Abahmung Publish time 3-5-2024 08:54 AM

Penduduk Kelantan cemas sudah dua bulan tidak hujan

Penduduk Kelantan cemas sudah dua bulan tidak turun hujan
Oleh ATIQ MAISARAH SUHAIMI
2 Mei 2024, 7:43 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-02-at-19.41.54_c090873e.jpg
Keadaan tali air yang kering kontang di salah sebuah tempat di Kelantan. GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL.



PASIR PUTEH– Kemarau yang melanda Kelantan hampir dua bulan tanpa hujan didakwa menyebabkan paras sungai-sungai utama mulai susut.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, cuaca panas yang tiada kesudahan itu telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk apabila sumber air mereka juga teruk terjejas akibat kemarau.

Menurut seorang penduduk di Ketereh, Jue Redzwan melalui laman Facebooknya, dia mengakui terkesan dengan situasi itu sehingga terpaksa ‘memunggah air’ untuk menyempurnakan rutin harian.

“Dugaan Allah bagi dekat dua bulan dah kemarau panjang ni. Pakat munggah air belaka dah sek kita. Air telaga pun kering, hari-hari basuh baju di dobi saja lah,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook lain, Nur Shafira berkata, bahang panas kemarau itu bukan sahaja terasa pada waktu siang malah mereka juga terpaksa tidur malam dalam keadaan berpeluh.

“Pukul 2.25 pagi bangun mandi lagi, panas dooh (sangat) masa ni pun berpeluh. Sudah lah waktu malam pun berpeluh juga. Semoga hujan turun di bumi Pasir Puteh, kemarau panjang panas terik loni (sekarang),” ujarnya.

Malah, situasi ini juga dilihat bertambah buruk apabila kekurangan sumber air dan panas yang melampau menyebabkan hasil tanaman juga tidak menjadi.

“Sekitar kawasan ni (Kampung Tok Junoh, Pasir Puteh) boleh kata kritikal. Sungai pun kering, dimaklumkan hasil kerseluruhan musim ni boleh dikatakan hilang hampir 50 peratus kawasan yang tidak dapat dituai,” kata Naim Omar di Facebooknya. – KOSMO! ONLINE

copy_paste Publish time 3-5-2024 09:10 AM

kelantan masih lagi kemarau,padhal tempat aku hari2 hujan

ninja boy Publish time 3-5-2024 09:20 AM

Alang2 bangladesh vegetables floating garden

sukacactus Publish time 3-5-2024 09:37 AM

Syukur at least kat perlih ni ada gak hujan even hujan x hujan, humid panas melekit tetap on

tripleid Publish time 3-5-2024 09:42 AM

Smyg hajat mintak hujan x diterima keww??


{:gif_cry:}

antikorok Publish time 3-5-2024 11:28 AM

Cuaca sekarang lebih ekstrem. Bila musim hujan, curahan banyak sangat2 sampai banjir teruk. Lepas tu disusuli dengan kemarau teruk dan gelombang haba dalam jarak sebulan dua je. Dulu bulan April-Mei hujan jugak walaupun memang bulan yg lebih kering berbanding hujung tahun, tapi takdelah sampai berbulan-bulan tak hujan langsung. Akan hujan juga sekejap2 dlm musim kering.
Perubahan iklim is real.

hmmlantakko Publish time 3-5-2024 11:59 AM

tripleid replied at 3-5-2024 09:42 AM
Smyg hajat mintak hujan x diterima keww??

kau ni islam ke tidak? kenyataan melampau dan berani betul. tk takut dgn kuasa dan kehendak Allah kun fayakun ke kat kau?!

tripleid Publish time 3-5-2024 12:51 PM

Ada pokok,ada hutan abis kena tebang..bila panas menggelupor mintak ujan.


Gi mampos.

honeybee1802 Publish time 3-5-2024 12:54 PM

antikorok replied at 3-5-2024 11:28 AM
Cuaca sekarang lebih ekstrem. Bila musim hujan, curahan banyak sangat2 sampai banjir teruk. Lepas tu ...

Even baca news from filipina empangan kekeringan air sampai timbul peninggalan zaman dulu kala...vietnam pun sampai mati tekejut haba ikan2 di tasik...thailand di bangkok pun katanya panas...rsnya sekolah di vietnam kot ada ttp sbb 40C ++ recorded..
Kerajaan madani jgn sibuk nak menawan hati penjawat awam je...this is national and even a regional issue jg..kena activate n gegarkan skit agensi/kementrrian berkaitan...bukan saje isu kem alam sekitar ni...

nuralisa Publish time 3-5-2024 01:50 PM

kita kat KL ni smpai banjir petang2 ...
asal nak balik je hujan + jem + banjir

venom1 Publish time 3-5-2024 01:51 PM

Apa tindakan pantas dan tuntas sekarang ini? Nak salurkan air dari Lembah Klang ke?

dagusengett Publish time 3-5-2024 01:54 PM

nuralisa replied at 3-5-2024 01:50 PM
kita kat KL ni smpai banjir petang2 ...
asal nak balik je hujan + jem + banjir

Keluar pagi2 takde nak keluar petang2 takut sangkut kesian depa yg balik kerja

dagusengett Publish time 3-5-2024 01:56 PM

Kesian kat haiwan liar binatang2 gajah harimau byk belah kelantan kat habitat depa mesti keluar ke kampung2 jalanraya bahaya betul

krustykrab Publish time 3-5-2024 02:11 PM

Umah tiktok tgk madinah banjir spt biasa la..

Kiamat dh dekat
Akhir zaman

:lol:

krustykrab Publish time 3-5-2024 02:12 PM

nuralisa replied at 3-5-2024 01:50 PM
kita kat KL ni smpai banjir petang2 ...
asal nak balik je hujan + jem + banjir

Cheras dah 3 ari x hujan...panas melekit

supernaturalee Publish time 3-5-2024 02:43 PM

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, cuaca panas yang tiada kesudahan itu telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk apabila sumber air mereka juga teruk terjejas akibat kemarau.

senang je keje kau kan
scroll2 dlm sosmed je
tgk la gmbr yg dorg ceduk dr sosmed tu pun
celah2 besi jambatan pun jadi
eh kamon lah
pi la sana, ambik gmbr cun2
interview org situ, org2 berwajib, org kerajaan, politik ape
ni nk keje senang, tp gaji nk tinggi2
puiiiiii


btw gmbr merekah dasar parit tu ekceli cantik taw
ada nilai art di situ klu kena angle, lighting, spektrum ape benda yg berkaitan
tp bg kosmo, celah jambatan lebih bermakna
again......puiiiiiiiiiiiiiiiiii

supernaturalee Publish time 3-5-2024 02:44 PM

venom1 replied at 3-5-2024 01:51 PM
Apa tindakan pantas dan tuntas sekarang ini? Nak salurkan air dari Lembah Klang ke?

shah ale...shah ale bohhhhh

:lol:



kakikuDibibirmu Publish time 3-5-2024 02:52 PM

tripleid replied at 3-5-2024 12:51 PM
Ada pokok,ada hutan abis kena tebang..bila panas menggelupor mintak ujan.




Balak Tuanku!

https://i.ibb.co/wCMq9mp/LOGO-PAS-TERBARU.jpg

https://i.ibb.co/wh9VCDT/254580639-2047904038721436-2030279436566368454-n.jpg

https://i.ibb.co/N1KBSfT/272048932-2099715816873591-2234067546133970681-n.jpg

Decaffeinated Publish time 3-5-2024 02:57 PM

hmmlantakko replied at 3-5-2024 11:59 AM
kau ni islam ke tidak? kenyataan melampau dan berani betul. tk takut dgn kuasa dan kehendak Allah...

Jawapan yang tak melampaunya apa?

Triple_8 Publish time 3-5-2024 02:57 PM

Edited by Triple_8 at 3-5-2024 02:59 PM

hmmlantakko replied at 3-5-2024 11:59 AM
kau ni islam ke tidak? kenyataan melampau dan berani betul. tk takut dgn kuasa dan kehendak Allah...

Semalam dia telah mengejek orang muslim yang sedang ditimpa bencana kemarau yang teruk. Hari ini dia memperolok-olokkan pula sunnah nabi Muhammad saw, memperbodoh-bodohkan orang muslim yang mengamalkan sunnah Baginda, bersikap biadap dengan Allah dan orang muslim yang memohon pertolonganNya. Inilah contoh seorang penyokong PH.
Pages: [1] 2
View full version: Penduduk Kelantan cemas sudah dua bulan tidak hujan


ADVERTISEMENT