Vellfire Publish time 1-5-2024 12:02 AM

Tidak puas hati ditegur buat bising, buruh tampar dan pukul isteri didenda RM2,000

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/mahkamahkuching2.jpg

KUCHING: Seorang buruh binaan didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini akibat menampar dan memukul isterinya menggunakan topi keledar selepas tidak berpuas hati apabila ditegur membuat bising.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Zubaidah Sharkawi terhadap Abdul Rahim Raini, 35, yang mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa berusia 27 tahun dalam satu kejadian pada 26 April 2024, sekitar jam 11 malam di sebuah rumah di Lorong 1 Cahya Indah Yayasan Sarawak, di sini.
Fakta kes mendedahkan mangsa menegur tertuduh supaya jangan membuat bising dan menyuruhnya tidur memandangkan dia (tertuduh) dalam keadaan mabuk.
Tertuduh bagaimanapun tidak berpuas hati dan bertindak menampar pipi kiri mangsa, selain mengambil sebuah topi keledar dan memukul mangsa di bahagian belakang.
Akibat perbuatan itu, mangsa telah mengalami bengkak di bahagian belakang badan.
Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian sehingga membawa penangkapan tertuduh pada 27 April 2024.
Tertuduh yang beralamatkan di Kabong itu tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/tidak-puas-hati-ditegur-buat-bising-buruh-tampar-dan-pukul-isteri-didenda-rm2000
Pages: [1]
View full version: Tidak puas hati ditegur buat bising, buruh tampar dan pukul isteri didenda RM2,000


ADVERTISEMENT