Raline Publish time 25-12-2023 10:12 PM

Ritual Memanggil Hantu Dengan Sajian Sate Gagak

Ritual Memanggil Hantu Dengan Sajian Sate Gagak

https://thepatriots.asia/wp-content/uploads/1990128.webp
Banyak-banyak hantu, ada satu jenis hantu ni dia suka makan sate. Tapi, bukan sate sembarangan tau sebab sate yang hantu ni suka bukan sate ayam atau lembu. Sate tu ialah sate gagak!



Aik, hantu mana suka makan sate gagak ni? Apa kaitan sate ni dengan hantu?



Hantu yang saya maksudkan ialah hantu raya. Hantu raya ni boleh jadi saka, iaitu jin atau setan yang dijaga oleh tuan yang amalkan ilmu hitam.



Hantu ni rupanya bersaiz besar dan berbulu panjang. Hantu raya mampu menjelma ke rupa manusia dan haiwan. Tapi, ada peranannya hantu ni, iaitu menolong tuannya mengangkat barang yang berat.

https://thepatriots.asia/wp-content/uploads/Hantu-Raya1-362x333-1.jpg

Hantu raya juga boleh diarahkan untuk merosakkan hidup seseorang yang dibenci tuannya, seperti merasuk ke dalam badannya.



Ni kerja hantu raya yang kita kenal la. Hantu raya di negara jiran iaitu Indonesia, yang mereka panggil dengan nama Genderuwo ada kerja yang agak lain sikit.



Kerja Genderuwo ialah kayakan seseorang dalam satu malam. Dengan cara apa hantu ni boleh kayakan kita? Korang kena jual sate gagak pada waktu tengah malam!



Masa nak menjual sate gagak tu, korang kena berbogel tanpa satu benang pun! Korang cuma menjual macam penjual sate la. Sampai ke tengah malam, ada ‘pelangan’ yang aneh datang.



Pelanggan yang berbadan besar dan berbulu itulah Genderuwo! Masa ni korang kena rilek, bagi je sate gagak. Biar Genderuwo ni makan dengan lahap.



Selepas makan, hantu tu berlalu pergi. Masa ni korang kena balik rumah. Sampai sana, baru korang perasan banyak wang kertas bertimbun!



Ni kepercayaan orang sana bagi macam mana nak kaya dengan cara mudah. Jangan pula korang buang tebiat cari hantu raya untuk kaya pula!

Sumber:https://thepatriots.asia/ritual-memanggil-hantu-dengan-sajian-sate-gagak/

malarky Publish time 4-1-2024 03:54 PM

aku pernah baca pasal panggil makhluk pakai sate tapi bukan gagak tapi sate lalat. cuma cerita nya mamat tu bawak tiga cucuk je sate lalat... last2 dia kena makan ngan makhluk tu sebab sate tak cukup.

raihaneem Publish time 4-1-2024 04:19 PM

baru ja baca sate gagak...karya kartunis lambok

mamapea Publish time 10-1-2024 05:02 PM

mana genderuwo tu dpt cash bnyk?

sangbara2020 Publish time 24-1-2024 10:18 AM

xkan la indon xbuat cara gtu klu mudah kaya mai dtg sini plk

applenpuff Publish time 30-1-2024 06:31 PM

Aku pernah dgr kazen aku bgtau, nak jual sate gagak kat hantu ni ada malam nya. Masa buat sate ada bacaan nya.
Pastu masa nk jual sate gagak ni kena cari tempat yg 3 penjuru yg mana 1 penjuru kena ada air yg mengalir mcm sungai.
Masa malam nk berjual tu, muka kite conteng2 jgn bg nampak muka sebenar kite.
Berjual la mcm biasa dgn hantu tu. Tp hati kena kering sebab mcm2 jenis rupa yg dtg.
Sate yg last cucuk tu ko kena biarkan je atas bara sebab hantu tu akan tunggu sampai ko angkat.
Masa yg last cucuk tu la ko kene slow2 gerak terjun kat sungai tadi untuk hilang kan contengan kat muka. Jadi bila dah sampai darat hantu tak kan perasan yg ko td yg menjual.

te_peng Publish time 6-2-2024 02:10 AM

Aneh2 aja ceritanya sampai bertelanjang ;P

Syarat sebetulnya hati mesti kering kerana saat menjual bukan satu tapi ramai yg mari kerumun ke kita si penjual satey gagak. Mase tu perlu keberanian, "Aku mahu jual kepada ketua kamu sahaja dgn bayaran satu wang emas".

Yang lain akan minggir bila kedatangan ketua jin dikawasan tersebut dgn emas seketul utk satu cucuk satey. Kalau jual 10 cucuk satey dah 10 ketul emas.

Takde time balik rumah baru bayar. Ini niaga satey on the spot bayar. Tak bayar takde satey free.

Syarat dia di tempat yg tiada orang lalu lalang. Kalau ada lori lalu je zup lesap makhluk ni.

Dalam hutan boleh buat tapi byk binatang yg mari bila bau daging gagak dipanggang.

Clan204 Publish time 6-2-2024 03:23 PM

ni cerita tok awang ngah ni... jual sate gagak pastu mintak antu bg emas ke berlian ke... padahal blh je nego dgn antu2 semua minta no ekor pastu bg semangkuk darah lembu ke kambing ke anjing ke

te_peng Publish time 7-2-2024 04:46 AM

jual sate gagak pastu mintak antu bg emas ke berlian ke

Sanad ilmu dia byr dgn wang emas bukan berlian. Kalau fikir logik betulah baik dgn berlian atau surat pajak tanah, tapi ia takan jadi. Deal batal, para pembeli satey cash out.

padahal blh je nego dgn antu2 semua minta no ekor pastu bg semangkuk darah lembu ke kambing ke anjing ke

boleh tu memang boleh persoalannya berani ke?
yg menjual satey tgh mlm buta dikawasan tiada org lalu lalang pun dah mcm2 cobaan yg datang. Tu tak termasuk binatang betul spt harimau kumbang dll.

epullipan Publish time 3-4-2024 09:37 AM

mana satu versi yang betul nya..yang aku dengar..buat kat hutan..then masa jual beli tu ko kena cakap kena bayar dengan emas kot tak salah aku..bayaran lain macam tak valid bab yang datang nak makan tu bukan toyol tau bab2 duit ni
Pages: [1]
View full version: Ritual Memanggil Hantu Dengan Sajian Sate Gagak


ADVERTISEMENT