Raline Publish time 10-11-2023 08:26 AM

Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta

Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/000_342V49F-1536x1024.jpg
LUKISAN Pablo Picasso berjudul Woman with a Watch dipamerkan di Bandar Raya New York semalam. – AFP

NEW YORK – Salah satu karya terhebat PabloPicasso berjudul Woman with a Watch,dijual pada harga AS$139.3 juta (RM653.6 juta)olehfirma Sotheby’s dalam satu lelongan di New York semalam, harga kedua tertinggi untuk artis seni tersebut.

Lukisan tahun 1932 itu menampilkan teman artis seni Sepanyol tersebut, Marie-Therese Walter dan dianggarkan bernilai lebih AS$120 juta (RM563 juta) sebelum dilelong, demikian menurut Sotheby’s.

Lukisan itu adalah sebahagian daripada jualan istimewa Sotheby’s pada minggu ini merangkumi koleksi milik peminat seni dan hartawan New York, Emily Fisher Landau yang meninggal duniaketika berusia 102 tahun pada 2023.

Marie turut ditampilkan dalam satu lagi lukisan Picasso yang dilelong oleh firma Christie’s berjudul,Femme endormie atau Wanita Tidur.

Wanita itu berkenalan dengan Picasso di Paris dalam tahun 1927 ketika artis seni itu masih berkahwin dengan penari balet berketurunan Russia-Ukraine, Olga Khokhlova dan ketika Marie berumur 17 tahun.

Dalam tahun 2021, Sotheby’s turut menjual sekeping lagi lukisan menampilkan Marie pada harga AS$103 juta (RM478.6 juta).

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang meninggal dunia tahun lalu. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/09/sekeping-lukisan-berharga-lebih-rm653-juta/

Melloew Publish time 16-11-2023 10:27 PM

Hanya jauhari mengenal manikam
Pages: [1]
View full version: Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta


ADVERTISEMENT