Syd posted on 19-12-2007 11:26 AM

Tangkal / Azimat / Wafaq / Benang / Tali etc

Azimat tingkat aksi di ranjang Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin



http://img171.imageshack.us/img171/9823/azimatnd0.jpg


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila segelintir Mat Rempit sanggup melakukan amalan syirik dengan memakai kalung aneh berbentuk kemaluan dipanggil 'tangkal mengawan' semata-mata kerana yakin ia mampu memberi kekuatan batin ketika melakukan seks bebas.

Kebanyakan tangkal terbabit yang dibeli sama ada daripada pengamal perubatan tradisional di Thailand atau diimport dari Nepal, diperbuat menggunakan besi selain taring atau tulang babi yang diukir.

Perbuatan khurafat itu semakin membimbangkan berikutan kebanyakan pemakaiannya golongan Mat Rempit remaja Islam.

Seorang Mat Rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Man Kriss, 20-an, mendedahkan ada beberapa jenis tangkal pelik yang popular di kalangan mereka, sama ada berbentuk tulisan mentera, benang berwarna serta objek besi menyerupai manusia.

Dia yang pernah menganggotai Geng Apache sejak 2004 berkata, idea pemakaian tangkal terbabit mula tercetus apabila khabar angin tersebar mengenai cerita seorang Mat Rempit yang hanya cedera ringan walaupun terbabit dalam kemalangan ngeri kerana memakai tangkal pelik itu.


Difahamkan, tiada tulang Mat Rempit berasal dari Pendang, Kedah itu patah selepas dirempuh kereta ketika melakukan aksi 'pacak' di Jalan Duta di sini, tidak lama dulu.

"Ada khabar angin mengatakan dia mengamalkan ilmu kebal dengan memakai tangkal bagi memastikan tubuhnya kental walaupun dipukul atau terjatuh ketika kemalangan.

"Malah, ada juga cakap-cakap mendakwa tangkal dipakai beberapa pelumba lain mampu membuat lawan di litar lumba haram menjadi gerun. Semua ini menyebabkan ada Mat Rempit teruja untuk mencuba," katanya.

Dia yang sebelum ini beberapa kali ditahan polis trafik Kuala Lumpur mendakwa cerita mulut ke mulut itu akhirnya tersebar pula dakwaan wujud tangkal istimewa yang boleh membuatkan pemakainya mempunyai kekuatan seks luar biasa.

"Malah, ramai tertarik apabila tangkal itu didakwa boleh berfungsi sama seperti minyak pengasih khusus untuk memikat gadis sebelum diangkut ke ranjang.

"Bertitik-tolak dari cerita itu, ada Mat Rempit sanggup berjumpa bomoh atau membeli tangkal terbabit daripada rakan yang mendakwa mempunyai 'kenalan' atau sumber pembekal," katanya.

Menurutnya, antara tangkal yang paling popular adalah objek besi berbentuk patung berwarna emas menyerupai lelaki dan wanita sedang berpelukan selain tangkal ukiran kemaluan lelaki atau wanita.

"Selain itu ada juga patung tangkal yang direndam dalam minyak khas yang kemudian dipakai bersama rantai di leher. Difahamkan minyak berkenaan berfungsi sama seperti minyak calit atau pengasih khusus untuk memikat wanita.

"Apa yang saya tahu tangkal kecil berbentuk patung boleh dibeli pada harga RM50 manakala tangkal patung yang siap direndam minyak pengasih boleh mencecah harga RM200," katanya.

Dia yang pernah didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 mendakwa ada juga jenis tangkal aneh berbentuk kemaluan yang dililit seperti tali pinggang oleh segelintir Mat Rempit yang taksub.

"Segala-galanya berpunca tarikan seks bebas yang menyebabkan ramai remaja Melayu kemaruk atau mudah terpengaruh mencuba. Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada ia benar-benar berkesan atau sebaliknya," katanya yang kini insaf dan memulakan hidup baru.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussain, menasihatkan golongan remaja membuang tangkal dipakai kerana ia jelas perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

Menurutnya, umat Islam mesti mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak perkara khurafat seperti menggunakan tangkal atau percaya pada kuasa tertentu apatah lagi jika ia bersangkut paut dengan perbuatan menjurus kepada dosa.

"Amalan sebegini, jika tidak dikekang, boleh menggalakkan perkembangan ajaran sesat kerana ia memesongkan akidah orang Islam," katanya.

[ Last edited by  Syd at 5-6-2009 12:34 ]

warknee posted on 19-12-2007 11:37 AM

uik dah le buat kerja merempit menyalahi undang-undang pastu tambah lagi langgar hukum tuhan. nk jadik ape bebudak ni:mad:

warknee posted on 19-12-2007 11:38 AM

tak dapat dibayangkan mati dalam keadaan menyengutukan Allah:(

pilahdelpia posted on 19-12-2007 11:38 AM

Reply #1 Syd's post

aper ler nk jdi dgn budak2 skrg nih...:shakehead3:

tu la jdinyer klu kurang pengetahuan agama....

ryani83 posted on 19-12-2007 11:40 AM

Balas #2 warknee\ catat

nak jadi iblis la tu. nk jadi pengikut setia dorang.. dorang ni sume poyo je lebih... da la tak ingat mak bapak.. tak ingat tuhan lagi... dorang ni ingat dorang hidup selama2nya ke? org2 mcm ni la yg byk merosakkan imej negara.. eee.. geram betul la...

'Ya Allah ya tuhanku, semoga Engkau tunjukkan jalan yg benar kepada mereka"..
Amin...

bubpallo posted on 19-12-2007 11:49 AM

dey SYED...METRO KA?...;P ;P ;P ;P

bulalof posted on 19-12-2007 11:51 AM

rendahnye mentaliti....:I

zaliza posted on 19-12-2007 11:53 AM

Originally posted by pilahdelpia at 19-12-2007 11:38 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
aper ler nk jdi dgn budak2 skrg nih...:shakehead3:

tu la jdinyer klu kurang pengetahuan agama....

macam2 citer kedengaran buat remaja2 sekrg ni... nauzubillahhhhh...

kupia posted on 19-12-2007 11:54 AM

diaorang belum tau apa bahana akan menimpa diri diaorang akan datang, bila dah jadi nanti baru la nak ambik tau tentang ugama... tapi dah agak terlambat sebab dah merana...

ainrafiz posted on 19-12-2007 11:58 AM

Originally posted by pilahdelpia at 19-12-2007 11:38 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aper ler nk jdi dgn budak2 skrg nih...:shakehead3:

tu la jdinyer klu kurang pengetahuan agama....


giler la bebudak ni..
hmm budak2 sekrg makin berani... :shakehead3: :shakehead3:

pilahdelpia posted on 19-12-2007 12:02 PM

Reply #10 ainrafiz's post

hi ain...:)

tul tu...

mak bapak pn x kisah
x amik tau psl aktiviti anak2
depa pn dok trpengaruh dgn kengkwn

lelama otak depa pun jdi biol.....

x tau nk beza maner btul, maner salah....:shakehead3:

bubpallo posted on 19-12-2007 12:12 PM

patut la banyak minah2 yang sanggup tonggekkan kat mat rempit2 nieh....

ryani83 posted on 19-12-2007 12:19 PM

Balas #11 pilahdelpia\ catat

ye.. betul tu.... actually right.. adik sy yg bongsu, skang ni da masuk form 5.. dia semenjak cuti sekolah ni suke sgt melepak ngan kawan2 sampai 2, 3 pagi.. mulut ni da berbuih nasihatkan dier.. ayah jarang ade kat rumah, selalu lepak umah bini no2 dier..

sy mmg fhm dgn adik sy tu, dia kurang perhatian adr ayah... ayah pulak asyik lebihkan anak2 kat sane.. tp saya  tak pernah abaikan adik sy ni.. bile dier nk baju raya saya belikan, nk kasut, nk bag, nk jam.. insya'Allah sy belikan ikut mane yg mampu... sy tak nak dier rasa da takde org yg bole bg perhatian kat dier.. tak nak dier rasa tersisih.. mak sy pulak jenis yg malas nk ckp byk.. malas nk berleter.. sbb kalau berleter pun, adik sy tu menjawab jugak.. lagi sakit hati dier.. so, dier diamkan je la.. sy dengan abg2 dier la yg byk nasihatkan dier.. tp dr 10 tu ade la 1 atau 2 benda yg bole masuk kat kepala dier.. yg lain masuk telinga kanan keluar telinga kiri...  skarang ni berdoa je la supaya Tuhan lindungi adik sy tu dr malapetaka dan bencana serta kekejaman manusia..

td ade terbaca kat mastika, pasal survivor kem.. utk budak umo 8-20 thn.. kem kesedaran... mcm nk anta dia pg situ la.. tp tak tau nk ckp mcm mane dgn dier.. nnti kalau paksa2 kang, lain pulak jadinya... tp adik beradik sume da pakat nk pujuk dier supaya dier tenang hati nk kesana..

sebenarnya bukan ape.. dier suka sgt berkawan dgn budak2 tak bersekolah... skang ni da pandai isap rokok.. yg paling sy takut, kalau2 dier terlibat dgn hidu gam... aduh.. tak dapat nk bayangkan...

semua ni sy rase berpunca drpd keluarga tu sendiri... peranan ibu bapa dlm mendidik dan membimbing anak2 mereka.. kalau dibiarkan je.. mestila dorang ingat benda tu betul.. 'Ala, ape nk heran, mak bapak aku pun tak marah"... tu yg jadi makin teruk.. tu pd pandangan sy la... sbb benda ni da jadi kat sy...

fariepari posted on 19-12-2007 12:24 PM

tulang babi? :shakehead3:
apa nk jadik laaaa bebudak rempit nihhh
tu lagi putera ameno nk tolong? :I

sedondon posted on 19-12-2007 04:11 PM

Katak Gemok & Dempol kata tulang babi takpe.....halal!!!!!;P

RikU posted on 19-12-2007 11:46 PM

kena cari satu lar.. :$

HARAM!! TU PAS MASUK NERAKA JAHANNAM!! :mad: :mad: :mad: :mad: :@ :@ :@ :vmad3: :vmad3: :vmad3:

p/s : comel lar yang ni.. >:vmad3: < terlompat2.. :sweat3:

thedoctor46 posted on 20-12-2007 11:02 AM

bodoh la mat2 rempit bengong ni:shakehead3: :shakehead3:

Amiin_al_Kalam posted on 20-12-2007 03:51 PM

ermmm kebal erkkk.... pakai tangkal ni org rasa gerun erkk...

wa memang anti mat rempit...

makin teruja plak wa rasa nak cari pasal dgn mat rempit...:@ :@ nak tgk sejauh mana dorang kebal...:@ :@

kupia posted on 20-12-2007 03:56 PM

Boleh nak berdepan dengan dia tapi kena hati-hati....

Tangkal yang diaorang pakai tu ada jin pendamping, tu yang buat ilmu dia menjadi...

Nak halau jin tu kena tau ayat2 Quran yang sesuai...

Amiin_al_Kalam posted on 20-12-2007 04:03 PM

Originally posted by kupia at 20-12-2007 03:56 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Boleh nak berdepan dengan dia tapi kena hati-hati....

Tangkal yang diaorang pakai tu ada jin pendamping, tu yang buat ilmu dia menjadi...

Nak halau jin tu kena tau ayat2 Quran yang sesuai...

wa tak pikir dgn hanya memakai tangkal bodoh tu dorang leh jadi kuat dan kebal...

pakai tangkal tu mungkin boleh set minda utk jadi lain dari yg lain jer... ia lebih kepada spirit... org yg jual tangkal tu lebih kepada komersial...kebal kuat dan sebagainya merupakan salah satu strategi utk melariskan jualan... maka mat-mat rempit yg bodo piang umpama anjing kurap yg tak cukup makan ni mula la terpengaruh duk pakai tangkal bodo ni dengan harapan dorang leh jadi kuat lagi kebal...

harrrrkttuuuuihhhhhhhhhhhhhhhh... :I :I :I  

harap-harap ada la pakar-pakar tomoi ker pakai-pakar silat ker pi belasah dorang ni semer biar dorang tahu betapa bodo nyer dorang duk pakai tangkal sial yg kengkononnya kuat tu...

kupia posted on 20-12-2007 04:12 PM

Jangan pandang remeh tangkat dan zimat ni terutamanya yang diambil dari bomoh2/dukun2 atau dari sami2 dikuil siam tu.
=============================================

DR. AMRAN KASIMIN
Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim.  Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf.  Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya.  Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.
Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah.  Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48).

Amiin_al_Kalam posted on 20-12-2007 04:16 PM

Originally posted by kupia at 20-12-2007 04:12 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Jangan pandang remeh tangkat dan zimat ni terutamanya yang diambil dari bomoh2/dukun2 atau dari sami2 dikuil siam tu.
=============================================

DR. AMRAN KASIMIN
Terdapa ...

thankyu geng sebab bagi info panjang lebar...

kalau betul tangkal tembaga tu bleh bagi kuasa bagi dorang.... makin dajal la perangai dorang lepas ni erkkk...

ini yg seharusnya kita tentang...

MAT REMPIT MUSUH NOMBOR SATU NEGARA... ia harus ditentang habis-habisan...

kupia posted on 20-12-2007 04:20 PM

Diharap pengguna tangkal azaimat ni dapat baca apa yang ditulis oleh Dr Amran Kasimin tu, sebab banyak yang tak ada pengetahuan tentang apa disebalik tangkal azimat ni kenapa dikatakan syirik...

sweet_charcoals posted on 20-12-2007 04:28 PM

melampau aaaa...

ahmad_fazill posted on 20-12-2007 06:40 PM

jom berak atas mat rempit konon bagus sekali eksiden terus mampos tp ade yg x mampos:lol:
Page: [1] 2 3
View full: Tangkal / Azimat / Wafaq / Benang / Tali etc