mattzzx Publish time 24-4-2024 10:31 AM

Tragedi helikopter TLDM: Mama seronok bergambar raya, sebelum pergi selama-lamanya

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-24-at-8.06.17-AM.jpeg
Anak Nor Rahiza (gambar kecil), Nur Qistina (tengah) ditemu bual pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HRPB Ipoh, di Perak malam tadi.

IPOH – Keterujaan seorang ibu yang seronok mengambil gambar keluarga pada hari raya menjadi antara kenangan empat adik-beradik setelah permaisuri hidup mereka itu pergi buat selama-lamanya.

Ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, menjadi antara 10 orang yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi semalam.

Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, anak sulung berkata, ibunya yang dipanggil mama begitu seronok mahu mengambil gambar pada awal Syawal sebelum sibuk dengan persiapan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-90.

“Masa hari raya, dia yang paling seronok tangkap gambar semua. Papa cakap, tengok mama hang (kamu) itu, ‘excited’ sangat. Mama kata tak apalah, mana tahu ini raya terakhir, boleh simpan buat kenangan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini malam tadi.

Memahami tugas Nor Rahiza sebagai seorang anggota pasukan keselamatan, Qistina sendiri kadangkala jarang bersama ibunya terutama menjelang hari tentera laut.

Dia bersama adik-beradiknya hadir ke HRPB dan berpeluang menatap jenazah ibunya yang dilihat sempurna meskipun mengalami patah rahang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/tragedi-helikopter-tldm-mama-seronok-bergambar-raya-sebelum-pergi-selama-lamanya/
Pages: [1]
View full version: Tragedi helikopter TLDM: Mama seronok bergambar raya, sebelum pergi selama-lamanya


ADVERTISEMENT