mattzzx Publish time 6-5-2024 03:42 PM

Rapid Penang perkenal laluan untuk dimanfaat warga USM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm293raped_1714979675.jpg
PELANCARAN laluan baharu perkhidmatan bas henti-henti T310 oleh Rapid Penang yang bermula dari Jalan Universiti ke 35 hentian. FOTO ihsan Rapid Penang

Georgetown: Rapid Penang memperkenalkan perkhidmatan bas henti-henti bermula dari Jalan Universiti, Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM) ke Bukit Jambul dan Queensbay Mall, di sini.

Laluan percubaan yang bermula sejak 2 Mei lalu itu dilaksanakan selama tiga bulan sehingga 31 Julai depan.

Ketua Wilayah Utara Rapid Bus Sdn Bhd, Ahmad Shabuddin Abdullah berkata, perkhidmatan itu disediakan bermula 6 pagi hingga 10.30 malam dengan kadar tambang daripada 90 sen hingga RM2.10.

Katanya, perkhidmatan meliputi jarak perjalanan hampir 15 kilometer (km) itu merangkumi sebanyak 35 hentian dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak.


"Ia bertujuan memudahkan pergerakan penuntut USM dari kampus ke destinasi terpilih khususnya hab Bukit Jambul untuk meneruskan perjalanan ke laluan bas lain sedia ada.

"Perkhidmatan ini sebahagian daripada inisiatif bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan diharap dapat dimanfaatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran laluan berkenaan di USM, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor USM Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya merakamkan ucapan penghargaan kepada Rapid Penang dan kerajaan Pulau Pinang atas persetujuan bagi mewujudkan laluan baharu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1087414/rapid-penang-perkenal-laluan-untuk-dimanfaat-warga-usm
Pages: [1]
View full version: Rapid Penang perkenal laluan untuk dimanfaat warga USM


ADVERTISEMENT