LaraCroft Publish time 12-12-2003 12:05 PM

BOLE CERITAKAN KISAH TASIK CHINI?

HI

laraminat pada kisah legend naga yg ada di tasik cini

betul ke naga tu wujud dan still exist sampai sekarang?

rodriguez Publish time 12-12-2003 01:17 PM

herm tu lagenda je lara croft..

aku pernah pi kat tasik cini...bermalam 4 hari kat sana...tanya tok batin pasal naga ni semua...dia tak beritau apa apa pun..mungkin dia tanak cerita or..memang takdak pun naga kat situ..

naga yang diberitakan mendiami tasik ni dikenali sebagai naga seri gumum. Ada juga legenda yang menceritakan terdapatnya sebuah kerajaan kuno di sini.

selain itu Tasik Chini juga masyhur dengan kisah buaya atau ular gergasi yang menetap di dasarnya; ada antara cerita ini masih baru, bertarikh sejak penghujung tahun 1800-an.

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.

sebut pasal kota bawah dasar tasik chini ni..aku ada cerita first hand yang disampaikan oleh aku oleh mereka yang mengalami kejadian ni.

cerita 1

bebudak sekolah aku dulu ada buat rombongan perkhemahan ke tasik chini.masa malam aktiviti persembahan,,bebudak perempuan nyanyi lagu ulik mayang.ntah tak semena mena,,diorang histeria dan menjerit jerit..puas jugak cikgu memulihkan semangat diorang.apabila diorang sedar..diorang cerita..muncul sebuah kota istana dari permukaan tasik chini tu masa diorang asyik menyanyi.

cerita 2
cikgu aku punya cerita.masa diorang memancing dan menjala di tasik chini.pukat tersangkut di bawah.kemudian salah seorang pergi terjun ke bawah untuk cuba meleraikan pukat yang tersangkut..tenguk tenguk...pukat tersangkut kat bumbung istana...?????

kisah 3

tu pasal kota kat tasik chini..pasal naga besar ni..aku dengar first hand dari orang asli dan penduduk kg tasik chini...pasal ada sorang mamat perancis yang berminat nak mengkaji pasal naga tasik chini.dia kemdian bermastautin kat tasiki chini..kerjanya hari hari menunggu di jeti dan memancing...sambil mencari naga yang diberitakan ada..
dalam beberapa tahun,semasa dia memancing di jeti..dia ternampak seekor ular besar..yang sungguh besar sedang menampakkan badan di permukaan air.aku percaya naga yang dimaksudkan tu sebenarnya ular besar ni lah..

lepas 5 taun mat salleh tu lepak tasik chini,,dia diberitakan telah mati.tak tau sakit apa.

rodriguez Publish time 12-12-2003 01:22 PM

http://www.lakechiniresort.netmyne.com.my/teratai.jpg

yang ni plak asal usul tasik chini dari lagenda tempatan..

copy and paste dari laman web

Local legend tells a tale of a wandering group of Jakun tribesmen who cleared the land to grow food crops.During their labour, an old woman appeared who proclaimed that she was the rightful owner of the land and that her permission should have been sought before any trees were felled.The Jakun humbly apologised, whereupon the woman allowed the men to continue their work.Before departing, however, she planted her walking stick in the ground as a mark of her ownership, telling the men never to remove it.

The men continued with their work, but some time later they heard one of their dogs barking and snarling at a decaying log.One of the Jakun threw his stick at the log, but immediately a torrent of blood issued from the log causing the man to run back to his friends in fear.His friends thought he was possessed by demons and tried to keep away from him.   However, the barking continued so the entire tribe returned to investigate the log.A spreading pool of blood had formed around the log.

In fear they hurled their own sticks at the sight, whereupon a dark cloud gathered in the sky.The thunder roared, the lightning flashed and a torrent of rain fell from the sky.The men grabbed their belongings and ran for cover, but in the chaos one of them pulled the old woman's stick from the ground - the very stick which they had been warned not to touch.Immediately a fountain of water poured from the hole made by the stick.The water flowed for many years, thereby creating the lake of Tasik Chini.The tribe realised then that the log was actually the dragon called Naga Seri Gumum.

Of course, no magical lake would be complete without stories of a resident monster or a long-lost, sunken city.So, Tasik Chini has both !Much like the famous Loch Ness, a serpent-like monster is reputed to make the lake its home.More seriously, there are theories that an ancient Khmer city once existed in the vicinity which has prompted archaeological studies of the lake and its surrounds.

LaraCroft Publish time 12-12-2003 04:35 PM

Originally posted by rodriguez at 12-12-2003 01:17 PM:
herm tu lagenda je lara croft..

aku pernah pi kat tasik cini...bermalam 4 hari kat sana...tanya tok batin pasal naga ni semua...dia tak beritau apa apa pun..mungkin dia tanak cerita or..memang t ...
oic..tq abg rod

tapi kan ada kwn lara mendakwa dia salah seorang dari cicit keturunan naga tasik cini tu..khabarnya naga tu actually aslnya org biasa saja..tapi bila bertapa jadilah dia naga...then kwn lara juga kata onyang dia ada simpan sisik naga tu ..then bila sakit bole rendam sisik tu dah minum.tapi khas untuk keturunan tu saja la..betul atau tidak lara x pasti..tapi lara pernah tgk sisik tu..

badaksumbu Publish time 14-12-2003 08:14 AM

ada org cakap masa banjir besar kat pahang 2 tahun lepas sbb naga tasik cini mengamuk...mcm2:eek::eek:

schumacher Publish time 15-12-2003 04:56 AM

nak tau pi naik bas kat medan mara... sehari satu trip jer bas tuh... gi chini... bas transnational...

LaraCroft Publish time 15-12-2003 08:29 AM

Originally posted by badaksumbu at 14-12-2003 08:14 AM:
ada org cakap masa banjir besar kat pahang 2 tahun lepas sbb naga tasik cini mengamuk...mcm2:eek::eek:
aha le..kwn lara pun ckp mcm tu...

YoGurt Publish time 31-12-2003 10:50 AM

yep..yog pun pernah sekali sampai kat tasik chini tu..oklah not bad..
pas tu naik bot..round kat tasik tu..mmg byk bunga teratai..tapi perasaan masa tu tuhan ajer tau..sbb membayangkan kalau la naga ker, ular besar timbul....aduiihh mesti besarr gileer.......
:D

DARSITA Publish time 2-1-2004 03:29 AM

Saya tak tau asal usul kejadian dia .. tapi tempat ni memang ''panas'' kalau kita bergalak galak sangatkan ... tetiba jer ada hujan panas.

Dulu saya pergi bawa pelancung asing (masa tu kerja part time dekat pusat peranginan) sampai sana kami dibawa berjumpa dengan orang asli. Salah seorang dari orang asli tu Mat Salleh tulin. Pelancung pelancung ni sakanlah tanya soalan dekat mat salleh orang asli ni .. (dia dah mati sekarang) lepas tu ada ikat rambut budak perempuan lain tercicir ..cepat cepat dia pergi cari ..takut kena jampi.

Masa kami semua naik perahu nak lawat kawasan tasik cini, orang asli yang menjadi ketua rombongan menasihatkan kami supaya menjaga tingkah laku dan kalau nampak benda benda pelik jangan tegur ..... tetapi saya ni ''jakun'' sikit masa nak naik perahu tu saya nampaklah ikan besar lalu bawah perahu ... apa lagi terus saya kata ..Buaya!! buaya!! .. orang asli tu marah bukan main dengan saya. Kami kena tunggu hampir satu jam sebelum dibenarkan naik perahu untuk round lake cini. Saya pulak sebab takut sangat sangat (sebab celupar tadi) naik dengan orang asli .. seram betul bila berada ditengah tasik. Macam rasa ada benda jer ikut bawah perahu.


Dulu ada rombongan Mat Salleh (saintis) yang datang lake cini ..menyelam nak tengok apa yang ada (macam istana tenggelam ke) tapi mereka tak jumpa apa apa.

Sekian saja dari saya :)

Maybelline Publish time 15-6-2005 09:05 AM

Originally posted by rodriguez at 12-12-2003 01:17 PM:
herm tu lagenda je lara croft..

aku pernah pi kat tasik cini...bermalam 4 hari kat sana...tanya tok batin pasal naga ni semua...dia tak beritau apa apa pun..mungkin dia tanak cerita or..memang t ...

May pun penah gak dengar citer macam ni.:ah::ah::ah:
Pastu satu lagi May diberitau kat Tasik Cini tu takleh buat menda tak senonoh!:no::no::no:

sujaihah Publish time 6-11-2006 09:58 AM

tumpang lalu :)

Syd Publish time 13-6-2007 12:22 PM

Misteri: Sumpah Seri Gumum di Chini
Oleh Sariha Mohd Ali


Empat pancang di kawasan seluas 30 meter persegi dicacak di Laut Gumum sebagai tanda tempat tinggal naga


KETENANGAN suasana di Tasik Chini, Pekan tidak boleh dipisahkan dengan keindahan pemandangan kuntuman teratai yang mekar memenuhi permukaan tasik ketika musimnya tiba antara Ogos hingga September setiap tahun.

Tarikan Tasik Chini yang juga tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera itu, bukan setakat keunikan flora dan fauna yang dimilikinya, malah cerita lagendanya yang penuh misteri turut mempopularkan kawasan berkenaan.

Walaupun cerita seumpama itu sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi penduduk tempatan tetap menganggapnya sebagai sesuatu yang akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi.

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.

Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi.

Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Bagi Ismail Awang Karim, 70, dari Kampung Melayu, Kuala Chini, cerita naga Tasik Chini diketahuinya daripada datuknya, Beah Itam yang meninggal dunia pada 1950.

"Mengikut cerita orang tua dulu, Naga Seri Gumum ini mempunyai ibu dikenali sebagai Naga Sri Kemboja tetapi mati selepas bergaduh dengan naga lain di Laut China Selatan.

"Dikatakan Naga Sri Kemboja ini ditanam di Kampung Pasir Panjang dekat Tasik Chini dan nama kampung itu diambil sempena kubur naga itu yang panjang," katanya.

Penghulu Mukim Penyor 1, Mohd Bakri Abu Talib, berkata cerita misteri naga Tasik Chini seakan diakui penduduk kawasan itu sehingga mereka mencacak empat pancang kayu di kawasan Laut Gumum.

Kawasan yang dipancang dengan ukuran kira-kira 30 meter kali 30 meter itu menjadi tanda kepada semua pemandu bot supaya tidak melalui kawasan berkenaan kerana dasar tasik di situ dikatakan menjadi tempat tinggal Naga Seri Gumum.

"Pancang kayu itu dicacak sejak 50 tahun lalu dan akan diganti apabila kayu berkenaan sudah rosak.

"Mengikut cerita lama, naga itu sepanjang kira-kira enam kilometer berdasarkan gambaran yang kepalanya pernah dilihat di Kampung Charuk Kekura, manakala ekornya di Kampung Mempelas," katanya.

Mohd Bakri berkata, kewujudan naga Tasik Chini menjadikan kawasan di situ sebagai `keras' dan mereka yang melakukan sesuatu di luar batasan akan ditimpa bencana.

"Saya sendiri melihat keadaan itu apabila ribut besar berlaku pada 1988 apabila tiga warga asing mandi berbogel di tasik itu.

"Ketika itu, saya menaiki bot menuju ke Tanjung Jerangkung dan melihat tiga warga asing mandi bogel, lalu menegur perbuatan mereka itu.

"Tiga warga asing berkenaan bergegas naik atas calet terapung di situ dan serta merta berlaku ribut kuat yang menyebabkan ombak besar sehingga semua tali calet berkenaan putus dan hanyut hingga ke Gumum," katanya.

Sementara itu, bagi peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.

Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

"Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

"Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

"Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan.

Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

"Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat.

"Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.

Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

"Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir.

"Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya.

Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.

Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

"Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu.

"Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan.

"Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

piot Publish time 13-6-2007 02:00 PM

wah...wah...sesekali syd masuk.....info bagus gitu......:loveliness:
Pages: [1]
View full version: BOLE CERITAKAN KISAH TASIK CHINI?


ADVERTISEMENT