Kemejakotak Publish time 28-4-2016 10:00 PM

Casting sebarau

nak tanye sikit..ade tak abam2 sifu2 yg pernah casting sebarau? Boleh tak bagi tau jenis gewang atau cara yg paling terbaek untuk maen sebarau..lagi 1 boleh tak kongsi tempat yg ada sebarau area lembah klang dan seluruh m.sia..tringin sgt nak dapat sebarau..hmm

Terubuk Publish time 29-4-2016 05:21 PM

Edited by Terubuk at 29-4-2016 05:31 PM

Kalau di Lembah Klang saya pernah dapat di Empangan Klang Gate...
Untuk gewang pula masa tu saya gunakan jenis selaman dalam jenama Cultiva kalau tak silap...

Gewang sesudu juga boleh dipertaruhkan terutamanya si Yo Zuri Ultima tu...

Kemejakotak Publish time 3-5-2016 12:10 PM

Wahh..terbaek bro ..org ckap sebarau makan waktu pagi? Betol ke?? Kalau2 bro ade nak pegi lagi tempat roger2 laa..nak ikot..hehehe

Terubuk Publish time 13-5-2016 05:29 PM

Kemejakotak replied at 3-5-2016 12:10 PM
Wahh..terbaek bro ..org ckap sebarau makan waktu pagi? Betol ke?? Kalau2 bro ade nak pegi lagi tempa ...

Pagi sememangnya masa terbaik memburu sebarau...

Tapi kalau musim hujan tak kisah la pagi ke petang...
Saya dapat ikan tu pun selepas hujan petang...

Nak komplot? Bukan yak mau tapi saya dah di Sarawak sekarang ni...

Nak komplot di Sarawak ni boleh je kalau mau...

turboturtle Publish time 2-8-2016 01:10 AM

Aku lesen sebarau xpernah pernah dapat, salah skill casting kot, haruan banyak le.

Terubuk Publish time 20-8-2016 12:08 PM

turboturtle replied at 2-8-2016 01:10 AM
Aku lesen sebarau xpernah pernah dapat, salah skill casting kot, haruan banyak le.

Agaknya la...
Sebab sedikit perbezaan tabiat pemakan antara kedua spesis tu...

Kalau nak senang jom kita ke Empangan Bakun atau ke Empangan Murum...
Sana bersepah.. siap digelar ikan pengacau lagi...

turboturtle Publish time 26-8-2016 03:42 PM

Terubuk replied at 20-8-2016 12:08 PM
Agaknya la...
Sebab sedikit perbezaan tabiat pemakan antara kedua spesis tu...



Uiii rahmat tu kalu sebarau jdi pengacau, mengidam beb nak dapat sebarau sekor, entah le bro, aku byk kali dah cuba casting sebarau, slow laju, spoon, popper, spinner xpernah mengena sekor pun, mungkin keadaan air tak sesuai kot. Tapi aku mengaku la aku cap ayam la bab sebarau ni.

turboturtle Publish time 26-8-2016 03:43 PM

Sarawak jauh tu brooo, xsanggup nk pegi, aku bukan hantu pancing, tapi boleh la minat la jugak, cuma xsampai tahap pergi jauh2.

Terubuk Publish time 17-9-2016 05:55 PM

turboturtle replied at 26-8-2016 03:42 PM
Uiii rahmat tu kalu sebarau jdi pengacau, mengidam beb nak dapat sebarau sekor, entah le bro, aku...

Selalu cari sebarau kat empagan ke?

turboturtle Publish time 7-10-2016 04:10 PM

Terubuk replied at 17-9-2016 05:55 PM
Selalu cari sebarau kat empagan ke?

Sungai je, kawasan berbatu ada arus deras, jarang2 masuk hutan, lain ikan aku cari lain ikan aku dapat....skarang dah slow la..

foxxmix Publish time 11-10-2016 11:53 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i67.tinypic.com/t03hmw.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:

Islaha Publish time 3-11-2016 09:14 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i63.tinypic.com/2r3xwjn.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:
Pages: [1]
View full version: Casting sebarau


ADVERTISEMENT