makita Publish time 6-5-2024 12:39 PM

aryyan replied at 24-4-2024 06:25 PM
rasanya level otak tu tak mcapai msa f4 & f5.
msa aku spm 2005. addmaths tu bapak la susah cannot...

Waagghh..sama lah dgn meols. Masa sekolah math pon mcm sangap. Tapi msa kat uni eh boleh lepas ya calculus.

Patu subjek acc masa sekolah lon hazab nak fhm tapi msa kat uni masa exam kene jwb 5 soalan tapi meols jwb 4 soalan je sbb soalan ke 5 tu meols mmg tak boleh fhm sejak azali..iaitu pasal saham. Jwb 4 soalan boleh dpt A ya hahah.

Pdhal kat uni, lecturer yg ajar tu guna wheelchair. Tgn keras tak boleh gerak. Dia terangkan dan akan ada student tlg tulis kat whiteboard.

Meols fikir kenapa ya msa sekolah dulu mcm limited kefahaman meols. Ke sel otak belum berhubung.

belilies Publish time 6-5-2024 05:09 PM

asmurai replied at 6-5-2024 08:43 AM
Tak cukup nurse, doktor nak merawat penyakit anak anak korang nanti anak anak korang jugak yang mer ...

Tak releven betul justifikasi ko tu. Picisan sangat. Sebab tu ko bukan penggubal dasar, buat silibus. Aku ni walopun bukan cikgu opsyen pj tapi aku faham perlu ada pj tu. Dah elok pj tu tak ada dalam spm. Tengok kat FALSAFAH PENDIDIKAN, ada JERI kat situ. Itupun kalo ko faham apa itu JERI. Aku baca ko punya idea dari atas sampai bawah siyeslah ko belajar sampai mana. Harap2 ko bukan cikgulah bagi cadangan camtu. PALATAO betul.

Baik ko hentikan replies to this issue tak puas hati pasal pj. Nampak makin bodoh, that’s my honest advice to you.

Nfir Publish time 6-5-2024 06:46 PM

Orang muda lebih berahi jadi pempengaruh berbanding jurutera

Shamz Johan

Diterbitkan:  May 6, 2024 6:08 PM
Dikemaskini: 6:08 PM

Pengaruh media sosial menjadi antara punca generasi muda tidak lagi berminat untuk memilih kerjaya dalam bidang kejuruteraan, kata Persatuan Jurutera Malaysia (MAE).

Timbalan presidennya Ridza Azri Ramlee berkata dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih bidang kejuruteraan sangat rendah.

"Golongan muda lebih tertarik kepada bidang hiburan seperti menjadi pempengaruh media sosial.

"Mereka juga kebanyakannya terpengaruh dengan laporan berita mengenai jurutera bergaji rendah dan miskin sekali gus menyebabkan kerjaya ini tidak popular," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Ridza memetik laporan Utusan Malaysia pada Okt 2021 bertajuk Jurutera Miskin yang mengatakan bahawa gaji jurutera tidak setimpal dengan profesion berkenaan.

Tambahnya, golongan graduan masa kini lebih memilih kerjaya selain jurutera yang dianggap mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan.

"Masalah ini menjadi lebih serius apabila remaja kini lebih memilih untuk menjadi pempengaruh berbanding menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan kerana beranggapan pulangan yang lebih lumayan.

"Hakikatnya pendapatan sebagai pempengaruh adalah tidak kukuh dan bersikap sementara," katanya lagi.

Sementara itu, isu bebanan kerja turut menjadi antara sebab kerjaya sebagai jurutera kurang diminati berbanding pekerjaan lain.

Presiden MAE, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, turut mengakui terdapat kes seperti jurutera yang diarah membuat pelbagai kerja di luar skop mereka dan dibayar gaji yang rendah.

"Memang ada, kadang-kadang jurutera kena jadi multitasking (berbilang kerja). Ada majikan yang mengambil kesempatan meminta mereka melakukan pelbagai tugas tapi tidak dibayar dengan gaji yang sesuai. Ia satu isu yang perlu dilihat juga," katanya.

Menurut Freoz, perkara tersebut turut disentuh dalam satu bengkel yang dianjurkan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) pada 8 Mac lalu.

shy79 Publish time 6-5-2024 08:49 PM

korang ni pumpang pumpang berkompang tp realiti kt skolah tak tau pun mcm mana..
x abis2 semua salah cikgu..
helllo mai nk habaq..
time nk masuk ting 4, masa isi borang opsyen pilihan kelas, budak2 sdri takut nk masuk kelas stem..sbb mind setting depa subjek stem ni susah..
dr form1 lagi subjek math & science depa gagal…
tambah2 budak melayu..
yg minat nk masuk kelas stem kebanyakkan budak cina walau result depa hauk..

shy79 Publish time 6-5-2024 08:53 PM

mana yg ada anak form1 tu cer belek buku math & sc depa..
tgok syllabus depa blajar byk tak banyak..
try tanya sama kt anak tu nape depa rasa sc & math kssm ni susah?
tp jgn tanya yg bdk sbp & mrsm la..
tanya yg skolah harian biasa

hmmlantakko Publish time 14-5-2024 11:42 PM

nak jd pm x perlu aliran sains, cukup pandai sembang babi terbang je. pastu tmbh kemaruk sikit jd lahhh

fullmoon Publish time 15-5-2024 01:08 AM

Sebab utama x ramai ambik stem adalah lps degree xde peluang pekerjaan dan kalau ade sikit pun gajinya kecik.
Tak payah la nk sembang lebih, kalau dpt mencipta peluang pekerjaan yg byk dlm bidang engineering, sains dan teknologi mesti ramai nk blajar punye.
Dh 30-40tahun lebih duk berkata negara perlu ramai pekerja engineering,science and technology utk masa depan negara last3 kerja satu habuk atau kurang pun tak disediakan atau dicipta dlm negara.
Tgk je India dan China, India x pandai cipta peluang pekerjaan dlm bidang stem tapi China pandai cipta peluang.
Banyak rakyat India kene berhijrah luar negara utk kerja Stem tapi China byk rakyatnya yg dr luar negara ade degree engineering, master,PhD dlm Stem balik semula ke China sbb ade kerja dgn gaji setimpal.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8]
View full version: Kurang minat STEM, universiti mungkin alami kekurangan pelajar aliran sains selepas ini


ADVERTISEMENT