antikorok Publish time 4-5-2024 10:58 AM

Pensyarah wanita popular sebar video aib suami ditahan

Pensyarah wanita popular sebar video aib suami ditahan

Wartawan HM
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/phone3a_1714790992.jpg
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/05/1086577/pensyarah-wanita-popular-sebar-video-aib-suami-ditahan
GAMBAR hiasan
Ampang Jaya: Polis menahan seorang pensyarah wanita selepas menyebarkan video tidak senonoh seorang kenamaan yang juga bekas suaminya bergelar Datuk Khamis lalu.

Lelaki terbabit berusia 60 tahun yang menyedari bekas isterinya berusia 40an itu menyebar video mengaibkan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang 28 April lalu.

Menurut sumber, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari suspek menayang video tidak eloknya kepada pihak polis ketika dipanggil ke balai polis berkaitan perselisihan faham rumah tangga.

"Suspek juga dikatakan menunjukkan video terbabit di Balai Polis Petaling Jaya ketika disoal siasat berkaitan kes komersial.

"Mangsa sudah empat tahun berkahwin dengan suspek sebelum berpisah," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, pensyarah wanita itu ditahan pada Khamis lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya kepada Harian Metro hari ini.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... o-aib-suami-ditahan

beatgirlX Publish time 4-5-2024 11:14 AM

Siapakahh...

chandrahusin Publish time 4-5-2024 11:17 AM

Pensyarah wanita popular?
Bekas suami Datuk & kenamaan

sukacactus Publish time 4-5-2024 11:47 AM

Lect mana yg popular?
Esok2 dah reveal pelakunya, ntah sapa2 la, xpopular mana pun

dua_chzy Publish time 4-5-2024 11:52 AM

Don't play2 with court.

Ujung2 sindiri susah.

kotakbaju Publish time 4-5-2024 12:16 PM

sukacactus replied at 4-5-2024 11:47 AM
Lect mana yg popular?
Esok2 dah reveal pelakunya, ntah sapa2 la, xpopular mana pun

Popular di kalangan tempat dia ngajor dengan students dia :lol:

sukacactus Publish time 4-5-2024 12:49 PM

kotakbaju replied at 4-5-2024 12:16 PM
Popular di kalangan tempat dia ngajor dengan students dia

Hahaha :lol: you’re right!

tumpanglalu74 Publish time 4-5-2024 01:19 PM

Apehal CARI tak jumpe lagi sape?Kemon la acik2 kertu.Yukenduit.. :lol:

chandrahusin Publish time 4-5-2024 01:52 PM

Pensyarah yg popular adalah Acik yg benci B40 tu je :lol:

green~tea Publish time 4-5-2024 02:08 PM

Baru kawen 4 tahun dah berantakan.. nampak nau betina ni kawen sbb pangkat dan harta je...

Ke kau yang menyondol rumahtangga asal?

jerukkedondong Publish time 4-5-2024 02:36 PM

green~tea replied at 4-5-2024 02:08 PM
Baru kawen 4 tahun dah berantakan.. nampak nau betina ni kawen sbb pangkat dan harta je...

Ke kau y ...

Hah sudahh..siapakah:curse:

krustykrab Publish time 4-5-2024 03:04 PM

Dia tunjuk kat polis masa siasatan kan? Salah ke?
Video aib mcm mana la tu ye utk rentua 60an

cm_vungtau Publish time 4-5-2024 04:06 PM

Pensyarah ke pengarah. Ko ni pun. Ada ke pensyarah yang popular? Kosser mak

I.K.A888990 Publish time 4-5-2024 04:33 PM

dedahkan nama je la senang
nk tgk popular mana...ex nya datuk apa

Normiang-Baru Publish time 15-5-2024 11:07 AM

padan muka...level acik forem

alesandra Publish time 15-5-2024 11:10 AM

pensyarah yg benci b40 tu 40an kew masalahnya?

vanillaninja Publish time 15-5-2024 11:21 AM

Park dulu. Kalau acik forum lain dah dapat jawapan I masuk balik.

s@s@ Publish time 15-5-2024 11:55 AM

pening kepala polis macam ni....

sharlenetexas Publish time 15-5-2024 12:18 PM

Masih xde jawapan?


supernaturalee Publish time 15-5-2024 04:54 PM

chandrahusin replied at 4-5-2024 01:52 PM
Pensyarah yg popular adalah Acik yg benci B40 tu je

aku tak boleh duduk dengan orang B40!!!!!!


:lol:
Pages: [1] 2
View full version: Pensyarah wanita popular sebar video aib suami ditahan


ADVERTISEMENT