mattzzx Publish time 7-4-2024 04:38 PM

111 juta pengikut IG masuk senarai ‘close friend’ Billie Eilish

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F06%2F2631567.jpg
Billie mengejutkan peminat dengan pilihan senarai Close Friend di Instagram.

PENYANYI Billie Eilish mengejutkan 111 juta pengikutnya di Instagram apabila menyenaraikan mereka dalam senari 'close friend'.

Billie dipercayai tersalah tekan butang pada aplikasi tersebut ketika berkongsi hantaran foto tangan di bawah langit tanpa sebarang kapsyen.

Rata-rata peminat yang termasuk dalam senarai itu meluahkan rasa teruja dan merasakan mereka istimewa apabila dianggap sebagai teman rapat penyanyi itu.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/06/2631568.jpg

Billie menyenaraikan seramai 111 juta pengikut dalam senarai Close Friend.

"Agaknya begini rasanya apabila Billie secara peribadi meletakkan saya dalam senarai kawan rapatnya.

"Ibu saya sewaktu hadir majlis perkahwinan saya: 'Kenapa Billie Eilish ada di sini? Saya: Itu kawan rapat saya.'


"Rasa bertuah sangat apat masuk ke dalam senarai close friend Billie," komen netizen.

Bagaimanapun, penyanyi lagu What Was I Made For itu menyedari kesilapan dilakukan dan mengubah senarai close friend di Instagram.

Tetapan close friend merupakan pilihan membolehkan individu tertentu mendapat akses perkongsian dibuat di Instastory.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/07/tersalah-tekan-111-juta-pengikut-ig-masuk-senarai-close-friend-billie-eilish
Pages: [1]
View full version: 111 juta pengikut IG masuk senarai ‘close friend’ Billie Eilish


ADVERTISEMENT