CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2920|Reply: 21

[Tempatan] BTS: Kementerian Pelancongan tidak senada dengan KBS

  [Copy link]
Post time 26-4-2019 10:32 PM | Show all posts |Read mode
BTS: Kementerian Pelancongan tidak senada dengan KBS
26 April 2019 7:13 PM

MELAKA 26 April - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dilihat tidak senada dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang cuba membawa masuk artis luar untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sebaliknya, kementerian itu akan terus mengangkat seni dan budaya tempatan untuk diketengahkan dengan alasan negara ini masih mempunyai pelbagai budaya sendiri untuk diketengahkan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata, Malaysia sudah cukup dengan pelbagai budaya sendiri yang boleh diangkat namun beliau enggan memberikan komen tentang cadangan KBS membawa masuk artis K-Pop

“Kita perlu pelihara seni dan budaya tempatan, negara kita cukup dengan pelbagai budaya tersendiri yang boleh diangkat dan diketengahkan.

“Tetapi kita tidak bawa daripada luar untuk pengaruhi budaya kita,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan dondang sayang daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) kepada kerajaan negeri di Perkampung Hang Tuah Duyong di sini petang ini.

Beberapa pihak sebelum ini termasuk yang terbaharu Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengkritik tindakan KBS yang mahu membawa masuk kumpulan K-Pop, Bangtan Boys (BTS) sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Mereka berpandangan kerajaan sepatutnya memberi peluang dan tumpuan terhadap penggiat industri kreatif tempatan untuk menjana pendapatan berbanding membawa masuk artis dari luar negara. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 10:38 PM | Show all posts
suruh saddiq lah joget
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bts jugakkkk
BTS BTS BTS
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudahlah ketapi.

Kalau 'impot' Dan Tak 'ketengahkan' budaya tempatan takde la peluang engkau anak beranak makan angin obersi Duit taxpayers.

Fuck off with self serving comments already.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 12:34 AM | Show all posts
ko pun nak limelight jugak kan sebenarnya. ni yg nak promote doraemon utk 2020 ni ape citer?? budaya tempatan sangat ke doraemon tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur ada berita gembira mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2019 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kem pelancongan prefer jepun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Heran....sampai skrg menteri2 pakatan hancing x buat wasap grup  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 26-4-2019 10:08 PM
Kem pelancongan prefer jepun

Pameran Doraemon tidak diluluskan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia
MOHAMADDIN KETAPI - BERNAMA
MOHAMADDIN KETAPI - BERNAMA
24 April 2019 3:51 PM

46
PUTRAJAYA 24 April - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tidak akan meluluskan cadangan pameran lukisan bertemakan animasi terkenal Jepun, Doraemon, sebagai sebahagian promosi bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 jika dikemukakan kepadanya.

Mengulas tentang kenyataan Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah berhubung cadangan itu dalam satu majlis baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah kenyataan peribadi Rashidi dan bukan dipersetujui kementeriannya bagi tujuan promosi TMM 2020.


"Jika perkara itu dibawa kepada saya, saya tidak akan luluskan," kata Mohamaddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu majlis 11 Mac lepas di KLIA2, Rashidi dilaporkan bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon bersempena TMM 2020 memandangkan animasi dari Jepun itu mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Mohamaddin berkata sekiranya beliau mahu mengangkat watak animasi untuk kempen TMM2020, watak tempatan yang popular akan dipilih dan bukannya dari negara luar.

"Saya tidak pernah meluluskan sebarang promosi yang melibatkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita," katanya. - BERNAMA

So, sape punye cadangan doraemon ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis2 lagi isu bts, org tak payah datang msia la nak tgk bts. bts yg akan gi negara dorang utk world tour sadek hadek ni dah jd clout chaser jugak ke? batak followers dr kalangan peminat bts?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik nak pentingjn dn sokong tempatan walau sampah xde gunanya.
Biar retis msia sentap dn majukan diri selevel BTS la then maybe spore thai segala western kantri pon jemput si awie mawie sawie segala
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 26-4-2019 10:59 PM
Sudahlah ketapi.

Kalau 'impot' Dan Tak 'ketengahkan' budaya tempatan takde la peluang engkau anak ...

Exactly pastu retis mesia dok tahap sawie je xde maju harap karatz mesia je sokong buta
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya, memang bagus kita sokong industri seni dan muzik tanah air. Tapi I do not mean this as an insult ya, anggaplah sebagai kritikan membina, pada saya muzik tanah air tersangat hambar dan lagu2 kebanyakannya irama sayu dan sendu saja, almost all about love and no self motivation.

Saya cuba dengar radio tempatan, tapi tak boleh tahan for more than 5 mins terus ambil phone buka spotify instead haha. Radio melayu tempatan 80% iklan annoying the rest are tasteless jiwang karat songs. Menyedihkan. Our music artists need to step up their game. Kadang saya dengan lagu dari indonesia pun adalah juga terhibur.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 07:55 PM | Show all posts
Ada ke tahun melawat Korea panggil artis Malaysia ?? !!!






Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:20 AM | Show all posts
Peminat BTS atau KPop yang muda-muda terutama budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti ini mana faham sebab orang marah dekat KBS (Syed Saddiq) terutama nak lantik BTS sebagai Duta Promisi Tahun Melawat Malaysia 2020, tahu nak seronok jer...

Lepas itu marah kata kenapa Blackpink boleh buat konsert dekat malaysia...  saya cakap Blackpink atau artis luar negara yang lain datang ke malaysia bukan datang atas  lantikan dari kerajaan. tapi duruskan oleh pihak swasta jadi tidak menggunakan langsung dana kerajaan....

Benda macam itu pun tak boleh faham...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 10:34 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 27-4-2019 07:43 AM
Pameran Doraemon tidak diluluskan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia
MOHAMADDIN KETAPI - BERNA ...

cadangan doraemon tu dr ex KSU MOTAC yg dah bersara..klu rajin boleh gugel siapa orgnya
tak sangka beliyaw minat doraemon  






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
How do u pronounce his name?

Ketapi?

I baca mcm budak pronounced, ketapi(keretapi)
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:49 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 8-5-2019 02:20 AM
Peminat BTS atau KPop yang muda-muda terutama budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah dan pelaj ...
Peminat BTS atau KPop yang muda-muda terutama budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti ini mana faham sebab orang marah dekat KBS (Syed Saddiq) terutama nak lantik BTS sebagai Duta Promisi Tahun Melawat Malaysia 2020, tahu nak seronok jer...
U baca kat mana lantik BTS sebagai duta tahun melawat malaysia? Setau i, nak bawak BTS bersempena tahun melawat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:53 AM | Show all posts
SepatUngu replied at 8-5-2019 02:34 AM
cadangan doraemon tu dr ex KSU MOTAC yg dah bersara..klu rajin boleh gugel siapa orgnya
tak sang ...

Ala you... bgtau je lah... i google cuma tunjuk yg current je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 26-4-2019 10:38 PM
suruh saddiq lah joget

Yess.. ajak abg joget skali..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.080081 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list