mattzzx Publish time 6-4-2024 10:29 AM

United semakin terdesak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-CHE-MUN_REPORT_1712362512.jpg
REAKSI kecewa Ten Hag selepas United tewas di Stamford Bridge.

London: Erik ten Hag mengakui keciciran mata dialami Manchester United 'bertambah lebih mahal' dengan masa yang semakin suntuk untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas tewas saat akhir di Chelsea semalam.

United melepaskan dua gol pada minit akhir masa tambahan ketika Chelsea bangkit dramatik untuk menang 4-3 di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Red Devils yang menduduki tangga keenam EPL turut dibolosi pada minit ke-99 di Brentford Sabtu lalu dan mereka kini ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan di tangga kelima Tottenham serta 11 mata di belakang Aston Villa di tangga keempat yang beraksi lebih satu perlawanan.

Dengan pendahulu Liverpool berkunjung ke Old Trafford malam esok, pengurus United Ten Hag akur sukar merapatkan jurang dengan pasukan di atas mereka.


Kedudukan keempat dalam carta liga layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan pasukan di tangga kelima turut boleh layak berdasarkan rekod kelab EPL di kejohanan Eropah musim ini.

"Minggu ini kami keciciran mata pada masa tambahan," kata Ten Hag. "Kami hilang lima mata dan ia sangat mahal kerana mata bertambah lebih mahal ketika hanya berbaki lapan perlawanan. Kami tahu itu dan kami perlu mengejarnya.

"Kami ketinggalan banyak mata. Sudah tentu ia sukar tetapi kami perlu terus berjuang dan pasukan kami mempunyai karakter.

"Kami melihatnya ketika menentang Chelsea dan karakter itu akan kami pamerkan ketika menentang Liverpool. Kami mempunyai kualiti, pemain hebat dan kami boleh beraksi pada tahap tertinggi."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077734/united-semakin-terdesak
Pages: [1]
View full version: United semakin terdesak


ADVERTISEMENT