DidiAndFren Publish time 4-5-2024 04:27 PM

PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Bebas nafi ditaja, jadi proksi mana-mana parti

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1714805004_1714806113.jpg Ke Xin ketika menerangkan manifestonya kepada orang ramai di pekan Kuala Kubu Bharu. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN





HULU SELANGOR: Calon Bebas, Nyau Ke Xin menafikan dakwaan kononnya beliau menjadi proksi kepada mana-mana parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Pengurus besar di sebuah syarikat logistik yang berusia 27 tahun itu turut menolak dakwaan dirinya ditaja pihak tertentu untuk bertanding dalam PRK itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tampil secara sukarela dengan sokongan keluarga dan menggunakan wang simpanan sendiri.

"Tuduhan proksi mana-mana parti itu tidak betul, saya ada buat video di aplikasi TikTok menafikan tuduhan proksi.

"Saya tidak diupah atau menjadi proksi mana-mana parti, malah saya ada buat surat bersumpah di pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

"Saya masuk bertanding PRK guna duit simpanan saya, bukan ditaja mana-mana pihak," katanya pada sidang media selepas melancarkan manifestonya untuk PRK DUN Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Menyentuh tawaran manifestonya, Ke Xin menggariskan komitmennya untuk mengkaji secara terperinci masalah perolehan tanah individu serta rumah ibadat.

Selain itu, beliau akan memastikan harga barang keperluan ruji dan basah sentiasa dipantau, termasuk memastikan akses kepada kemudahan kesihatan untuk kegunaan penduduk setempat.

Beliau turut berjanji menyediakan pengangkutan khas untuk warga emas yang mahu mendapatkan khidmat di hospital, selain menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada warga Kuala Kubu Baharu.

Dalam pada itu, Ke Xin menjelaskan beliau tidak pernah menganggotai mana-mana parti sebelum ini.

Memasuki minggu kedua kempen, Ke Xin cuma sempat bertemu 20 peratus pengundi di Kuala Kubu Bharu menerusi kempen bersemuka.

Menjelaskan kekangan dihadapi, beliau berkata ia kerana dirinya tidak mempunyai jentera pilihan raya seperti mana dimiliki calon lain.

"Parti lain ada jenteranya, saya kurang sikit sebab tidak ada jentera, cuma ada pasukan kecil untuk buat kempen. Sebagai calon, saya buat sendiri kempen dengan ditemani rakan-rakan saya yang lain," jelasnya.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Kerajaan Perpaduan dari DAP, Pang Sock Tao; calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diwakili Hafizah Zainuddin serta Ke Xin.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

sharlenetexas Publish time 4-5-2024 04:30 PM

Paris?




Pages: [1]
View full version: PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Bebas nafi ditaja, jadi proksi mana-mana parti


ADVERTISEMENT