Syd Publish time 3-9-2008 10:34 AM

Hiasan ceria kamar si comel
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my

Warna dramatik dan terang mampu merangsang perkembangan minda anak.

Gaya penataan harus memfokuskan elemen selesa, tenteram dan mencerminkan kegembiraan

BERGELAR ibu bapa satu anugerah terutama yang bakal menimang cahaya mata pertama. Meskipun, kandungan masih di peringkat awal, ada yang mula menjelajah butik dan kedai kelengkapan bayi mendapatkan ilham hiasan bilik si kecil.

Memilih dan menyempurnakan penataan bilik bayi boleh memenatkan jika tema tidak ditetapkan dari awal. Cara terbaik, anggap menghias bilik bayi seperti menyiapkan penataan bilik sendiri.

Gaya penataan harus memfokuskan usaha menyajikan elemen selesa, tenteram dan mencerminkan kegembiraan menyambut ahli baru.

Sherrie Le Masurier, dalam artikelnya Baby Room Decorating Ideas Made Easy untuk laman web http://www.decorating - baby - rooms.com mengesyorkan kemasan dan perhiasan diberi warna sedondon.

“Ketika kelahiran bayi pertama, saya dan suami mahukan warna tenang dan selesa supaya ruang sempit nampak luas. Kami memilih dinding hijau lembut bagi menimbulkan reka bentuk perabot selain serasi bergandingan dengan kusyen kerusi goyang warna peach. Corak langsir pula sedondon warna putih katil bayi,” katanya.
Jangan gentar bermain warna kala menghias.

Sherrie menasihatkan ibu bapa supaya tidak gentar bermain dengan warna dan ia patut ditonjolkan menerusi dinding, tingkap, fabrik, perhiasan termasuk permainannya.

Warna dramatik dan terang dipercayai merangsang perkembangan minda bayi. Namun, tidak bermakna anda tidak boleh menyerlahkan warna lembut pada dinding, terendak lampu, permaidani dan bingkai gambar.

Pilih katil, hiasan dinding dan perhiasan yang boleh membesar bersama anak anda. Ini diperoleh menerusi pilihan warna sedap mata memandang, perabot tahan lama dengan rekaan yang tidak menggambarkan peringkat umur tertentu.

Bilik yang diadun sempurna mampu digunakan anak sehingga umurnya mencecah prasekolah. Namun, sesuai usia dan cita rasa, pastikan perabot dibeli lebih besar bagi menampung tubuhnya yang semakin membesar. Suasana bilik diberi nafas baru menerusi satu dua perhiasan baru, misalnya anda boleh menambah perhiasan dinding menepati cita rasanya, memasang mural, menyelitkan bantal santai, memasang penyangkut pakaian motif kartun dan sebagainya.
Inspirasi tema haiwan kesayangan.

Inspirasi Tema Bilik Bayi
Kesukaran menentukan tema bilik bayi boleh dikurangkan dengan menyuntik cita rasa peribadi. Misalnya jika anda gemar bersantai di pantai dan belayar meneroka dunia, selitkan angan-angan anda itu sebagai sebahagian tema hiasan. Anda juga boleh menyerikan ruang dengan mempamerkan permainan sewaktu kanak-kanak.

Anda juga boleh mengilhamkan hiasan menarik melalui warna dan motif fabrik digemari. Beberapa tema yang boleh diabadikan dalam gaya penataan termasuk:

Mainan vintage
Warna tema termasuk hijau hutan, merah dan biru kelasi. Hiasan bertumpu kepada dinding dan katil yang diberi sisipan blok kayu, permainan kuda goyang, patung beruang, badut dalam kotak dan sebagainya.

Pasang kertas dinding sempadan motif kartun beruang dan kuda goyang bersama langsir renda yang diberi sentuhan antik.

Warna asas
Disisipkan menerusi tema belon, bentuk dan nombor. Langsir singkat potongan belon dipasang melapisi fabrik sheers dan diikat kemas dengan pengikat langsir aneka warna berhias butang warna terang.

Ketengahkan katil bercetak gambar kartun dan beri sentuhan baru kepada kabinet lama dengan mengecatnya warna putih dan laci dicat warna berbeza.

Bakul menyimpan barang dan kain kotor dicat warna asas pastel dan krim. Tambah menarik andai dinding dicat teknik span serta ditambah motif belon dan nombor.

Pastikan bilik tidak menonjolkan terlalu banyak warna terang kerana boleh mengganggu lena dan fikiran anak.

Hutan hujan
Masukkan unsur burung dan rama-rama mainan yang boleh bergerak di siling mengiringi pelekat dinding motif tumbuhan tropika.

Suasana hutan diserlahkan menerusi mural gambar hutan tropika, kertas sempadan dinding corak belukar, langsir motif buluh dan untaian manik kayu menabiri rak penyimpanan terbuka.

Langit biru
Biru warna popular ditonjolkan menerusi siling berlukis motif langit dan tompokan awan. Hiasan tambahan berupa pelekat hiasan bulan bintang yang bersinar dalam gelap mampu melekakan bayi sebelum tidur.

Haiwan kesayangan
Tema sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Susun patung haiwan di penjuru bilik, dinding ditampal poster haiwan begitu juga cadar dan langsir diberi motif serupa. Corak tapak kaki haiwan dibentuk menggunakan teknik stensil ditampilkan di kepala katil.

Nautika dan dasar laut
Kanak-kanak lelaki cenderung memilih hiasan kapal layar dan rumah api manakala perempuan yang berjiwa lembut dan perasa, elok ditampilkan tema hiasan berasas cengkerang, kulit siput dan segala yang berkait pantai.

Gaya penataan menyamankan mata dijelmakan dengan mural dan hiasan dinding bertema pengembaraan dasar laut, kertas dinding sempadan corak ombak di samping hiasan tambahan gambar ikan duyung, tapak sulaiman dan kuda laut.

Syd Publish time 3-9-2008 10:39 AM

http://i49.photobucket.com/albums/f276/Syd_Cari/anak.jpg

http://i49.photobucket.com/albums/f276/Syd_Cari/anak2.jpg

http://i49.photobucket.com/albums/f276/Syd_Cari/anak3.jpg

http://i49.photobucket.com/albums/f276/Syd_Cari/anak4.jpg

bayam Publish time 3-9-2008 03:13 PM

Originally posted by melati-putih at 29-8-2008 05:24 PM http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


ooh ikea..sory tak baca abih....terexcited terus tanya....

heheh..bayam pun dpt idea from one of my friend...dia buat bilik anak dia lawa....putih and hijau..selalu anak pompuan suka pink tapi anak dia suka warna hijau...rugi pulak tak snap gambar.

melati-putih Publish time 3-9-2008 04:41 PM

Reply #83 bayam's post

bila la dapat pegi ikea....
me like bakul2 tue gantung kat rak rak tue..cantik...
huhuhuhuhu....nak pegi ikea kene sorang2 dan bawak duit banyak2..
:lol: :lol:

Syd Publish time 31-5-2010 11:12 AM

Kamar si comel
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my
2010/05/09


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kamarsicomel/pix_gal1

Pemilihan cat, corak hiasan bantu pastikan gaya penataan supaya kekal menawan

KEBANYAKAN balik bayi dan pusat jagaan kanak-kanak mengekalkan dinding warna pastel berhiaskan tema serta motif lukisan comel. Hakikatnya, bayi dan kanak-kanak cepat membesar menyebabkan hiasan ditonjolkan khusus buat mereka belum tentu akan digemari menjelang usianya layak ke sekolah.
Gaya penataan bilik anak anda itu bagaimanapun boleh kekal diminati sekiranya anda bijak mempelbagaikan selera hiasan terutama berkaitan pilihan cat. Antara warna digalakkan guna adalah;
Warna berbilang

Bayi baru lahir tidak menunjukkan kecenderungan serta berupaya mentafsir kelembutan warna pastel atau lembut. Maka, untuk membuatkannya nampak menarik di mata anak kecil, anda disyor menyuntik sedikit warna alam dan beberapa elemen warna lembut yang lain. Kelompok cat lebih gelap misalnya warna labu masak dan daun tampil menawan digandingkan dengan fabrik bercorak.

Hitam dan putih

Sebaliknya, bayi mempunyai tanggapan lebih baik pada warna serta corak bertentangan terutama hitam dan putih. Warna berkenaan adalah gabungan cita rasa klasik serta menawan.
Dinding corak jalur hitam dan putih menggamit tumpuan semua peringkat umur. Begitupun, unsur dramatik dinding boleh dileburkan menerusi warna kelabu yang digunakan sebagai hiasan sempadan atau corak sisipan dinding.

Jalur metalik

Corak metalik lebar dan menegak memberi impak tersendiri kepada pusat jagaan kanak-kanak. Warna pastel menzahirkan suasana bilik luar dugaan tetapi menerusi penambahan cat metalik, ruang pasti nampak berbeza.

Lazimnya, anak-anak kecil terutama bayi sukar memberi perhatian serta membandingkan beberapa warna lembut yang diletak bersama, maka anda disarankan memilih dua tiga warna kontras untuk dihimpunkan dalam satu ruang.

Sebaiknya, motif jalur dipilih menghiasi dinding kerana memberi pemandangan luas selain dikatakan membentuk perkembangan minda anak-anak.

Siling lepa kumai bergambar

Bayi suka mendongak memandang siling setiap kali berbaring di katilnya. Siling dilukis pelbagai gambar seperti awan, matahari, kereta api, haiwan arnab, itik dan sebagainya berupaya menarik tumpuannya terutama menjelang waktu tidur.

Anda digalak menampilkan kreativiti dengan menampilkan lukisan kanopi pokok di siling bersambung dengan motif pokok, burung, tasik dan sebagainya yang dilukis pada dinding serta lantai. Kaedah ini mampu mengembangkan daya fikir bayi kerana anda seolah-olah menghidangkan satu cerita pendek kepadanya.

Stensil

Stensil adalah langkah menitipkan rekaan corak dan gambar secara mudah, cepat, bersih dan berkesan. Berbeza lukisan mural, stensil tidak memerlukan seni serta kemahiran melukis.

Elakkan memilih corak stensil biasa seperti haiwan dan bunga menghiasi bilik bayi sebaliknya pilih tema jarang diketengahkan, misalnya buah-buahan, sayuran, nombor dan abjad. Motif seperti ini mampu merangsang perkembangan otak dan wataknya

dee4ellese Publish time 31-5-2010 03:06 PM

Saje nak tempek lagi sekali... :$

Bilik anak2ku..
------------------

http://farm3.static.flickr.com/2539/4048764110_1ef6f448ff.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3525/4048763952_7a0044b7c2.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2537/4048763754_1c1de8658f.jpg

mymisteri Publish time 31-5-2010 05:07 PM

cantiknya.... suka warna merah tu...cantik.. untuk anak bujangku..akan ku cari perabut seperti ini...

biasanya kat IKEA ajer yg jual kan?

nordy Publish time 31-5-2010 07:37 PM

Reply 86# dee4ellese

nice...very colourful
Pages: 1 2 3 4 [5]
View full version: Menghias bilik anak-anak lelaki/perempuan


ADVERTISEMENT