wjc610 Publish time 23-1-2009 04:10 PM

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

p/s: just sbgi ulangkaji......sama2 kita mengingati antara satu sama lain....

sal_saiful Publish time 23-1-2009 04:52 PM

Errmm..teringat zaman persekolahan dulu ustazah ade ajar bab nie...:)

anakmacho Publish time 23-1-2009 07:41 PM

Originally posted by wjc610 at 23-1-2009 04:10 PM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperi ...

Salaam,

Kalau begitu nabi-nabi terdahulu dah buat maka macam mana pula kisah israj mikraj.... bukan baginda dikisahkan menerima perintah sholat semasa peristiwa itu.

Lagi satu macama mana tau cerita tersebut diatas..... takda dalam Al Quran pun..... ?

indah1285 Publish time 23-1-2009 09:15 PM

kalolah tuan umah leh nyatakan sumber mana yg diperolehinya, alangkah eloknya ...:)

mamanurulhasbi Publish time 25-1-2009 12:59 AM

Originally posted by indah1285 at 23-1-2009 09:15 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kalolah tuan umah leh nyatakan sumber mana yg diperolehinya, alangkah eloknya ...:)

sokong.erm rase dlm quran takde.maybe hadis...hrptuan rumah bg sumber.:)

bizsari Publish time 25-1-2009 02:03 AM

aku pun nak tanya soalan yg sama

kopiuskanOriginally posted by anakmacho at 23-1-2009 19:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Salaam,

Kalau begitu nabi-nabi terdahulu dah buat maka macam mana pula kisah israj mikraj.... bukan baginda dikisahkan menerima perintah sholat semasa peristiwa itu.

Lagi satu macama ma ...

bzzts Publish time 25-1-2009 02:09 AM

Reply #3 anakmacho's post

(walaupun aku tertanya soalan sama,) tapi secara logiknya, pada zaman nabi Muhammad dulu, solat 5 waktu belom wajib sehingga selepas isra' & mikraj ?

[ Last edited bybzzts at 25-1-2009 02:11 AM ]

anakmacho Publish time 25-1-2009 08:09 PM

Balas #7 bzzts\ catat

Salaam,

Bukankah kalau ikut sejarah perintah sholat (surah 73:20) lebih kurang 10 tahun lebih awal dari berlakunya Israj.......?

bzzts Publish time 25-1-2009 08:22 PM

Reply #8 anakmacho's post

tapi, dlm ayat tu bukan mention pasal solat 5 waktu ... kan?

http://www.tafsiran.net/baca.php?baca=73

Al Muzzammil - Orang yang berselimut - المزمّل

ayat 20.

Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya). maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

anakmacho Publish time 25-1-2009 08:30 PM

Balas #9 bzzts\ catat

Salaam,

Yap.... kalau kita rujuk Al Quran yang sebanyak 114 surah pun, kita tidak akan jumpa arahan Allah sholat 5 waktu.....

Terjemahan lain surah tersebut;

73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur抋n semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

bzzts Publish time 25-1-2009 08:36 PM

Reply #10 anakmacho's post

itu le, kat sini aku nak bertanya pasal asal usul/sejarah dalil wajib solat 5 waktu tu. bila mula diwajibkan?

316 Publish time 25-1-2009 08:51 PM

seingat den mmg ado dalil dlm quran ttg solat 5 waktu nih ..

nti den cubo cri smula yo ..

316 Publish time 26-1-2009 03:57 PM

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ ... الاية - الاسراء ص78
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan (dirikanlah) sembahyang subuh ...
- Dlm ayat ini Allah taala perintahkan Rasulullah dan umatnya supaya mendirikan sembahyang yang lima waktu meliputi siang dan malam .

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ... الاية - هود ص114
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam ...


rujukan ; Tafsir pimpinan Ar-Rahman

Jadi 2 putung ayat al-quran diatas ni rasanya dh cukop terang utk menjelaskn solat 5 waktu nih .
walaupun tidak disebut dgn jelas solat ape .. tapi 'dua bahagian siang' tu sbg cth .. kita dpt buat kesimpulan bhwa ayat itu menerangkn ttg solat zuhur dan asar .
begitu jugat dgn ayat yg lelaen ..

anakmacho Publish time 26-1-2009 05:10 PM

Originally posted by 316 at 26-1-2009 03:57 PM
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan (dirikanlah) sembahyang subuh ...
- Dlm ayat ini Allah taala perintahkan Rasulullah dan umatnya supaya mendirikan sembahyang yang lima waktu meliputi siang dan malam .

Salaam 316,

Harap kita dapat berdiskusi secara baik demi mencari ilmu agama.

Kalau kita rujuk teks asal iaitu Al Quran di ayat diatas, kita tidak akan terbaca perkataan subuh, oleh itu boleh jelaskan dari mana datangnya perkataan subuh tersebut?

Terjemahan lain;

AQ 17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam ...

Dari ayat diatas pula boleh tolong jelaskan dari mana datangnya perkataan "pagi dan petang" ayat dalam kurungan sebab teks Al Quran tidak terdapat perkataan tersebut?

Terjemahan lain;

AQ 11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

rujukan ; Tafsir pimpinan Ar-Rahman
Jadi 2 putung ayat al-quran diatas ni rasanya dh cukop terang utk menjelaskn solat 5 waktu nih .
walaupun tidak disebut dgn jelas solat ape .. tapi 'dua bahagian siang' tu sbg cth .. kita dpt buat kesimpulan bhwa ayat itu menerangkn ttg solat zuhur dan asar .
begitu jugat dgn ayat yg lelaen ..

Saya tertarik dengan frasa kata yang bro sebutkan "walaupun tidak disebut dgn jelas solat ape...", walaupun tidak jelas pada bro tapi dah buat kesimpulan, macam ada yang tak selesai disitu.

Harap dapat dijelaskan dengan lebih terperinci lagi.... dan harap persoalan saya tiada siapa yang akan jadikan kontroversi kerana saya berpengang pada ayat Allah berikut;

Al Israa 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Terima kasih.

Sinner Publish time 26-1-2009 07:03 PM

Israilliyyat nih.

yetta Publish time 26-1-2009 10:01 PM

salam,
AQ 17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapanmalam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

QUOTE:
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam ...


Dariayat diatas pula boleh tolong jelaskan dari mana datangnya perkataan"pagi dan petang" ayat dalam kurungan sebab teks Al Quran tidakterdapat perkataan tersebut?

setau saya dalam al-Quran memang x dinyatakan solat2 5 waktu dari subuh sampai Isyak,so macam mana ble jadi 5 waktu kalau al-Quran xda mention tentang 5 waktu ni? jawapannya, kalau xda dalam Quran, rujuk sumber ke dua iaitu hadith.. macam tu jugak dalam bab isra' mi'raj dan perkara2 yang lain. saya ambik contoh, rukun solat.. dalam Quran xda dinyatakan berapa rukun solat, berapa rakaat, macamana nak solat, apa bacaan2 dalam solat. tapi semua tu dinyatakan dalam hadis.. dan perlu diingat, hadith nabi tidak terhad pada apa yang nabi cakap sahaja, tapi jugak daripada apa yang nabi buat,   ( Qaulun, wa fi'lun wa tikrar). so, dari situ kita belajar macamana cara nak semayang. seperti dalam hadith nabiyang bermaksud : Sembahyang lah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahayang"
x semua yang berkaitan dengan fiqh ni dinyatakan secara jelas dalam al_quran, ada jugak yang perlu dijelaskan melalui hadis.
satu lagi contoh, pasal pembahagian najis yang kita belajar dari sekolah rendah.. cuba korang rujuk Al-Quran, korang ada jumpa x nama2 najis mukhaffafah, mughallazah, mutawasitah? x jumpa kan? so kenapa perlu ikut cara2 nak basuh najis2 ni kalau dalam quran xda mention tentang cara basuh najis ni?
Bukankah salah satu fungsi hadith ialah menjelaskan dengan lebih khusus tentang sesuatu yang disebutkan secara umum di dalam al-Quran.
So, kalau sesuatu tu x disebut secara jelas dalam al-Quran, x semestinya benda tu x betul kan?
mintak maaf kalau ada point2 aku yang korang rase salah, aku pun x banyak ilmu.

anakmacho Publish time 26-1-2009 10:46 PM

Originally posted by yetta at 26-1-2009 10:01 PM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
setau saya dalam al-Quranmemang x dinyatakan solat2 5 waktu dari subuh sampai Isyak,so macammana ble jadi 5 waktu kalau al-Quran xda mention tentang 5 waktu ni?jawapannya, kalau xda dalam Quran, rujuk sumber ke dua iaitu hadith..macam tu jugak dalam bab isra' mi'raj dan perkara2 yang lain.

Salaam,

Sebenarnya ada disebut berkenaan nama sholat dalam Al Quran tetapi ada yang tidak sama apa yang disebut yang dikatakan hadis nabi.

sayaambik contoh, rukun solat.. dalam Quran xda dinyatakan berapa rukunsolat, berapa rakaat, macamana nak solat, apa bacaan2 dalam solat. tapisemua tu dinyatakan dalam hadis.. dan perlu diingat, hadith nabi tidakterhad pada apa yang nabi cakap sahaja, tapi jugak daripada apa yangnabi buat,   ( Qaulun, wa fi'lun wa tikrar). so, dari situ kita belajarmacamana cara nak semayang. seperti dalam hadith nabiyang bermaksud :Sembahyang lah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahayang"

Sebenarnya dalam Al Quran ada semua itu dinyatakan iaitu berkenaan rukun, rakaat, apa yang perlu dibaca dan sebagainya.

x semua yang berkaitan dengan fiqh ni dinyatakan secara jelas dalam al_quran, ada jugak yang perlu dijelaskan melalui hadis.
satu lagi contoh, pasal pembahagian najis yang kita belajar darisekolah rendah.. cuba korang rujuk Al-Quran, korang ada jumpa x nama2najis mukhaffafah, mughallazah, mutawasitah? x jumpa kan? so kenapaperlu ikut cara2 nak basuh najis2 ni kalau dalam quran xda mentiontentang cara basuh najis ni?
Bukankah salah satu fungsi hadith ialah menjelaskan dengan lebih khusustentang sesuatu yang disebutkan secara umum di dalam al-Quran.
So, kalau sesuatu tu x disebut secara jelas dalam al-Quran, x semestinya benda tu x betul kan?
mintak maaf kalau ada point2 aku yang korang rase salah, aku pun x banyak ilmu.

Bagi mereka yang tidak berkeyakinan bahwa Al quran adalah lengkap semua perkara itu memang dipersoalkan..... tapi disini adalah topik berkenaan sholat maka harap fokus pada perkara sholat sahaja.

Terima kasih.

ulartedung Publish time 27-1-2009 11:26 AM

ada tak masa israk mikraj tu tuhan suruh nabi sembahyang zuhur,asar,magrhib,isyak,subuh dan rakaat dia banyak mana dan cara baca dia macam mana.sebab biasa yang didengar cerita israk mikraj cuma tuhan bagi turun jumlah sembahyang dari 40 ke 5 waktu je.tapi tak sebut sembahyang apa yang lima waktu tu dan cara sembahyang macammana.

mnm77 Publish time 27-1-2009 06:24 PM

Originally posted by anakmacho at 23-1-2009 07:41 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salaam,

Kalau begitu nabi-nabi terdahulu dah buat maka macam mana pula kisah israj mikraj.... bukan baginda dikisahkan menerima perintah sholat semasa peristiwa itu.

Lagi satu macama mana tau cerita tersebut diatas..... takda dalam Al Quran pun..... ?

Salam saudara anakmacho (macam M5 je ni),

Persoalan macam ni menunjukkan kita tidak mengkaji sejarah Nabi sendiri. Sebelum turunnya perintah kewajipan Solat 5 waktu, ibadah solat telah diamalkan oleh Nabi seperti Nabi2 yang terdahulu.

Begitu juga sebelum perintah Puasa Bulan Ramadhan, puasa telah pun diamalkan seperti yang diamalkan oleh umat terdahulu.

Kita tahu kisah kewajipan Solat 5 waktu dari Sirah dan Hadith Nabi. Kalau sesiapa yang taknak terima, itu bermakna mereka tidak mahu menerima sejarah Islam itu sendiri dari hadith2 yang sahih.

Islam adalah agama yang lengkap, diperhalusi dari Amalan dan Sunnah Nabi sendiri.

WAllahu a'lam

mnm77 Publish time 27-1-2009 06:29 PM

Originally posted by ulartedung at 27-1-2009 11:26 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ada tak masa israk mikraj tu tuhan suruh nabi sembahyang zuhur,asar,magrhib,isyak,subuh dan rakaat dia banyak mana dan cara baca dia macam mana.sebab biasa yang didengar cerita israk mikraj cuma tuhan bagi turun jumlah sembahyang dari 40 ke 5 waktu je.tapi tak sebut sembahyang apa yang lima waktu tu dan cara sembahyang macammana.

Nabi terima perintah Solat semasa Mi'raj ke Langit asalnya 50 waktu, dikurangkan sehingga 5 waktu.

Nabi juga menerima wahyu dan ilham dari Allah, bagaimana nak melaksanakan perintah Solat 5 waktu tersebut. Amalan Nabi berkenaan Solat 5 waktu itu menunjukkan cara perlaksanaan Perintah Allah. Nabi bersabda bila ditanya bagaimana nak amalkan perintah solat: "Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku Solat"

Nak tahu solat 5 waktu kena kaji keseluruhan hadith2 Nabi pasal solat, terlalu banyak kalau nak dimuatkan di sini.


WAllahu a'lam
Pages: [1] 2 3
View full version: Sejarah Solat 5 Waktu


ADVERTISEMENT