mattzzx Publish time 24-4-2024 10:29 AM

‘Usia Aafiyah baru setahun dua bulan tapi sudah lima kali dibedah’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/lead18.jpg
ABDUL MUHAIMIN dan isteri, Mur’amirah memangku Mikhayla Aafiyah yang mengalami masalah jantung berlubang, injap sempit dan kelainan otot jantung.

PETALING JAYA – Usianya baru setahun dua bulan, namun Mikhayla Aafiyah Abdul Muhai­min telah menjalani lima pembedahan selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang, injap sempit serta kelai­nan otot jantung.

Abdul Muhaimin Muhammad Farid, 35, berkata, dia dan iste­rinya Nur’amirah Muhamad Suhaimi, 32, mengetahui me­ngenai masalah kesihatan anak mereka pada minggu ke-26 kehamilan ekoran terdapat ketulan di belakang lehernya.

“Selepas Aafiyah lahir secara pembedahan, doktor mengesahkan anak saya mengalami masalah genetik setelah pelbagai pemeriksaan termasuk ujian kromosom dijalankan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bekas guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain itu berkata, dua daripada lima pembedahan dijalani anaknya adalah untuk membesarkan saluran pernafasan.

“Kedua-duanya tidak menjadi. Doktor buat sekali lagi pembedahan dengan menebuk leher Aafiyah. Apabila lama di wad, dia berdepan jangkitan paru-paru selain memerlukan ubat ber­harga RM18,000.

“Dengan masalah paru-paru ditambah lagi jantung, Aafiyah dibedah kali keempat bagi memasukkan belon dan pembedahan kali kelima dilakukan selepas mendapati lemak terkumpul di bahagian paru-paru,” ujarnya.

Abdul Muhaimin berkata, Aafiyah kini masih menunggu giliran untuk menjalani pembedahan melibatkan masalah kesihatan kelainan otot jantung, namun kos pembedahan belum dinyatakan.

“Urat (berkaitan jantung) Aafiyah sepatutnya kecil, tapi dia memiliki urat besar. Tiada cara lain kena buat pembedahan.

“Aafiyah baru keluar dari Hospital Serdang sebelum Aidilfitri selepas 10 bulan ,” katanya.

Tambahnya, senyuman Aafiyah setiap kali sedar daripada pembedahan adalah sumber kekuatan kepada mereka.

“Dari segi penjagaan, kami perlukan RM1,500 sebulan termasuk susu khas berharga RM90. Saya terpaksa berhenti kerja dan kini menetap bersama mentua.

“Saya rancang untuk cuba kerja seperti p-hailing (selepas keadaan mengizinkan),” katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi 013-916 4430 Abdul Muhaimin.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/usia-aafiyah-baru-setahun-dua-bulan-tapi-sudah-lima-kali-dibedah/
Pages: [1]
View full version: ‘Usia Aafiyah baru setahun dua bulan tapi sudah lima kali dibedah’


ADVERTISEMENT