DidiAndFren Publish time 4-5-2024 04:19 PM

Izzah teruja pasukan pecut wanita dalam senarai simpanan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/NURUL_IZZAH_IZZ44TI_MOHD_ASRI_1714809543.jpg Atlet basikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menjalani latihan pada persiapan akhir menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional. - Bernama





KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengakui teruja andai dua lagi rakan sepasukannya, Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika Azizan dapat bersama mengiringinya ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Nurul Izzah, berkata ia berita yang menggembirakan selepas mengetahui mereka berpeluang layak ke Paris dalam acara pecut berpasukan apabila berada di kedudukan pertama dalam senarai menunggu untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu.

"Saya dan kawan-kawan belum diberitahu tetapi ini berita yang mengujakan, saya pasti jika saya beritahu mereka (Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika Azizan), mereka pasti gembira," kata Nurul Izzah selepas perlumbaan siri 1 Piala Presiden di Velodrom Nasional Nilai, semalam.

Menurutnya, jika menjadi kenyataan untuk pasukan pecut wanita negara beraksi di Olimpik Paris, Nurul Izzah akan mendapat lebih ramai rakan sepelatih sebagai persiapan menghadapi temasya terbesar dunia itu.

"Memang saya gembira jika menjadi kenyataan, kerana kami dapat berlatih dan berjuang bersama-sama," katanya.

Nurul Izzah yang diberi julukan The Pocket Rockewoman sebelum ini sudah pun melayakkan diri ke Olimpik Paris bagi acara pecut individu dan keirin.

Bagaimanapun, dia mempunyai peluang untuk beraksi dalam acara ketiga di Paris selepas Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin memberitahu, pasukan pecut wanita negara berpeluang beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu, sekiranya terdapat mana-mana negara menarik diri.

Perkembangan itu dikongsinya dengan media selepas menerima taklimat daripada ketua jurulatih berbasikal kebangsaan, John Beasley ketika Majlis Penutup Bengkel Projek Los Angeles 2028, semalam.

Katanya, Beasley memaklumkan skuad pecut wanita menduduki ranking kesembilan Road to Paris (Olimpik) dan ke-11 dunia dan menjadi pasukan simpanan pertama untuk ke Olimpik Paris.

Tambah Jefri lagi, Beasley turut mencadangkan supaya pasukan pecut wanita ini, dimasukkan ke dalam program Fast Track Road to Gold (RTG) memandangkan mereka menduduki tempat ke-11 dunia.
Pages: [1]
View full version: Izzah teruja pasukan pecut wanita dalam senarai simpanan


ADVERTISEMENT