Syd Publish time 30-6-2010 12:01 PM

JATUH organ peranakan (JOP)

Post Last Edit by Syd at 30-6-2010 12:05

Elak rahim jatuh
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


http://www.utusan.com.my/pix/2007/0121/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01_big.jpg

RAHIM yang jatuh dikeluarkan dari faraj melalui pembedahan histerektomi.


JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.

“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.


Jenis-jenis JOP

Bahagian atas/bumbung faraj

Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidakmenyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaandijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
*Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
*Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.


Bahagian hadapan

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.


Bahagian belakang faraj

“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar(rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.

“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan dibelakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’terang Dr. Rosilawati.

Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.

Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan olehotot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.


Punca-punca JOP

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaanpada saraf tunjang.


Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati,ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’

Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat dicelah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.


Pencegahan

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat,guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

*Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

*Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

*Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.


Rawatan

Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.

‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.

“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.

Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.



Rawatan pembedahan

Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anteriorrepair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.

Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.

“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’

Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anteriorrepair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.

“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuhadalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.

“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekaligus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.


Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.

Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.

“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr.Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

hakass009 Publish time 30-6-2010 12:20 PM

kalau bahasa pasar kiter panggey kuar tombong....

hakass009 Publish time 30-6-2010 12:34 PM

ni hakass dpt dr web site dokter hamid arshad...jom kungsi...:$


Kekenduran Rahim (Prolapse)
Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)   Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.      

Gangguan perkencingan.

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalahperkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.   Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.   Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan.   Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.   Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Apakah punca punca kejadian prolapse?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya ‘prolapse’.   Di antaranya adalah seperti berikut:

i)Faktor Baka

Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama.    Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan.    Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.

ii)Exercise

Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim.   Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung.    Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse.    Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

iii)Kehamilan dan Kelahiran

Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim.      Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj.   Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan.      Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.      

iv)Menopaus

Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan.   Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse.   Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus.   Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.   

v)   Tumbuhan Dalam Rahim

Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah.    Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.

hakass009 Publish time 30-6-2010 12:36 PM

ni sambungan dia...........:)


Rawatan dan Pencegahan

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:

i)    Jaga kesihatan dan kawal berat badan

Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari.   Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.   

ii)Amalan exercise

Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia.   Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran.   Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.      

Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim.Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang.    Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.      

iii) Exercise kemut atau 'grip'
Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.    Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami.    Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya duatiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian.   Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.

Alat PSX
Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX, (lihat dalam gambar ini dibawah) yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini.   Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj.   Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya.      Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter.      Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj.      Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kaladan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.

   

Alat PSX

Pembedahan

Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse.   Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair – lihat tajuk ‘Pembedahan’).Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse'nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.

Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair).   Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau ‘physiotherapy’ dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.      

Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing.   Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.      

Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.

Kegunaan Pessary

Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj.   Alat inidigelar dengan nama ‘Ring pessary’.Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.

hakass009 Publish time 30-6-2010 12:40 PM

Post Last Edit by hakass009 at 30-6-2010 12:41

Reply 1# Syd


    errr......;P...hakass jer yg gegeh mereply......owg lain mana???


nota kaki:- penah terbace kat website hamid arshat...kalau kes yg terjulur n takyah buang suma rahim..dia akan baiki yg terjulur jer tuh...dan hasil dr pembedahan pompuan "punya" tu jadik ketat cam anak dara balik....ip ai not mistek ar...nnti hakass carik lagik..ip ai jumpa balik ekkk..:$

Syd Publish time 30-6-2010 12:43 PM

takpolah...
biar dorang baca dulu
kalau ada apa2 nanti
dorang akan tanya kat thread nehh

hakass009 Publish time 30-6-2010 12:53 PM

hakass dh jumpa dh...dr website hamid arshat...

Vaginal Hysterectomy & Repair

Pelvic Floor Repair (PFR)

Ramai wanita mengalami masalah kekenduran saluran faraj khususnya mereka yang pernah dan banyak kali melahirkan anak. Mereka yang mengalami sakit bersalin yang berpanjangan, sukar meneran waktu melahirkan bayi atau memerlukan forsep atau vakum untuk melahirkan menghadapi risiko lebih untuk menghadapi masalah kekenduran otot faraj berbanding dengan mereka yang mudah melahirkan.

Pembedahan untuk menguatkan otot lantai di sekeliling faraj (pelvic floor) biasanya dilakukan jika berlaku ‘Prolapse’ atau kekenduran pada dinding faraj. Jika berlaku kekenduran di dinding hadapan menyebabkan pundi kencing terjatuh ke bawah,   keadaan begini digelar dengan nama cystocele dan di antara gejala yang timbul mungkin wanita itu tidak dapat mengawal air kencing apabila ia bersin , terbatuk atau ketika mengangkat barang barang yang berat atau ketika nak bangun dari sujud dalam solat.    Keadaan ini digelar dengan nama stress incontinence.

Untuk mengatasi masalah seperti ini, satu pembedahan kecil perlu dilakukan di mana dinding faraj hadapan diperbetulkan dan pundi kencing diperkuatkan melalui satu jenis jahitan.

Kadang-kala akibat daripada kehamilan yang berulang-kali atau kelahiran yang sukar serta memerlukan alat forceps atau vacuum, kekenduran pada otot belakang saluran faraj boleh berlaku, keadaan ini digelar rectocele.   Kekenduran pada otot disekeliling saluran faraj boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa khususnya ketika persetubuhan.Masalah seperti ini boleh diperbetulkan melalui pembedahan pelvic floor repair (PFR) dimana kulit yang kendur dibuang dan jahitan untuk merapatkan otot lantai punggung dilakukan.   Bagi wanita menjalani vaginal hysterectomy dan repair, kesan sampingan yang berfaedah ialah saluran faraj menjadi pulih seperti zaman muda dahulu dan ini menimbulkan kepuasan yang lebih baik dalam persetubuhan. Pembedahan ini juga akan memperbaiki dan memulihkan keadaan faraj untuk memberi keselesaan yang lebih waktu persetubuhan.

      

Sebenarnya pembedahan untuk membetulkan saluran faraj samaada bahagian hadapan atau belakang dilakukan beserta dengan pembedahan untuk membuang rahim akibat daripada prolapse atau tombong.    Pembedahan ini digelar dengan nama vaginal hysterectomy.   Pada ketika melakukan pembedahan vaginal hysterectomy, pembetulan dinding hadapan danbelakang dilakukan serentak tetapi bagi mereka yang tidak ada prolapse, iaitu wanita yang lebih muda sedikit, PFR sahaja perlu dilakuakan.

makadek Publish time 1-7-2010 02:33 PM

adeh ngeri baca..da la aku tgh tggu ari..perut memulas-mulas..tggu dak nit ni nak kuar je nih...ishhh..seram lak:dizzy:

mysweetisha Publish time 1-7-2010 04:42 PM

good info...

AHMADVW Publish time 1-7-2010 10:39 PM

tread ilmiah:sleepy:

pumpkingirl Publish time 2-7-2010 09:01 AM

good info.tq.

dune1989 Publish time 2-7-2010 10:19 AM

kiranya klu jatuh nnt takleh beranak la ye..
rahim dah takde?:o

bubpallo Publish time 2-7-2010 12:00 PM

kalu obat kampung kena duduk berasap bg kena kat bahagian yg kuar la...... lam seminggu leh lega.... pastu sambung minum obat akar kayu pula... cegah sblm parah......... :)

acik_ja Publish time 2-7-2010 12:39 PM

tu sbb arr org tua2 soh berpantang betul2 lepas bersalin...
jgn ada benda2 yg mcm ni berlaku...
saya perhatikan ibu2 muda skang ni selamba jer buat kerja berat selepas bersalin. mmg kita tak rasa sakit masa tu...tapi kendian hari sendiri kena fikir ok..

voizze Publish time 2-7-2010 12:53 PM

baru tau... owg dok cakap rahim jatuh, tak dpt bayangkan, tq by the way

katak_ensem Publish time 3-7-2010 05:11 AM

scarynyer pic ats tu
Pages: [1]
View full version: JATUH organ peranakan (JOP)


ADVERTISEMENT