raxief Publish time 28-12-2011 10:20 PM

aku lelaki. x minat cincin. aku mintak jam tgn je utk kawen nnt

mnaa Publish time 28-12-2011 10:34 PM

kawan aku cakap, kesilapan besar yang dia pernah buat sepanjang perkahwinannya ialah benarkan husband dia tak pakai cincin perkahwinan diaorg, so husband dia lupa kata dia dah kawen and flirt around.. tapi kawan aku chineselaand skrg dah bercerai setelah 5 tahun berdating, 5 tahun berkahwin.. such a waste of time, katenyerr:)

melod_drama Publish time 28-12-2011 10:59 PM

Selama aku hidup..aku tak pernah tengok abah aku pakai cincin.{:mlwhat:}

rumah_putih Publish time 29-12-2011 08:14 AM

apa salahnya kasi cincin kat laki...silver ok..titanium pon ok...

mrsLucky Publish time 29-12-2011 08:16 AM

i dengar orang dulu2 kata tak payah..
tapi zaman ni ramai lelaki pakai..
i rasa pompuan i mean isteri suka suami pakai cincin kawin..
supaya orang tahu lelaki tu dah tak available..
apa pon kebanyakan pasangan pilih platinum sebagai cincin kawin lelaki\
dan yang bukan islam pon pilih platinum atau gold

sya_syah Publish time 29-12-2011 08:27 AM

xwajib pun...terpulang pd kita nk bg ke x...

klu rs nk bg kt dia sbgai kenangan bg je la...

mrshisham Publish time 29-12-2011 09:51 AM

xslh pon bg cincin kawin kt lelaki...itu tandanye die dh jd suami org..xyh sebok2 nk menggatal ngn pempuan lain...{:3_91:}

haniryan Publish time 29-12-2011 10:50 PM

Post Last Edit by haniryan at 29-12-2011 22:52

i baca kt 1 blog ni
tajuk dia 10 kemungkaran & bidaah dlm majlis kawen

perkara ke 6

6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan

Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)

Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)


boleh baca lebih kt situ.... itu bukan blog saya ya, jgn ingat saya nk promote pulak

http://akustressgiler.blogspot.com/2011/12/info-10-kemungkaran-bidaah-dalam-majlis.html
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: wajib ke cincin kawin utk lelaki


ADVERTISEMENT