkan dgn 3 buku atas yang saya dah baca.

Tapi saya rasa saya akan terus membaca Sidney Sheldon, insya Allah selepas membaca review-review yg best dekat sini :)

liya71a Publish time 1-7-2005 02:44 PM

liya baca SS lama dah since 1990.. masa tu beli buku dia kat kedai 2nd hand kat CM.. Tah ada lagi ke tak kedai nya...

Hana Publish time 23-10-2005 12:27 PM

Lastest Novel by Sidney Sheldon..

Hana nie..dah lama tinggal zaman "membaca" sejak keje..
dulu2..hana suka sgt baca novel written by Sidney Sheldon..
nak tanya ler ulat ulat buku sumer.. ape the lastest novel dia?

thanks..

seribulan Publish time 24-10-2005 05:03 PM

dah lama tinggal "membaca" Seldon ni...tak prasan latest dia..
ari tu beli novel dia...rupa2nya dah pernah baca...sah! memang
dah lama tak baca buku dier....
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Sidney Sheldon


ADVERTISEMENT