CARI-HBZ Publish time 29-4-2024 07:33 AM

Pelanggan singgah makan di Langkawi naik helikopter

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/073338jwq9gzewyqqcyqco.png





LANGKAWI – Seorang pemilik sebuah kedai makan di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini tidak menyangka apabila premisnya didatangi pelanggan yang menaiki helikopter, tengah hari tadi.


Pemilik Dangau Langkawi, Mohd. Zaidi Abu Hassan, 40, memberitahu, pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang individu yang disangkakan hanya bergurau untuk berkunjung ke kedainya dengan helikopter.


“Pada mulanya saya beritahu individu tersebut bahawa kawasan kedai saya tidak mempunyai tempat pendaratan dan dia ada bertanya sekiranya ada tanah kosong luas yang berhampiran.


“Saya beritahu memang ada tanah kosong dan mereka minta gambar kawasan tersebut sebelum memaklumkan akan tiba dalam tempoh 20 minit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Terdahulu, Mohd. Zaidi memuat naik video berdurasi lebih satu minit memaparkan sebuah helikopter dinaiki beberapa individu sedang mendarat berhampiran kedainya.


Menurutnya, pelanggan terbabit tiba dengan helikopter kira-kira pukul 2 petang dan meluangkan masa selama sejam untuk menikmati makanan tengah hari di kedainya.


“Mungkin mereka tertarik dengan cara hidangan tradisional Melayu di YouTube atau TikTok saya yang membuatkan mereka ingin datang ke Dangau Langkawi, tetapi cara mereka datang kita katakan cara kayangan,” ujarnya.


Tambahnya, kira-kira tujuh individu menaiki helikopter tersebut termasuk juruterbang, selain dua buah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire yang membawa kenalan mereka turut serta makan di situ.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan pergerakan helikopter tersebut ke lokasi itu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).


“Penerbangan dan pendaratan tersebut dalam pengetahuan dan kebenaran kawalan trafik udara (ATC) Langkawi,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

supernaturalee Publish time 29-4-2024 12:46 PM

hati2 naik heli tu ye

{:speco

vanillaninja Publish time 29-4-2024 12:49 PM

Sedap ke Dangau ni? Ni yang makan atas pondok tu ke?

otai_g Publish time 29-4-2024 12:59 PM

Kayanya. Founder apa lah plk tu.

airfilterkotor Publish time 29-4-2024 01:26 PM

Harap tokey Dangau ni kuar duit sket kasi tutup metal roof sheet kat pondok tu.
Dari bawah nampak huduh.

airfilterkotor Publish time 29-4-2024 01:27 PM

https://assets.nst.com.my/images/articles/Langkawi_Hwli3-MS280424_1714307940.jpg
https://assets.nst.com.my/images/articles/ept9-MS2804_NSTfield_image_listing_featured.var_1714307945.jpg

syamzana Publish time 29-4-2024 01:33 PM

Dangau ni yg pondok2 tepi/dalam sawah padi tu ke?pernah makan kat sini ok2 laa takde la wow sgt cuma kalau pergi ptg tu blh tgk view sunset. iols tak suke tgk sunset jadi auto sedih tp hsbd+anak2 iols ckp cantik.
maybe makan+view tu yg buat glamer kot tmpt ni.

mrseller Publish time 29-4-2024 03:46 PM

Ini heli own bybtiktokers kan mr helibro

chinta89 Publish time 29-4-2024 04:07 PM

wahhhhhh

tp tu la seriau naik heli utk masa skg sb kes yg terbaru tuh
Pages: [1]
View full version: Pelanggan singgah makan di Langkawi naik helikopter


ADVERTISEMENT