mattzzx Publish time 3-4-2024 01:46 PM

Penyokong tidak puas hati Taylor adili Man Utd-Liverpool

https://assets.bharian.com.my/images/articles/taygalgowqi4t24_1712122702.jpg
Pengadil Anthony Taylor melayangkan kad merah kepada pemain Liverpool, Ibrahima Konate. - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool mengkritik keputusan Liga Perdana Inggeris melantik Anthony Taylor sebagai pengadil perlawanan menentang Manchester United.

Tiga minggu selepas tewas 4-3 dalam masa tambahan aksi Piala FA, pendahulu liga itu akan bertandang ke Old Trafford sekali lagi untuk mengukuhkan kedudukan bagi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris pertama selepas empat tahun.

Liverpool berada pada tahap memberangsangkan sepanjang musim dan kini mendahului liga dengan kelebihan 19 mata ke atas United, yang bernasib baik untuk seri di Brentford pada Sabtu.

Dengan United terdesak cuba menghalang Liverpool daripada merangkul gelaran liga ke-21 dan rekod tertinggi, kunjungan ke Old Trafford adalah baki perlawanan paling sukar untuk anak buah Jurgen Klopp.


United menang 2-1 di Old Trafford musim lalu dan mengikat Liverpool di Anfield pada Disember.

Sebahagian penyokong Liverpool percaya pelantikan Taylor akan lebih menyukarkan tugasan mereka, memandangkan pengadil berusia 45 tahun itu berasal dari Greater Manchester.

Taylor dilahirkan di Wythenshawe, selatan Manchester, yang turut melahirkan Marcus Rashford, Cole Palmer dan Tyson Fury.

Bagaimanapun kali terakhir Taylor mengadili perlawanan antara United dan Liverpool, anak buah Klopp membelasah seteru mereka itu 5-0 di Old Trafford pada Oktober 2021.

Musim ini Taylor mengadili perlawanan ketika Liverpool seri 1-1 menentang Chelsea di Stamford Bridge dan keputusan seri 2-2 di Brighton pada Oktober apabila dia memberikan sepakan penalti kepada The Reds.

Taylor turut memberikan Liverpool dua sepakan penalti ketika kemenangan 4-2 ke atas Newcastle di Anfield pada Tahun Baru, tetapi melayangkan kad merah kepada The Reds ketika kekalahan 3-1 kepada Arsenal pada Februari.

Dia turut mengadili perlawanan ketika kekalahan 3- 1 United di Emirates pada September dan kemenangan 2-0 mereka di Wigan dalam aksi Piala FA pada Januari.

Taylor mengadili aksi Manchester City dan Arsenal di Etihad yang berkesudahan 0-0 dan menjadi pegawai perlawanan keempat ketika Newcastle melayan kunjungan Everton malam tadi. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1231050/penyokong-tidak-puas-hati-taylor-adili-man-utd-liverpool
Pages: [1]
View full version: Penyokong tidak puas hati Taylor adili Man Utd-Liverpool


ADVERTISEMENT