Raline Publish time 10-9-2023 01:54 PM

Pernah dapat RM80,000 untuk lukis mural

Pernah dapat RM80,000 untuk lukis mural
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dfsdsdfs_1694323975.jpg
Nabil menyiapkan mural bawah jambatan.


Kuala Lumpur: Pelukis mural bukan saja perlu memiliki daya kreatif, malah turut menuntut kesabaran yang tinggi sepanjang proses menyiapkan kerja seni itu.

Maka tidak mustahil, mereka yang memilih kerjaya itu menerima bayaran yang setimpal dengan mural dihasilkan.

Muhammad Nabil Mohd Azahari, 29, yang memulakan kerjaya sebagai pelukis mural sejak 2015 berkongsi pernah mendapat bayaran tertinggi sehingga mencecah RM80,000.

Menurutnya, harga bagi setiap mural bergantung pada saiz dinding, rekaan dan lokasi.

"Mural pertama saya adalah lukisan gambar dan puisi legenda Usman Awang. Malah, semua mural saya adalah berbayar dan ia bergantung pada saiz dinding, rekaan dan lokasi.

"Paling mahal setakat ini adalah RM80,000. Kalau rekaan susah dan agak rumit, harga memang tinggi.

"Saya mula bertapak di Johor Bahru dan menerima tawaran melukis mural di seluruh negara termasuk di Singapura. Pendek kata, merata juga saya pergi," katanya.

Menurutnya, mural dibuat berdasarkan tema yang diberikan oleh pelanggan sebelum membuat beberapa rekaan untuk dipilih.

Katanya, masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu mural pula bergantung kepada saiz yang diminta.

"Saya memilih kerjaya pelukis mural ini sebab pertama adalah kepuasan berganda bila dapat buat kerja seni berskala besar di tempat umum. Berbanding lukisan kanvas atau kertas yang hanya boleh dipamerkan di galeri saja. Dalam masa sama, pengalaman lebih menarik," katanya.

Nabil yang juga graduan rekaan grafik dan media digital dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka, berkata dia turut berdepan cabaran sepanjang pembabitannya sebagai pelukis mural.

"Selepas tamat belajar saya terus jadikan kerjaya ini sepenuh masa dan buka syarikat sendiri. Diakui kerjaya ini turut berdepan cabaran dan kesukaran termasuk keadaan cuaca yang tak menentu," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1008269/pernah-dapat-rm80000-untuk-lukis-mural

haprak4042 Publish time 30-9-2023 10:51 PM

serious tabik gila dengan org yang pandai buat mural ni.bukan kaleng2 tu creativity nak kene ade
Pages: [1]
View full version: Pernah dapat RM80,000 untuk lukis mural


ADVERTISEMENT