tatod Publish time 11-12-2023 08:18 PM

Park Seo Joon Tak Pakai Nama Sebenar Sebab Macam Nama Orang Tua

Tidak menggunakan nama sebenar sejak bergelar artis, pendedahan pelakon Park Seo Joon mengenai perkara itu menjadi bahan ketawa peminat.


Aktor berusia 34 itu mendedahkan dia tidak menggunakan nama Park Young Gyu yang diberikan ibu bapanya kerana ia kedengaran seperti orang tua.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/11/201832vrhdrrzq0rctdznl.png



Seo Joon mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam program You Quiz on The Block baru-baru ini.


Pengakuan itu membuatkan penonton terhibur malah Yoo Jae Suk yang bertindak sebagai pengacara turut bersetuju nama berkenaan terlalu tua untuk aktor kacak sepertinya.


Dalam pada itu, Seo Joon memberitahu ramai memanggilnya dengan panggilan pakcik apabila mengetahui nama sebenarnya.


"Sebab itu apabila saya beritahu orang nama sebenar saya, mereka akan mengusik saya dengan memanggil saya pakcik," ujarnya.




Sumber: mStar

INTAN.JEJAI Publish time 18-12-2023 02:55 PM

Ibarat harun bertukar menjadi aron ajis

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:37 PM

kne ada nama glamor baru fans minat

gideoncross Publish time 11-4-2024 07:29 PM

Song Seung-hoon asalnya Song Seung-bok
Pages: [1]
View full version: Park Seo Joon Tak Pakai Nama Sebenar Sebab Macam Nama Orang Tua


ADVERTISEMENT