DidiAndFren Publish time 26-4-2024 09:40 PM

Hospital KKB bakal lalui pelbagai proses naik taraf

HULU SELANGOR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melihat sebarang langkah membina hospital baharu di Kuala Kubu Bharu (KKB), sebagai bukan jalan penyelesaian untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan itu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan pelbagai proses naik taraf bakal dilaksanakan di Hospital KKB, termasuk meningkatkan perkhidmatan dan menambah bilangan doktor pakar.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum keluhan penduduk, termasuk berhubung ketiadaan pakar di Jabatan Kecemasan hospital itu sehingga pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Selayang, terutama dalam kes kemalangan.

"Antara usaha penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah menaik taraf Unit Kecemasan dengan menempatkan seorang doktor pakar kecemasan, mulai bulan depan.

"Kita sudah ada seorang pakar perubatan am di sini (sejak Januari lalu). Kita juga akan menaik taraf Unit Farmasi dan kawasan parkir awam.

"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan bukan saja di KKB tetapi juga hospital di negeri dan kawasan lain yang berdepan masalah sama, termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sudah tentu ada banyak perkara perlu diberikan perhatian, dan kita sudah merancang dengan begitu rapi. Paling penting ialah meningkatkan perkhidmatan di hospital, dan itulah cabarannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital KKB, di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly sekali gus menekankan kepentingan memastikan keperluan sumber manusia yang mencukupi di hospital.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan berlaku trend peningkatan pelawat ke Hospital KKB kini.

"Ia menunjukkan sudah ada keinginan dan kepercayaan warga di sini yang mahu atau bersedia mendapatkan rawatan daripada hospital ini.

"Selalunya jika hospital tidak doktor pakar, persepsi pesakit ialah tidak mahu pergi. Namun sekarang, kita sudah ada doktor pakar dan saya rasa itu antara sebab peningkatan pelawat ke hospital ini," katanya.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zul_kkb_1714137327.jpg
Dr Dzulkefly mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital KKB, hari ini. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Pages: [1]
View full version: Hospital KKB bakal lalui pelbagai proses naik taraf


ADVERTISEMENT