mattzzx Publish time 26-8-2023 02:52 PM

CFMoto 800NK tiba di Malaysia

https://paultan.org/image/2023/08/2023_KL_BikeShow_CFMoto_800NK-1-BM-630x420.jpg

Selain hadir ke Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 dengan pameran pelbagai model motosikal, CFMoto turut melancarkan sebuah model baru iaitu 800NK. Ia ditawarkan dalam pilihan dua warna, iaitu Zircon Black dan Nebula White, pada harga RM38,888 tidak termasuk insurans.

Hadir dengan bentuk naked, 800NK diberikan dengan kelengkapan berteknologi seperti lampu LED hadapan dengan fungsi automatik dan DRL, sistem kunci pintar serta skrin TFT lapan inci dengan fungsi sambungan kepada telefon pintar melalui bluetooth.

Menggerakkan motosikal ini adalah enjin dua silinder DOHC berkapasiti 799 cc, yang dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dengan klac jenis slipper, mampu menghasilkan kuasa 99 hp pada 9,500 rpm dan tork 81 Nm pada 8,000 rpm.

https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/08/2023_KL_BikeShow_CFMoto_800NK-16-BM.jpg?w=417&h=278&ssl=1https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/08/2023_KL_BikeShow_CFMoto_800NK-7-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1https://i0.wp.com/paultan.org/image/2023/08/2023_KL_BikeShow_CFMoto_800NK-11-BM.jpg?w=205&h=137&ssl=1

Rim 17 inci 800NK dipegang oleh suspensi daripada Kayaba, terdiri daripada unit fork USD boleh laras di hadapan dan monoshock boleh laras di belakang. Tugas membrek pula dijalankan oleh unit cakera berkembar 320 mm dengan angkup J Juan empat piston di hadapan dan cakera 260 mm tunggal dengan angkup J Juan satu piston di belakang.

Kelengkapan lain yang disediakan pada 800NK adalah termasuk quickshifter, tiga mod tunggangan, tayar Maxxis saiz 120/60 di hadapan dan 180/55 di belakang, tangki bahan api 15 liter, brek ABS dual-channel, cruise control serta berat keseluruhan 186 kg.

https://paultan.org/2023/08/24/cfmoto-800nk-tiba-di-malaysia-799-cc-rm38888/
Pages: [1]
View full version: CFMoto 800NK tiba di Malaysia


ADVERTISEMENT