DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:31 AM

Pelajar USIM lulus ujian kelayakan meskipun kampung musnah dibom Israel


SEREMBAN – Seorang pelajar pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lulus dalam ujian kelayakan (qualifying test) yang dijalankan secara dalam talian meskipun dalam keadaan kampung halamannya di Gaza, Palestin musnah dibom tentera Israel.

USIM menerusi kenyataan memberitahu, Abdallah Abuajwa, 40, merupakan pelajar program Ijazah Kedoktoran Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan universiti itu, tetap nekad menjalani ujian berkenaan secara dalam talian walaupun berdepan dengan risiko dibedil bom pada bila-bila masa sahaja.

Dalam satu rakaman video pada akhir sesi ujian kelayakan tersebut, Abdallah yang berada di utara Gaza dilihat sedang berada di bawah khemah di kawasan terbuka dikelilingi oleh runtuhan bangunan yang musnah.

Pada akhir sesi ujian kelayakan beliau, Abdallah melahirkan rasa terima kasih kepada warga fakulti khususnya jawatankuasa penyeliaan beliau yang diketuai oleh Dr Ali Nasser Ali Al-Tahitah yang tidak putus asa memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar dalam pengajiannya.

“Saya akan meneruskan pengajian saya sehingga selesai walau seteruk mana pun keadaannya. Keadaan yang amat sukar ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan saya akan terus berdoa agar Allah SWT memberikan saya ilmu yang bermanfaat untuk agama dan negara Palestin,” kata Abdallah pada akhir sesi ujian itu yang turut berterima kasih kepada warga fakulti itu khususnya jawatankuasa penyeliaannya yang diketuai oleh Dr. Ali Nasser Ali Al-Tahitah.

Menurutnya lagi, meskipun infrastuktur teknologi komunikasi dan maklumat di Gaza musnah akibat serangan tentera Zionis, dia masih berjaya mendapatkan isyarat internet bagi meneruskan sesi ujian itu.

“Saya juga menggunakan sel solar agar peralatan elektronik boleh terus berfungsi bagi mendapatkan sumber elektrik untuk mengecas komputer riba dan telefon bimbit,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-27-at-10.32.57_e801662a-e1714186255982.jpg ABDALLAH Abuajwa mengikuti ujian kelayakan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) USIM secara dalam talian di bawah khemah di kawasan terbuka dengan berlatar belakang kawasan kediaman yang musnah dibedil tentera Israel di Gaza, Palestin.-GAMBAR/IHSAN USIM.





ajeajelah Publish time 28-4-2024 08:59 AM

Alhamdulillah. tahniah.

mejaputih Publish time 28-4-2024 09:52 AM

Sib baik ada coverage internet area situ.

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 09:57 AM

Nak kerja apa lah negara dah camtu.

Kahwin dgn perempuan Melayu jelah...boleh buat agensi pekerja asing, buat syarikat palsu atas nama bini.

Sesuai dgn bidang pengajian Sumber Manusia...boleh snap gambar kejayaan tunjuk pada family di Palestin

{:mlshy:}

Minami2013 Publish time 28-4-2024 10:07 AM

B40tastePosh replied at 28-4-2024 01:57 AM
Nak kerja apa lah negara dah camtu.

Kahwin dgn perempuan Melayu jelah...boleh buat agensi pekerja a ...

Bangla, pakistan dan rohingya je boleh buka agensi pekerja asing sbb bangsa tu boleh provide rakan senegara kerja level buruh. Palestinian kat Malaysia ni mana ade. Plg kasar pun buka kedai makan jual makanan arab. Kerja lain mmg byk yg kena bantu atas dasar org malaysia kesian. Based on observation.

Anyway, good luck je la utk pelajar ni.

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 11:12 AM

Minami2013 replied at 28-4-2024 10:07 AM
Bangla, pakistan dan rohingya je boleh buka agensi pekerja asing sbb bangsa tu boleh provide rakan ...

Kalau kahwin dengan perempuan Melayu macam2 job dia boleh buat, nak jual baklava kat depan mesjid pun boleh.

mejaputih Publish time 28-4-2024 11:24 AM

B40tastePosh replied at 28-4-2024 11:12 AM
Kalau kahwin dengan perempuan Melayu macam2 job dia boleh buat, nak jual baklava kat depan mesjid...

Jadik mutawif agency umrah pun boleh jd kaya raya

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 11:28 AM

mejaputih replied at 28-4-2024 11:24 AM
Jadik mutawif agency umrah pun boleh jd kaya raya

Ye siap boleh jadi KL Gangster lagi.

Skuau Publish time 28-4-2024 01:07 PM

B40tastePosh replied at 28-4-2024 09:57 AM
Nak kerja apa lah negara dah camtu.

Kahwin dgn perempuan Melayu jelah...boleh buat agensi pekerja a ...

mana tau dia pandai buat bom..bolehla ajar ank2 Msia buat bom....:sleepy:

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 03:17 PM

Belah2 Arab pun tak kurang hebat juga propa. Kita tak nampak what's behind the camera.

Malas lah nak kagum.

sharlenetexas Publish time 28-4-2024 03:24 PM

Tahniah



B40tastePosh Publish time 28-4-2024 05:03 PM

Edited by B40tastePosh at 28-4-2024 05:05 PM

Skuau replied at 28-4-2024 01:07 PM
mana tau dia pandai buat bom..bolehla ajar ank2 Msia buat bom....

Dr Azhari dan Nordin Mat Top antara anak Melayu yang pandai buat bom mengajar dan bekerja di Indonesia

{:3_89:}

dua_chzy Publish time 28-4-2024 07:36 PM

Dia betul lulus ka, diluluskan? Uols know la our people kan.

Kurex Publish time 29-4-2024 07:26 PM

Edited by Kurex at 29-4-2024 07:28 PM

acik porem yg komen dalam ni kenapa.. bila orang tak belajar, uols hina orang tu, dah belajar pun uols hina jugak. bila orang tu meratib hiba kau hina, bila orang tu belajar pun kau hina. kalau orang tu yahudi zionis agaknya dah jadi dewa sembahan acik porem gamaknya
Pages: [1]
View full version: Pelajar USIM lulus ujian kelayakan meskipun kampung musnah dibom Israel


ADVERTISEMENT