babyorange posted on 22-8-2008 02:26 PM

Surah @ Doa percepat jodoh

Nak tanya la....

Sape tau ape surah @ doa yg ble djadikn amalan utk percepat jodoh, utk dpt jodoh yg baik, spy ditemukan dgn jodoh yg soleh, baik dan sesuai ngan kita....

tolong ye kawan2...:$ :$ :$

auntie_girl posted on 22-8-2008 03:05 PM

ntahlah...baca yasin kots:funk:

jodoh me pon tak sampai2:L

kupu2siang posted on 22-8-2008 03:13 PM

doa utk nak jodoh ngan org yg kte nak cmne? :$ :$

one_piece posted on 22-8-2008 03:34 PM

pernah dgr ceramah ustz norbahyah... puasa pd hari jadi insyaAllah antara usaha jugak...
yg penting kene doa...doa byk2... agak2 kalau tertekan sgt tu disebabkan org sekeliling asek dok tanya2 tu... solat hajat ... masa tu doa la sungguh2.... tp mintak lah doa dicepatkan jodoh terbaik dunia akhirat..

babyorange posted on 22-8-2008 04:00 PM

Reply #4 one_piece's post

ade ape2 surah yg ble kite amal kan ke?

sirri_khafi posted on 22-8-2008 05:58 PM

guru saya pernah menyuruh kawan saya amalkan surah yassin 3 kali sehari ... selepas solat maghrib dan selepas solat subuh ... so yg lagi satu tuh, pilihlah masa yg sesuai ... cadangan saya waktu tahajjud ... :)

dak_Pooh posted on 22-8-2008 10:26 PM

ooo bagus la thread nih... aku pun curious jugak nak tau...

pink_lavender posted on 22-8-2008 11:32 PM

dulu ade trid pasal doa tuk jodoh nie... sile selak blkg2 ye tuan umah... :)

babyorange posted on 25-8-2008 04:49 PM

Reply #8 pink_lavender's post

ble tlg cari kn cik pink?:$

tore posted on 25-8-2008 05:37 PM

YG AKU PERNAH DGR..AMALKAN BACA YASIN SELEPAS SUBUH...TP AKU PUN XDAPAT AMAL G..SO XDE LA JODOH G..XPUN ISTIKARAH N SOLAT HAJAT

syazmin_husna posted on 25-8-2008 06:04 PM

Balas #1 babyorange\ catat

kita penah baca petua ringankan jodoh. cubalah try tp kita blum cuba lagi...
baca 3 kali surah yusuf pada air untuk air mandi dan air minum pada malam jumaat.
mandi air tersebut waktu pagi 3 hari berturut2. dan minum air 7 kali sehari selama 3 hari berturut2.
sbnar kita malas dah nk pikir pasal jodoh ni...yakinlah bahawa Allah akan mberikan jodoh bila tiba masanya..nanti. makcik kita akhirnya btemu juga jodoh pada umur 37 thn. dia x caripun jodoh tu dtg sendri.

buluhduri posted on 25-8-2008 06:46 PM

berdoalah dgn bahasa dan permintaan sendiri sendiri.

Kalau nak cepat makbul sebut dlm doa tu nama2 Allah yg ada dlm asma ul-husna

sebut juga kebaikan yg pernah di lakukan

ayasofya79 posted on 25-8-2008 08:45 PM

ada gak yang cakap baca gak surah yusuf tu n amalkan surah ayat seribu dinar
emm sama gak
lom ad abtemu jodoh lg
tp kita xda give up lg
ada nanti ada la

tore posted on 26-8-2008 05:15 PM

sape ade yg lain g..mari2 share

buluhduri posted on 27-8-2008 11:02 AM

Soalan:

  

Adakah mana-mana doa untuk mencari suami yang baik?

  

Jawapan:

  

Pertamanya, kami dengan sepenuh hati memohon Allah untuk memudahkan perkahwinan bagi anda secepat mungkin. Mengikut Shariah, tiada salah untuk anda berdoa kepada Allah supaya memudahkan anda untuk berkahwin. Salah satu doa daripada al-Qur'an ialah: (Dan di antara mereka ada yang berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab neraka.";) (Al-Baqarah 2:201).




Pentafsir al-Quran menafsirkan yang kebaikan di dunia ini ialah pasangan yang baik. Anda boleh berdoa kepada Allah untuk memberikan anda pasangan yang baik. Jika ada mana-mana individu tertentu yang anda mahu kahwini, maka anda boleh berdoa kepada Allah untuk memberikan anda apa-apa yang baik atau memudahkan hal itu bagi anda jika hal itu benar-benar memberikan kebaikan, sebabnya anda tidak mengetahui hal yang benar-benar baik bagi anda. Rasulullah (SAW) memberitahu kita yang kita mesti memohon kepada Allah dan memohon pertolongan Nya dalam semua hal. Hanya Dia mengetahui semua perkara ghaib dan hanya Dia mempunyai pengetahuan lengkap akan masa depan. Dia berkuasa menjadikan urusan mudah bagi kita dan memimpin kita membuat keputusan. Maka, anda dinasihatkan untuk percaya penuh kepada Allah dan pada masa yang sama memohon Allah  untuk mengurniakan anda pasangan yang sesuai dan memudahkan apa-apa yang terbaik bagi anda.

  

Menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:

  

Kita mesti menggunakan sumber-sumber yang Tuhan kurniakan dan berusaha sebaik mungkin sambil berdoa kepada Allah bagi memimpin dan merahmati kita untuk mencapai semua hajat dan cita-cita yang baik. Rasulullah (SAW) bersabda, “Perhatikan dan harapkan perkara yang terbaik (untuk kamu) dan mohonlah pertolongan Allah (sambil membuat usaha yang terbaik) dan jangan mudah putus-asa.

pink_lavender posted on 27-8-2008 06:58 PM

Reply #9 babyorange's post

ade... cuba klik search.. pastu type "doa mohon jodoh" katsitu ade...

Try amalkan ayat ni, kot-kot lah ...

(tak dpt copy ayat dier) :)

Start dari "Rabbana". ""Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous." Ini dari Surah al-Furqan ayat 74.

Buat solat hajat, dan mohon sekiranya ianya baik (masanya sesuai, jodohnya sesuai etc), maka dekatkanlah... sekiranya tidak baik, maka palingkanlah hati kamu.

Wallahu alam.

Dunhill. posted on 28-8-2008 12:52 AM

Originally posted by buluhduri at 27-8-2008 11:02 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Soalan:

  

Adakah mana-mana doa untuk mencari suami yang baik?

  

Jawapan:

  

Pertamanya, kami dengan sepenuh hati memohon Allah untuk memudahkan perkahwinan bagi anda secepa ...


Doa tu mesti dibaca dgn penuh keyakinan dan ada sedikit usaha ke arah itu.. kalau setakat berdoa budak cina darjah 6 (tak sunat) pun boleh baca dgn lancar.. :P

obelisk posted on 28-8-2008 04:00 PM

Ya Allah, Ya tuhan ku.. kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan
kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...
Amin......

reddots posted on 30-8-2008 11:37 AM

Originally posted by one_piece at 22-8-2008 03:34 PM http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
pernah dgr ceramah ustz norbahyah... puasa pd hari jadi insyaAllah antara usaha jugak...
yg penting kene doa...doa byk2... agak2 kalau tertekan sgt tu disebabkan org sekeliling asek dok tanya2 t ...

si bayah tu, mcm makin merepek jer aku tengok..
puasa pd hari jadi?;P , tak pernah aku dgr hadis sahih.. ker aku blom khatam lagi....
maaf bukan apa, nape mesti  pada hari jadi? dia xplen hari jadi masihi ker hijriah???:$

reddots posted on 31-8-2008 06:56 AM

bru td aku tengok tb3. C bayah yg buat ceramah. Kali ni aku leh terima ajaran dia. Antara doa utk mempercepatkn jodoh dgn membacakn surah yusuf ayat 4 pada semangkuk/segelas air. Kemudian sapu air 2 kat muka. Dia tak sebut pn psl puasa di hari lahir..agaknya dia terlufe...

ima_snow posted on 31-8-2008 07:59 AM

dr fatma zahra kata :

baca YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH...masa petang khamis mlm jumaat smpi masuk maghrib...

mksudnya banyakkan zikir YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH :)

pisang_goreng posted on 31-8-2008 10:36 PM

Reply #1 babyorange's post

lepas solat beroda la...bt solat tahjud ker.....

:$ :$ :$ :$

tore posted on 3-9-2008 02:51 PM

sape ade amalan yg lain
alaman zikir asma husna ade x

ima_snow posted on 3-9-2008 07:01 PM

Originally posted by tore at 3-9-2008 02:51 PM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
sape ade amalan yg lain
alaman zikir asma husna ade x

kalau zikir asmaul husna...senang saje..cuba pilih makna2 nama ALLAH tu....
tapi ikut dr fatma zahra utk jodoh ni...bacalah YA RAHMAN YA RAHIM  YA ALLAH...
bykkan zikir ni...sbb makna dia kan YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI....

insyaAllah:)

fatz2 posted on 4-9-2008 03:01 AM

Originally posted by pisang_goreng at 31-8-2008 10:36 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
lepas solat beroda la...bt solat tahjud ker.....

:$ :$ :$ :$
nak beroda ke mana tu?....:$
Page: [1] 2 3 4
View full: Surah @ Doa percepat jodoh