DidiAndFren Publish time 4-5-2024 04:18 PM

Sultan Ibrahim hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

https://assets.bharian.com.my/images/articles/440108021_899722788833080_883431920640667881_n_1714809146.jpg



ALOR GAJAH: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini, berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kediamannya di Kampung Pulau di sini.

Sultan Ibrahim diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, tiba kira-kira jam 3 petang dan disambut Ab Rauf dan isteri, Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata.

Majlis terbuka berkenaan dijadualkan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 11 malam ini dengan menyajikan pelbagai juadah kepada tetamu. – BERNAMA
Pages: [1]
View full version: Sultan Ibrahim hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka


ADVERTISEMENT