t@t Publish time 9-10-2008 11:05 AM

Reply #19 azharazhar91's post

confirm sesak jugak...org east coast ni ramai...:lol:

TUKANGKEBUN Publish time 14-10-2008 04:15 PM

aku fikir satu je yg POSITIF, Nilai Harta Tanah di kws sekitarnya terutama di Sg Besi, Bdr Tasik Selatan, Sri Petaling serta Cheras & Serdang akan meningkat naik (termasuklah harga sewa rumah aku di P'puri Desa Tasik tu):lol: :lol: :lol:

miss_anne Publish time 3-3-2009 04:48 PM

Balas #22 TUKANGKEBUN\ catat

aku menyewa kat tasik selatan :'( :'( :'(

WonBin Publish time 4-3-2009 01:24 AM

Laju diorang buat kerja... bagus

Joe Hahn Publish time 4-3-2009 02:40 AM

hentian pudu tu patut jadi khazanah negara weh:$

semua org yg first time datang kl, ramai bermula jejaknya disitu

peachlily^ Publish time 5-3-2009 01:54 PM

Balas #25 Joe Hahn\ catat

yerp couldn't agree more;P ;P

Syd Publish time 19-5-2009 08:22 PM

Perkhidmatan Bas Ekspres Pudu Raya Bakal Dipindah Ke Tasik Selatan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan bas ekspres yang selama ini bertumpu di Hentian Pudu Raya sehingga menyesakkan kawasan bandar raya akan di pindahkan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan yang dijangka siap tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di Hentian Pudu Raya.

"Terminal di Bandar Tasik Selatan akan dijadikan satu hab bersepadu untuk ke semua destinasi ke seluruh negara bagi memudahkan rakyat menumpu kepada satu hab sahaja ke semua destinasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pengusaha dan persatuan bas, di sini hari ini.

Beliau berkata pada asalnya terminal di Bandar Tasik Selatan digunakan bagi menampung bas ekspres dari zon selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat bagi menampung pengangkutan ke seluruh negara.

Mohamed Nazri berkata apabila terminal di Tasik Selatan siap, Hentian Pudu Raya akan dijadikan hentian bas dan teksi di dalam bandar sahaja.

Terminal Bandar Tasik Selatan boleh dihubungi menerusi dua lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Besraya, di samping digabungkan dengan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan, Komuter dan rangkaian Rel Ekspres Lapangan Terbang.

Dalam pertemuan itu pula, pelbagai cadangan diberikan untuk mengatasi kesesakan teruk di Hentian Pudu Raya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang turut hadir berkata kerajaan telah mengenal pasti sebidang tanah milik kerajaan berhampiran Hentian Puduraya untuk kegunaan bas dua tingkat dan bas ekspres.

Pengerusi Konsortium Transnasional, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata kepentingan pengguna perlu turut diambil kira, dengan meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

-- BERNAMA

Syd Publish time 19-5-2009 08:23 PM

Hentian Puduraya Berwajah Baru Selepas Pengubahsuaian

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Hentian Puduraya akan menjalani beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan sebagai rancangan kerajaan untuk mengubah wajah stesen bas dan teksi yang terletak di ibu negara.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata antara pengubahsuaian yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini adalah memasang alat pencegahan kebakaran yang baru, menaik taraf pejalan kaki dari stesen LRT Plaza Rakyat ke Hentian Puduraya, mengecat semula bangunan, menaik taraf tandas dan memasang alat penghawa dingin di ruang menunggu bas.

"Pengubahsuaian lain termasuklah menaik taraf sistem lif, membina kaunter tiket baru yang akan berpindah ke tingkat satu, kerana kaunter sedia ada sangat sesak ekoran jumlah penumpang yang tinggi.

"Selain itu, medan selera pula akan dipindahkan ke tingkat empat sementara kedai-kedai runcit akan ditempatkan pada tingkat yang sama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hentian Puduraya di sini hari ini.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bagi projek pengubahsuaian jangka panjang pula, ia akan membabitkan kerja-kerja menaik taraf ruang menunggu bas di tingkat bawah, pemasangan eskalator, penambahan lif penumpang dan lif barangan.

"Pengubahsuaian itu perlu dilakukan kerana Hentian Puduraya akan berperanan sebagai stesen pengangkutan awam antara bandar Kuala Lumpur sahaja.

"Kesemua operasi bas ekspres akan dipindahkan ke stesen pengangkutan awam di Bandar Tasik Selatan yang dijangka siap pada tahun 2010," katanya.

Pemindahan operasi stesen bas ekspres ke Bandar Tasik Selatan adalah untuk menyelesaikan kesesakan trafik di sekitar kawasan Hentian Puduraya, kata Ahmad Husni.

-- BERNAMA

mastikaratu Publish time 19-5-2009 09:20 PM

:D ala asal aku dah pindah dari bts ni ader projek yang gempak ..
tapi blh wat jem gak kawasan ni ...

TUKANGKEBUN Publish time 20-5-2009 08:51 AM

terminal utk ke Selatan & Timur mmg sesuai sbb terus masuk Lebuhraya KL Seremban & MRR2 ke Karak

tapi kalu bab ke Utara, payah sikit weh:@ :@

bas ekpress nak lalu mana, kena redah jem kat TUDM Sg Besi utk ke Jln Duta la

sebringfgk Publish time 20-5-2009 10:55 AM

Originally posted by Joe Hahn at 4-3-2009 02:40 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
hentian pudu tu patut jadi khazanah negara weh:$

semua org yg first time datang kl, ramai bermula jejaknya disitu


yg ni mmg aku setuju sgt2...:lol:

WonBin Publish time 21-5-2009 01:06 AM

Kalau bas tiba jam 4 pagi di Bandar Tasik Selatan, mana nak pergi? LRT dan komuter belum ada. Teksi celaka? Cekik darah!

Tido kat kaki 5 lah sehingga jam 6 pagi !!

danedzya Publish time 21-5-2009 03:06 AM

Balas #32 WonBin\ catat

Kan dah dekat dgn Palace of the golden horses...gi tidur situ ler...;P ;P

WonBin Publish time 21-5-2009 02:55 PM

Kalau kat Puduraya,tiba jam 4 pagi pun no hal. Terus jalan kaki dalam 500 meter ke Bukit Bintang. Ada tom yam tepi jalan dan mamak 24 jam belakang Bintang Hotel tepi Low Yat. Ada orang mabuk baru abis karaoke kat 'Swan'. Best. Kat BTS ni takdak hapa-hapa lorr

WonBin Publish time 21-5-2009 03:14 PM

Kita mintaklah ada bas transit dari Terminal BTS ke pusat bandar Kuala Lumpur untuk 12 tengah malam hingga 6 pagi.

hyie Publish time 21-5-2009 04:31 PM

xde gamba terkini ke?

danedzya Publish time 21-5-2009 09:14 PM

Balas #34 WonBin\ catat

Dah siap esok macam2 ler kedai/restoran/pub naik macam cendawan kat area tu nanti....Don't worry...:lol: :lol:

WonBin Publish time 22-5-2009 06:04 PM

Rojak lah lepas ni bila bas ke
Utara, Timur, Selatan semua kat sana.

Ada sedara aku jumpa jodoh dengan bini dia kat bus stand !!

t@t Publish time 5-6-2009 07:29 AM

Bas ekspres ke selatan saja

Oleh FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan hari ini mengumumkan tidak akan menjadikan lokasi Bandar Tasik Selatan sebagai Terminal Pengangkutan Bersepadu hab bas ekspres tunggal di ibu negara untuk ke semua destinasi di Semenanjung.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebagai ganti, lokasi itu akan hanya menjadi terminal untuk hab bas ekspres ke destinasi selatan tanah air sahaja.

''Terminal Bandar Tasik Selatan ini kita akan jadikan terminal untuk pengguna yang mahu ke selatan. Kita juga akan sediakan dua lagi terminal iaitu untuk ke timur dan utara bagi pengguna yang mahu ke sana.

''Semuanya dalam perancangan. Lokasi terminal ke timur akan kita sediakan di Gombak, manakala terminal utara kita masih lagi belum memilih lokasinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Terminal Pengangkutan Bersepadu itu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mengenai pengumuman perkara tersebut, beliau berkata, perancangan asal untuk projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan berdasarkan faktor ketidaksuaian lokasi.

"Perancangan (Terminal Pengangkutan Bersepadu Hab Bas Ekspres Tunggal) itu tidak dapat dilaksanakan kerana lokasinya tidak sesuai.

''Jika kita melaksanakannya, ia akan menyebabkan kesesakan dan boleh menjejaskan penduduk di sekitar kawasan itu," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, setelah projek terminal selatan tersebut siap kelak, ia dapat membantu mengurangkan kesesakan bukan sahaja di Puduraya, malah di ibu kota.

"Setelah terminal ini siap, dianggarkan 500 buah bas ekspres untuk ke arah selatan tidak akan menggunakan Puduraya lagi. Jadi, bayangkan betapa masalah kesesakan itu dapat dibendung," katanya.

Katanya lagi, mengikut jadual pembinaan terminal di Bandar Tasik Selatan itu dijangka siap pada November 2010.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm

[ Last edited byt@t at 5-6-2009 07:30 ]

JUSTcircle Publish time 1-12-2009 02:52 AM

Biler nak siap? x tau lah.. makin sesak la gamaknya dari end of KESAS and starting MRR2 nanti! tapi x per.. sbb.. harga tanah dan perumahan akan naik kat area sini.. bagus2!!
Pages: 1 [2] 3
View full version: ITT Bandar Tasik Selatan ganti Puduraya.


ADVERTISEMENT