white_snake Publish time 24-3-2011 05:55 PM

Sah kopi railway kluang tak halal

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.

One blogger Salmiah wrote about this on her blog.

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:

https://lh5.googleusercontent.com/-TJWKDLAnTmM/TYrYIVal7RI/AAAAAAAABx0/50OMXmHAnZE/s1600/kluang-300x216.jpg

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

ctaz Publish time 24-3-2011 06:01 PM

iyer ker ni

Caranthir Publish time 24-3-2011 06:01 PM

wah lau wehh... ada babi woahhh

alzan Publish time 24-3-2011 06:03 PM

sedap roti bkrnya....
hingga menjilat jari....

jofizo Publish time 24-3-2011 06:04 PM

tahniah la sapa yg jenis suka melantak..........

Muntz Publish time 24-3-2011 06:04 PM

Diorang tak apply sijil halal pun, so perlu ker nak tanya diorang nyer makanan/minuman halal tak? Sendiri fikirlah. Tak perlu JAKIM nak bagitau satu2 restoran dan gerai kat dunia nie yg mana satu halal mana satu tak.

Ala2 mcm restoran jual klang bak kut teh lah.. dah tau bak kut teh yg diorang jual tu ada babi, dah tentulah diorang tak apply sijil halal. So perlu ker nak tanya kedai tu halal ker tak? :re: :re:

annehuda Publish time 24-3-2011 06:03 PM

hohoho kesian la sape2 yg penah minum kt sini...

Vokuro Publish time 24-3-2011 06:06 PM

bukan nya kamu memakan daging babi pun.

Muntz Publish time 24-3-2011 06:08 PM

Kedai Melayu pun ramai yg tak apply sijil halal, kedai mamak pun sama.. tapi org Melayu tak persoal pun status kehalalan mereka walaupun kadang2 kedai/restoran tu kotor atau menggunakan ayam patah tengkuk. :D :D

C.K Publish time 24-3-2011 06:08 PM

hahahhaa...sekejap tulang babi..sekejap gelatin babi :lol: mana satu ni?...baik korang minum kopi taik musang....sedappppp :lol:

sadiq_segaraga Publish time 24-3-2011 06:13 PM

Kat mana entah aku ada terbaca owner nya mualaf.. betul ke?

sadiq_segaraga Publish time 24-3-2011 06:13 PM

Errr,, berita nya tak menyatakan sumber pun.

bobok5015 Publish time 24-3-2011 06:17 PM

betul ke ni ? Sumber berita ni sahih ke ? Kalau tak betul nanti, kena saman...

bluezink Publish time 24-3-2011 06:18 PM

http://thestar.com.my/archives/2010/8/4/southneast/se_6kopi.jpg
Tea time: Sultan Ibrahim (left) having his breakfast at Kluang Railway Station.


Hape kata Sultane Johor:C... nmpakkrelaxx jerr:shakehead3:

sadiq_segaraga Publish time 24-3-2011 06:18 PM

Sultan Johor pun minum kopi kat situ masa Kembara Johor hari tu

khairina07 Publish time 24-3-2011 06:20 PM

ish2!!..smpai mcm tue sekali hah....

danie_sid Publish time 24-3-2011 06:21 PM

kopi muar??

loytape Publish time 24-3-2011 06:29 PM

dah jadi urine pun...:I

C.K Publish time 24-3-2011 06:29 PM

Kedai Melayu pun ramai yg tak apply sijil halal, kedai mamak pun sama.. tapi org Melayu tak persoal...
Muntz Post at 24-3-2011 06:08 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif

mamak guna ayam katok laa :lol: dorang makan sedap sehingga menjilat jari

pyropura Publish time 24-3-2011 06:31 PM

Tea time: Sultan Ibrahim (left) having his breakfast at Kluang Railway Station.


Hape kata Sul ...
bluezink Post at 24-3-2011 18:18 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


hahahaha....aritu masa kecoh pasal kes Old Town white coffee tu, adalah mamat punganut agama mulayu kata dia pi marah semua mulayu2 yang makan kat OTWC tuh, kalau butul2 dia buriman & burtaqwa, pi lah marah soltan ketua agama nih....:lol:

http://thestar.com.my/archives/2010/8/4/southneast/se_6kopi.jpg
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Sah kopi railway kluang tak halal


ADVERTISEMENT