NIXAR Publish time 26-11-2009 04:45 PM

air laut boleh disuling kan. :)

cmf_premierleag Publish time 26-11-2009 05:01 PM

Err yeke? time tu sape yg perintah m'sia? BN ke PR?
apam Post at 26-11-2009 16:05 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

maybe pd waktu itu, PR & BN dah berkubur tggl sejarah shj
so akan ada satu parti baru
Parti Tupperware:lol:

cm_gagahperkasa Publish time 26-11-2009 05:34 PM

nama pun laut Mati
cuba tukar nama laut Hidup

anya8797 Publish time 26-11-2009 05:36 PM

nama pun laut Mati
cuba tukar nama laut Hidup
cm_gagahperkasa Post at 26-11-2009 17:34 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

tegelak anya pun...betul jugak ye.......it's all in the name....;P

bintang Publish time 26-11-2009 06:08 PM

Lum kiamat lagi la tahun 2012 neh... :ohmy3:

Apa kata geng kicap bani tamim, Bang NIX :laugh3:

bintang Publish time 26-11-2009 06:23 PM

Bahr al mait, Dead Sea atau Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia.. serendah 418 m di bawah aras laut. Juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Merupakan laut termasin di dunia, lebih kurang 36 kali lebih masin dari laut biasa. Dek kerana itu takde satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.


Sapa yang pernah pergi ke sini mereka boleh lihat bumi Israel nun di hadapan sana...kerana Laut Mati ni adalah sempadan antara Jordan dan Israel. Sebenarnyakanlaut mati ni tak sama dengan laut lain , Laut mati ni adalah sebuah tasik yang besar.

Memang leh termuntah kalo terasa air di sini.. masin berbaur pahit ;Pkhabarnya khasiatnya sungguh banyak... ramai bermandi ala spa di sini..

lampualam Publish time 26-11-2009 07:56 PM

Err yeke? time tu sape yg perintah m'sia? BN ke PR?
apam Post at 26-11-2009 16:05 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
sempat lagi tu...:lol:

AHMADVW Publish time 26-11-2009 08:03 PM

Bahr al mait, Dead Sea atau Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia.. serendah 418 m di bawah aras laut. Juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Merupakan laut termasin di dunia, leb ...
bintang Post at 26-11-2009 18:23 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

bintang dah penah sampai sini ker?

manusia biasa Publish time 26-11-2009 08:39 PM

pendapat aku ler ..

israel mesti mau laut tu kering utk tmbh kawasan mereka seterusnya tmbh penempatan israel ..

abangbikerz Publish time 26-11-2009 08:42 PM

laut mati ni bukanke tempat kaum nabi lut yg dibalakan Allah dulu.

NIXAR Publish time 26-11-2009 09:12 PM

Lum kiamat lagi la tahun 2012 neh... :ohmy3:

Apa kata geng kicap bani tamim, Bang NIX :laugh3:
bintang Post at 26-11-2009 06:08 PM http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

depa akan terus ramaikan bini2 depa jek. :lol:

NIXAR Publish time 26-11-2009 09:14 PM

bintang tu kan ke selalu travel ikut ayah dia. :D

bintang Publish time 26-11-2009 09:18 PM

Umat Nabi Luth as dihancurkan oleh Allah SWT, kerana melakukan hubunganl dengan sesama jenis (homoseksual). Meski sudah diberi peringatan oleh Nabi Luth, namun umatnya tetap tidak mau menuruti perintah Baginda, sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka.

Kisah umat Nabi Luth terdapat dalam surah :

Al Anbiya 74 - 75

74 - "Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka."

75 - "Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh"


Hud77 - 83


77 - Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".

78 - Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

79 - Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

80 - Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".

81 - (Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

82 - Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

83 - Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.


Al-Qamar: 33-38.


33 - (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).

34 - Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,

35 - Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.

36 - Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.

37 - Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

38 - Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).


Asy Syu'ara 160-173


160 - (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

161 - Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

162 - "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

163 - "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

164 - "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

165 - "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

166 - "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

167 - Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

168 - Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

169 - (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

170 - Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya

171 - Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

172 - Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

173 - Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

bintang Publish time 26-11-2009 09:20 PM



depa akan terus ramaikan bini2 depa jek. :lol:
NIXAR Post at 26-11-2009 21:12 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Lor... kira bersyukurlah lum kiamat lagi 2021 ek ;P

Macamana rupanya laut baru nanti ek ..

NIXAR Publish time 26-11-2009 09:25 PM



Lor... kira bersyukurlah lum kiamat lagi 2021 ek ;P

Macamana rupanya laut baru nanti ek ..
bintang Post at 26-11-2009 09:20 PM http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

x pa. anak2 dia bleh ganti jadik Pemuda Bani Tamin. :loveliness:

bintang Publish time 26-11-2009 09:27 PM



x pa. anak2 dia bleh ganti jadik Pemuda Bani Tamin. :loveliness:
NIXAR Post at 26-11-2009 21:25 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Leh jek leh pas pas gitu ;P

Lama tak nampak minah rock :cf:

noor2 Publish time 26-11-2009 09:37 PM

2# silverstar333


;P;P...


macam 2 ramalan da......


kehendak Allah apa pun boleh berlaku......hanya Dia yang menentukan segala2nya.....

NIXAR Publish time 26-11-2009 09:41 PM



Leh jek leh pas pas gitu ;P

Lama tak nampak minah rock :cf:
bintang Post at 26-11-2009 09:27 PM http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

benih baik la katakan. minahrock sibuk kat Jakarta kot. :lol:

bintang Publish time 26-11-2009 09:44 PM



benih baik la katakan. minahrock sibuk kat Jakarta kot. :lol:
NIXAR Post at 26-11-2009 21:41 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Rasa macam dia terkedu pasal kiamat yang dijangka 2012 itu adalah dari 'wahyu' yang diperolehi oleh abuya... tetapi rupanya sudah tersebut dalam kelendar mayan... {:1_126:} difilemkan lagik tuh {:1_124:}

NIXAR Publish time 26-11-2009 09:49 PM



Rasa macam dia terkedu pasal kiamat yang dijangka 2012 itu adalah dari 'wahyu' yang diperolehi oleh abuya... tetapi rupanya sudah tersebut dalam kelendar mayan... {:1_126:} difilemkan lagik tuh {: ...
bintang Post at 26-11-2009 09:44 PM http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Mayan lagi advance dr Abuya? :shakehead3:
ada pilem baru la bintang, tgk mcm best. Avatar. :loveliness:
Pages: 1 [2] 3
View full version: Laut Mati Akan Kering Menjelang 2050. Laut Baru Akan Muncul Di Gurun Ethiopia.


ADVERTISEMENT