Raline Publish time 8-7-2023 07:42 PM

Galeri Rumah Lat idea Sultan Nazrin

Galeri Rumah Lat idea Sultan Nazrin

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/LAT-GALERI.jpeg
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah diberikan penerangan oleh Lat mengenai koleksi dan karya yang dipamerkan di Galeri Rumah Lat pada perasmian galeri tersebut di Batu Gajah. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BATU GAJAH: Galeri Rumah Lat di sini yang menghimpunkan koleksi kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat merupakan idea Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika baginda bergelar Raja Muda Perak.

Lat berkata, meskipun pembukaan galeri ini memakan masa yang agak panjang walaupun sudah siap dibina namun ia sesuatu yang amat membanggakan.

“Saya berasa gembira kerana Galeri Rumah Lat dengan rasminya dibuka hari ini. Perancangan untuk membuka galeri ini sudah lama.

“Sejak Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak menjadi Raja Muda lagi. Sewaktu itu, baginda mengatakan elok buat galeri untuk simpan semua lukisan-lukisan di kawasan Ipoh.

“Baginda juga ada menyebut beberapa kawasan seperti di Meru, jadi masa itu saya mulalah bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan sebuah galeri komik dan kartun untuk masyarakat di Perak dan di Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Perasmian Galeri Rumah Lat oleh Sultan Nazrin di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sementara itu, Lat mengakui terkejut dan tidak menyangka mendapat gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Nazrin.

“Saya tak sangka baginda mengumumkan tentang Seniman Diraja. Saya teringat ada rakan-rakan yang mendapat gelaran Pelukis Diraja dan saya menjunjung kasih kepada Tuanku.

“Karya dan usaha dan juga pengkarya dalam kalangan rakyat memang diiktiraf oleh istana dan saya bersyukur dan mengucapkan banyak terima kasih,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Lembaga Muzium Perak memberikan perhatian terhadap buku dan cerita ‘Kampung Boy’ dan juga ‘Town Boy’ dari segi pembinaan rumah Galeri Rumah Lat.

“Buku ‘Kampung Boy’ itu adalah buku mengenai hidup seorang anak kampung daripada masa dia dilahirkan sampailah dia jadi pelajar dan akhirnya berhijrah ke bandar.

“Buku itu saya buat pada tahun 1978 dan diterbitkan pada tahun 1979, lebih kurang 40 tahun dulu,” katanya.

Galeri Rumah Latdibuka secara rasmi kepada pengunjung hari ini. – UTUSAN

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/galeri-rumah-lat-idea-sultan-nazrin/

haprak4042 Publish time 30-9-2023 10:52 PM

cantiknyaaa...bestnya kalau dapat pi tengok
Pages: [1]
View full version: Galeri Rumah Lat idea Sultan Nazrin


ADVERTISEMENT