CARI-HBZ Publish time 2-4-2024 07:15 PM

Anak Pelakon Terkenal Teruk Dikritik Tak Beradab, Beri Makanan Yang Dijilat Kepada Pembantu Rumah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/02/191401pkwpobs55mzlzw5s.png





Anak kepada pelakon terkenal Indonesia, Nikita Mirzani bernama Laura Meizani Mawardi mendapat kritikan hebat daripada masyarakat di negara itu.


Ia gara-gara kelakuan biadap yang ditunjukkannya kepada pembantu rumah mereka dan menerusi video yang kini tular di TikTok, Laura dilihat berjalan-jalan bersama ibunya, adik dan amah tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/02/191515ou2d2do22r2526g2.png





Laura atau mesra dengan panggilan Lolly itu duduk di kerusi belakang kereta ibunya sambil menikmati snek namun apabila pembantu rumah tersebut meminta makanan itu, dia menjilat sebelum diberikan kepada wanita tersebut.


Lolly kemudian dilihat mentertawakan wanita berkenaan yang hanya menerima snek yang telah dijilat dan seperti reda diperlakukan begitu.


Video tersebut tular selepas Lolly dan Nikita bertelingkah hingga berlaku kemelut di antara mereka dan ramai warganet memfokuskan tentang adab anak perempuan aktres itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/02/191450ky7ywugbeswgyphq.png




Gara-gara video lama itu jugalah netizen mendapat jawapan dan pendedahan kepada kenyataan Nikita sebelum ini yang meluahkan anaknya sering menimbulkan masalah.


"Melihat video ini saja buat saya percaya kepada ibunya yang Lolly memang suka buat masalah."


7348734367109369093


Terdahulu, kisah keluarga ini menjadi bualan hangat selepas Nikita mendedahkan dia nekad untuk menggugurkan nama Lolly daripada daftar keluarga.


Nikita turut tidak mengakui remaja itu sebagai anak dan menegaskan dirinya sudah tiada kaitan dengan Lolly selain tidak meletakkan namany di dalam senarai waris harta.


SUMBER : mStar/Beautifulnara

hokeypokey Publish time 2-4-2024 09:08 PM

umur berapa si lolly ni???

manamana123 Publish time 2-4-2024 09:08 PM

tak ada etika

anony-mous Publish time 2-4-2024 11:45 PM

Lol indon sdri pndang rendah pd bibik indon

Hoshhi Publish time 3-4-2024 01:06 AM

Xde adab

Yoonggi Publish time 3-4-2024 10:45 AM

kurang ajar. tgk muka dlm gmbr tu pun mcm muka mintak pelempang je

I.K.A888990 Publish time 3-4-2024 11:00 AM

level tapak kaki kau je kan kau buat

BoongaKertas Publish time 3-4-2024 12:53 PM

tgk gmbr selfie dia tu buat rasa nak baling telor

gideoncross Publish time 11-4-2024 01:59 PM

Yoonggi replied at 3-4-2024 10:45 AM
kurang ajar. tgk muka dlm gmbr tu pun mcm muka mintak pelempang je

Sejenis bitchy girl, kwn cuma dgn org kaya & spoiled af, klau dia nakkan ssuatu, msti dpt. Klau x dpt, mngamuk stu dunia, ni klau dpt kat parents iol, dh lama kna hentam ni klau dh kurang ajar sngt

gideoncross Publish time 11-4-2024 02:00 PM

BoongaKertas replied at 3-4-2024 12:53 PM
tgk gmbr selfie dia tu buat rasa nak baling telor

Bitchy girl, live version utk Shitnetron
Pages: [1]
View full version: Anak Pelakon Terkenal Teruk Dikritik Tak Beradab, Beri Makanan Yang Dijilat Kepada Pembantu Rumah


ADVERTISEMENT