t@t Publish time 9-10-2008 09:52 AM

ITT Bandar Tasik Selatan ganti Puduraya.

Projek bersepadu RM570j ganti terminal Puduraya

KUALA LUMPUR: Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan bernilai RM570 juta bagi mengambil alih fungsi Terminal Puduraya yang uzur sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna dijangka mula digunakan pada 2010.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, berkata terminal yang pembinaannya mula dilaksanakan akhir tahun lalu, dijangka bukan saja berupaya mengurangkan kesesakan di ibu kota berikutan lokasi strategik dan luas.

“Projek ini akan menggantikan Puduraya yang uzur dan sesak serta tidak dapat menampung perkhidmatan bas ekspres yang bertambah.

“Terminal ini dijangka mengurangkan kesesakan di ibu kota dengan lokasi dan kemudahan lebih luas bagi menampung perkhidmatan bas dan teksi antara bandar sektor selatan membabitkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Terdahulu, Zakaria mengadakan lawatan mengejut ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan bagi meninjau kemudahan dan perkhidmatan KTMB. Hadir sama Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Radzak Abd Malek dan Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Zain Mat Taha yang Zakaria menaiki tren menghala ke KTM Bangi.

Terminal yang dikenali sebagai ITT Bandar Tasik Selatan bakal mempunyai terminal berkeluasan 95,000 meter persegi selain memuatkan sehingga 150 ruang teksi, 60 platform bas dan 1,000 tempat letak kereta.

Terminal berkenaan boleh dihubungi menerusi dua lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Besraya disamping digabungkan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Komuter KTM dan Express Rail Link (ERL) yang mempunyai stesen dalam lingkungan radius 200 meter.

Mengulas kualiti perkhidmatan stesen KTM, Zakaria berkata, masih ada ruang untuk penambahbaikan yang boleh diberi perhatian, terutama keselamatan dan keselesaan pengguna seperti kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Mohd Radzak berkata, KTM sentiasa prihatin dengan kemudahan membabitkan OKU dan sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, peruntukan RM15 juta itu membolehkan stesen komuter KTM dilengkapi lif, ramp dan tandas OKU bagi membolehkan golongan berkenaan tidak menghadapi kesukaran ketika menggunakan perkhidmatan Komuter KTM untuk laluan masing-masing.

Beliau berkata, setakat ini stesen yang mempunyai kemudahan untuk OKU ialah Midvelly, Bank Negara, Kepong Sentral, Seremban, Kajang, Subang Jaya dan KL Sentral.

nanie Publish time 9-10-2008 10:00 AM

sesak la BTS nanti

t@t Publish time 9-10-2008 10:12 AM

under construction....

http://i161.photobucket.com/albums/t224/Nissan_FUGA/BTSC.jpg

http://i161.photobucket.com/albums/t224/Nissan_FUGA/BTSD.jpg

http://i161.photobucket.com/albums/t224/Nissan_FUGA/BTSA.jpg

http://i161.photobucket.com/albums/t224/Nissan_FUGA/BTSB.jpg

credit to twk90

wineps Publish time 9-10-2008 10:13 AM

Plaza Rakyat aper citer.....????jadi gajah putih ke..????
BTS tue dekat ngan umah aku nie.....sesak laa jawapnya nanti....

houdini Publish time 9-10-2008 10:17 AM


Logik gak sebab dah ada stesen Komuter, ERL, STAR LRT kat situ
Barulah boleh kata bersepadu :loveliness:

kokocincau Publish time 9-10-2008 10:18 AM

Tu ler psl.... selalu klu nak g kl aku parking jer kat kg m'sia neh. Tup2 da tutop plaks kaw parking tuh. Terpakse ler memarking kat stesen sg besi yg padat makdat tuh :mad: :mad:

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:18 AM

Reply #3 t@t's post

r u sure???

:(
dorg wat kat cini kew....
bgos jgk...

humm lgi satu ...

perhentian klang pon dorg nak pindah jgk...
n now under construction!!!

t@t Publish time 9-10-2008 10:21 AM

Reply #7 azharazhar91's post

sure la tuh....:lol:

tp bagus jugok....naik le value tanah & rumah org sg besi & sekitar nya.....:lol:

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:25 AM

Reply #8 t@t's post

ko dok area ctu kew???:( :( :(


ahaaa..

x lame lgi kg sg besi jdik mcm kg baru!!!!!:o :o

t@t Publish time 9-10-2008 10:25 AM

Reply #9 azharazhar91's post

tak...ganu ni jerk...:lol:

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:30 AM

Reply #10 t@t's post

huhhuuhuh...

dkat btol ngan tsik selatan...:D :D :D :D

hafieza Publish time 9-10-2008 10:32 AM

erm, sy keje kt syarikat project management yg handle projek ni..
x akn sesak sbb ade jalan baru yg akn di buat...

mat_arof Publish time 9-10-2008 10:37 AM

sesak lah nampaknhya BTS..termasuk kawasan kawasan yang berdekatan BANDAR TUN RAZAK,BANDAR SRI PERMAISURI, SRI PETALING ,SG BESI...

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:38 AM

Reply #12 hafieza's post

oo..
ye kew.....

bgos arrr tu....
hummm....

die punye plan lebih baik kew??/
@ mcm kl sentral???


dan..

bas nak g selatan, timur n utara sume kat c2 kew??

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:39 AM

Reply #13 mat_arof's post

aku x raye tmpt tu akan sesak...
sbb keliling die highway..

tteja Publish time 9-10-2008 10:42 AM

hmm ...
macam dirikan atas kawasan bekas lombong jer ...
phewwww:L :L :L

hafieza Publish time 9-10-2008 10:43 AM

Originally posted by azharazhar91 at 9-10-2008 10:38 AM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
oo..
ye kew.....

bgos arrr tu....
hummm....

die punye plan lebih baik kew??/
@ mcm kl sentral???


dan..

bas nak g selatan, timur n utara sume kat c2 kew??


better than kl sentral..sume computerised..nama pon integrated kn..
ade kiosk utk ltk info every bas ekspress yg dh smpai...
tiap2 bay utk bas pon guna sistem kamera n detect guna nombor plat bas..
situ hanye utk bas ke selatan je..utara dlm proses nk cari tpt yg sesuai..tp projek utk utara sy x tau..bkn company sy handle..
projek ITT BTS ni mmg company sy manage..:loveliness:

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:44 AM

Reply #16 tteja's post

bleh arr dikatakan lombong jgk....

tpi bukan atsa lombong...

tepi!!!

dkt ngan kg bunga raya:( :(

azharazhar91 Publish time 9-10-2008 10:45 AM

Reply #17 hafieza's post

wooo.....

gud....

tpi yg g timur saye x brape suke arr..

jln putra jdik sesak...

cuba arr wat kat taman melati kew....
sbb dekat nagn karak kan!!!:o :o :o

winter_heart Publish time 9-10-2008 11:01 AM

:'( :'( :'(nnt sesak la kat umah aku... sekarang nie kalo time org g keje n balik keje pon da jem kat dpn umah aku...
Pages: [1] 2 3
View full version: ITT Bandar Tasik Selatan ganti Puduraya.


ADVERTISEMENT