FOTHER-MUCKER Publish time 25-4-2024 11:58 PM

Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah

Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2024 08:01 AM

Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah
Khamis, 25 April 2024 8:00 PM

https://i.postimg.cc/xCGP70rb/IMG-3115.jpg

TAK tahu di mana silapnya, orang negeri Kelantan sering menjadi sasaran kebencian di media sosial.
Terbaharu, seorang individu tular di laman X selepas berkongsi rasa kurang senangnya terhadap sikap orang Kedah.
Menurut pengadu, dia dan keluarganya berdepan detik menjengkelkan ketika mereka mengikuti rombongan meminang seorang gadis Kedah, baru-baru ini.
https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/25/2659347.jpegPerkahwinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menyatukan dua buah keluarga. -Gambar hiasan
"Perangai orang Kedah ni ada dua benda aku tak berkenan. Satu suara nyaring dan kasar. Kedua kalau sembang tak rebah.
Sebelum ni aku buat pekak je. Tak kisah sangat."Ada ahli keluarga aku nak kahwin orang Kedah. Kami hantar rombongan meminang. Mula-mula okay, lama-lama macam red flag. Tiba-tiba nak cerita harta pusaka keluarga mereka.
"Cerita harta dia dan mention gadis yang kami pinang ni tak dapat harta waris banyak. Kami macam tertanya, ini majlis bertunag ke majlis nak cerita harta," dakwanya.

Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang?AHLI KELUARGA PIHAK LELAKI

Menurut pengadu, cara mereka bercerita membuatkan dia meluat, seolah-olah ahli keluarganya itu mahu berkahwin atas dasar harta semata.
"Tiada siapa tanya. Korang tak rasa meluat ke kalau jadi macam tu. Kami pun tak hadap harta makcik korang. Ini majlis tunang, kami bukan nak tahu harta keluarga perempuan banyak mana.
"Semua orang masa tu muka macam tertelan ubat gegat sebab yang bercakap tu orang tua perempuan belah sana. Dan ini bukan kali pertama aku kenal orang Kedah macam ni.
"Kenalan aku pun pernah cakap Kedah problem. Siap pesan keluarga aku, nanti janganlah fikir anak buah aku ni akan dapat harta keluarga dia.
"Kenapa celupar sangat orang Kedah ni? Adakah sebab dah biasa cakap lebih kurang? Dengan orang luar pun cakap lebih kurang," luah individu itu lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat berbeza, termasuklah yang tidak bersetuju dengan dakwaan individu itu.https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/25/2659348.jpgMajlis meminang atau merisik merupakan langkah pertama sebelum pasangan disatukan dalam majlis perkahwinan. -Gambar hiasan
"Sebagai orang Kedah, memang kebanyakan orang tua suka sembang. Aku pun meluat nak sembang dengan orang Kedah.
"Selain tolak orang Kelantan untuk jadi bakal isteri, Kedah pun masuk dalam senarai."Jangan pukul rata. Ramai je orang Kedah yang okay," tulis beberapa netizen.
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2024/04/25/rombongan-meminang-meluat-tuan-rumah-cerita-harta-pusaka-label-orang-kedah-suka-cakap-kuat-sembang-tak-nak-kalah


Kurex Publish time 26-4-2024 01:06 AM

Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit! Tapi bbnu sunat laser suka betul jantan kepam tu

SalenaGomez Publish time 26-4-2024 01:40 AM

Kurex replied at 26-4-2024 01:06 AM
Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit ...

Orang kata suka buat hingaqqqq

Tapi mmg ramai je influenza, mua yg femes dr sana jenis hingaqqq ni. Org kedah yg kawen dlm fam SG ni pon penah kecoh pasal kes harta pusaka padahal org luar kot

ninja9 Publish time 26-4-2024 05:51 AM

ini perangai individu kot.. takkanlah semua mcmtu :lol:

kepompong Publish time 26-4-2024 06:05 AM

mana2 negeri wujud yach org jenis suka citer harta pusaka. salah sorangnya ialah my f-i-l . negeri bukan kedah bukan kelantan. Di kalangan sedara mara i pun ada je seorg 2 org yg jenis out loud ckp pasal harta pusaka, rimas... i org johor

kenapa nak kaitkan dgn negeri?

None68 Publish time 26-4-2024 06:23 AM

Senang je, dah tak kenan tu tak payahlah kawen, settle.

bottombikini Publish time 26-4-2024 06:30 AM

hingaq celupar ni teringat kes zira ape ke yg molot mcm ayam tu

tapi kalo pasal harta mana2 famili pun ada

otai_g Publish time 26-4-2024 06:49 AM

Kurex replied at 26-4-2024 01:06 AM
Iols layan ML studio dan iols perasan ada sorang speaker ni dari kedah nama John Bear terlalu bingit ...

Dia Penang x silap bkn kedah. Aku pun Sama. Kalo dia jd speaker je terus aku x click. Sbb aku rs isi yg dia nak ckp tu sbnrnya pendek je tp dia punya korner2 mmg mcm Mamu propa.

Cyempaka Publish time 26-4-2024 07:14 AM

Yang sembang xrebah tu individu kot. Kawan aku cina selangor pun sembang xjatuh asyik cerita harta dia, apa dia beli, berapa harga, dia bagus blablabla
Tapi yg cakap kuat tu mcm betul. Aku pun rimas dan bingit. Tengok je la influencer kedah.. semua jerit2 pedia ntah. Jantan betina sama je. Maki hamun hujung bibir je. Pastu pukul rata - "kami org kedah memang mcm ni.." ehhh ikut suka hang ja tibai 'kami'. Nabila bahrin je aku buleh terima. Bukan xde yg jenis cakap slow dan lembut. Ada je tp jd kaum minoriti lah :lol: tenggelam dgn set2 gebang ni.

Dwdrum Publish time 26-4-2024 07:18 AM

Aku belajar slogan... Tutup lampu... Pakai paper bag dari acik acik forum yach.... :lol:

Minami2013 Publish time 26-4-2024 07:21 AM

Edited by Minami2013 at 25-4-2024 11:23 PM

Ada tgk video kat tiktok org melaka.. pas tu negeri 9.. kesimpulan nya mmg ade dimana2 je la org suka ckp kuat dan bingit. Sama lah jugak nyembang isu ntah ape2.

Sebagai org introvert, i penat kalo jumpa org energy level ni. Tak boleh nk jumpa lama2 {:1_550:}

copy_paste Publish time 26-4-2024 07:42 AM

memula mmg rasa meluat,tp kalau join sekali sembang kasi terbang rasa best jugak,
xperlu isap gam isap dadah nak rasa hebat,sembang dengan org kedah korg boleh up diri korg sampai ke bulan,
aku nak cerita sikit,aku ni asal usul pewaris sultan Kuala Lumpur kalau hampa nak tau,

copy_paste Publish time 26-4-2024 07:44 AM

Minami2013 replied at 26-4-2024 07:21 AM
Ada tgk video kat tiktok org melaka.. pas tu negeri 9.. kesimpulan nya mmg ade dimana2 je la org suk ...

kalau ko introvert kena plak kawin dgn keluarga org kedah yg mcm tu kan, mesti ko rasa meluat gila hahaha

airfilterkotor Publish time 26-4-2024 07:49 AM

Kat atas tu dia citer pasal rombongan bertunang kann?

Apa kata, pihak laki bilas dengan:
"Takpelah pakcik/makcik, pihak kami rasa nak balik dulu dan evaluate semula niat kami ni kotĀ² boleh berubah fikiran ke."

Sedangkan budaya RFID dari depan rumah ---> atas pelamin pun kena sound dengan pihak yg bertandang. :lol:

Apa laa sangat kalau rombongan nak bertunang.

Minami2013 Publish time 26-4-2024 08:02 AM

copy_paste replied at 25-4-2024 11:44 PM
kalau ko introvert kena plak kawin dgn keluarga org kedah yg mcm tu kan, mesti ko rasa meluat gila ...

Itu la pasal... Mmg jadi menantu derhaka lah gamaknye :$:lol:

cm_vungtau Publish time 26-4-2024 08:05 AM

Entah2 orang yang bercerita tu yang reject kau. Kau pulak kengkonon reject orang tu. Kalau ko taknak anak orang tu, takdenya ko gigih bawak rombongan sampai ke Kedah ;P Aku rasa macam normal kot, bila orang nak kawin aje mesti ada yang sibuk kengkonon kita nak kejar harta dia. Ko rilek sudah dik non. Sedara mara tu pun entah2 setahun sekali aje jumpa.

midori888 Publish time 26-4-2024 08:11 AM

influencer dari kedah kebykkan memang mulut bingit pun....

paipsicola Publish time 26-4-2024 08:11 AM

Belum masuk keluarga orang lain, belang sudah keluar. Belum pun menjalinkan silaturrahim, sudah buat penghakiman keluarga orang lain yang baru aje berjumpa dan bersua muka. Penilaian semua jatuh negatif. Terus label negeri dan rakyatnya yang teruk dan tak menepati citarasa ko. Alahai manusia, mudahnya menghakimi yaaa..... moga keturunan aku dijauhkan dari ada sikap begini.

naina Publish time 26-4-2024 08:13 AM

Antara Kelantan dan Kedah aku lebih suka dengar orang perempuan kecek Klate..masih sopan dan halus. Kalau Kedah hmmm..xpayahla..Tgk jelah Che ta tu..buka mulut je riuhhh. Influenza yang babi shaming kan body orang tu sapa..Ira ke apa nama..tu lagi nauzubillahi min Zalik ya mulut dia sekali dengan suara2 bingit..

Lampuled Publish time 26-4-2024 08:15 AM

Jenis sembang besar gini bkn faktor negeri tp faktor pelajaran dan circle. Makin kurangpelajaran makin besar la ckp. Lepas tu tak pernah bergaul dgn pelbagai jenis masyarakat. So takde apa sgt dia tau nak sembang melainkan psl harta tok nenek dia ajelah.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Rombongan meminang meluat tuan rumah cerita harta pusaka... Label orang Kedah suka cakap kuat, sembang tak nak kalah


ADVERTISEMENT