View: 1796|Reply: 52
|
[Tempatan]
Dua beradik yatim piatu rayu bantuan dapatkan MyKad (Bapa Malaysia dan ibu Indonesia, tidak daftar pernikahan)
[Copy link]
|
|
Dua beradik yatim piatu rayu bantuan dapatkan MyKad
Adie Sufian Zulkefli
Januari 20, 2022 09:51 MYT
ALOR SETAR: Dua beradik dari Taman PKNK, Alor Setar merayu bantuan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu mendapatkan MyKad bagi memudahkan mereka menyambung pelajaran.
Dua beradik yatim piatu itu, Dwi Priyanti Zulkifli, 18, yang bakal duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan Mac ini dan adiknya, Noor Azlina Zulkifli, 17, pelajar sebuah sekolah di Changlun.
Mereka berdua sukar mendaftar dokumen pengenalan diri disebabkan bapa mereka Zulkifli Sharif berkahwin dengan ibu mereka yang merupakan warga Indonesia dan tidak mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia.
Berikutan itu, kedua-dua beradik ini didaftar kelahiran di negara itu manakala adik bongsu mereka, Noor Ashikin Zulkifli, 11, pula mendapat status warganegara kerana lahir di negara ini dan bapa mereka sempat mendaftar kelahirannya di Johor.
Urusan untuk pendaftaran dokumen pengenalan diri mereka menjadi bertambah sukar apabila apabila ibu mereka, Eva Wati meninggal dunia pada tahun 2012.
Selepas kematian ibu, bapa mereka membawa tiga beradik itu ke Johor kerana dia bekerja di sebuah syarikat minyak swasta di sana.
Bagaimanapun, bapa mereka kemudian meninggal dunia pada tahun 2015 di Sipitang, Sabah akibat pendarahan dalam perut ketika bekerja.
"Saya kalau boleh saya mahu dapatkan kerakyatan Malaysia untuk mudah sambung belajar dan cepat ke universiti dan tidak susahkan nak kena bayar, dapat bantuan pun mudah.
Pergi klinik atau hospital tidak perlu kos yang terlalu tinggi," kata Dwi Priyanti Zulkifli.
Bagi Noor Azlina pula, dengan adanya kad pengenalan itu, mereka mudah mendapatkan pekerjaan bagi menyara hidup.
"Kalau boleh mahu dapatkan MyKad untuk memudahkan dapat pekerjaan selain sambung pelajaran," katanya.
Tiga beradik itu kini dijaga keluarga bapa saudara yang juga adik kepada bapa mereka, Roslan Sharif, 38.
Menurut Roslan, dia terpaksa memperbaharui visa pelajar sebanyak RM240 setiap seorang setiap tahun untuk memudahkan anak saudaranya itu meneruskan persekolahan kerana mereka hanya mempunyai pasport antarabangsa untuk identiti pengenalan diri.
Malah menyedihkan mereka juga tidak mendapat kemudahan perubatan sekiranya mereka sakit atau demam dan dia terpaksa membayar dengan kos yang tinggi.
Jelas Roslan, dia membuat permohonan untuk mendapatkan taraf kerakyatan untuk Dwi Priyanti dan Noor Azlina namun gagal malah permohonannya ditolak.
Katanya, dia sudah pun membuat proses permohonan itu di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun terkejut permohonan itu ditolak tanpa mengemukakan sebab.
"Saya mohon pada bulan September 2018 dan saya terima surat daripada Kementerian pada bulan April 2021 yang menyatakan permohonan saya ditolak tanpa memberikan sebab.
"Bagi saya perkara ini sangat mendukacitakan sebab saya berharap sangat anak saudara saya ini dapat status warganegara kerana ibu bapa mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Roslan berkata, dia bimbangkan masa depan dua beradik itu memandangkan mereka semakin membesar kerana Dwi Priyanti sudah mencapai usia 18 tahun dan berhasrat untuk menyambung pengajiannya tetapi disebabkan tiada dokumen, mungkin ia semakin sukar.
Jelas Roslan, dia sudah melakukan pelbagai usaha dan turut mendapat perhatian pelbagai pihak namun ia masih tiada jalan penyelesaian dan sangat berharap pihak berkaitan dapat membantu mereka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masih banyak kasus 'Rohana' yang masih belum terungkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bertanggungjawab nya mak pak.. kesian kat anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
kene la daftar kawen. mak bapak punya hal anak merana. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas satu satu, lepas ni beribu2 pendatang asing beranak kt malaysia minta hak kerakyatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha. Lagik kes bapak tak bertanggungjawab tak layak jadi wali. |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 20-1-2022 04:52 PM
Lepas satu satu, lepas ni beribu2 pendatang asing beranak kt malaysia minta hak kerakyatan...
Bapak mereka warganegara, bukan pendatang asing.
PM kita pun setakat ni takda sorang pun keturunan asli bumiputera Tanah Melayu Malaysia kan? Semuanya hada darah pendatang? |
|
|
|
|
|
|
|
kan sudah dapat pasport Indonesia, makanya, mereka berdua orang Indonesia, adik bongsu sahaja Malaysia. Apa masalahnya? suka2 hati mohon kerakyatan Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Mula dah semua menuntut hak warganegara. Tula PM pn agak2la nk mencapap haritu |
|
|
|
|
|
|
|
Tp dorg ni kes mak bapak tak daftr nikah. Susah la. Tp xmustahil klo ada tangan2 masuk campur sbb nk glemer |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-1-2022 04:59 PM
Bapak mereka warganegara, bukan pendatang asing.
PM kita pun setakat ni takda sorang pun keturuna ...
Pak mail rasanya takde darah2 jowo minang bugis bagai, leluhur dia asal kelate.
Tapi dia lahir dan membesar di Pahang
Menantu dia tu jela ada mix dari seberang sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 20-1-2022 05:06 PM
Pak mail rasanya takde darah2 jowo minang bugis bagai, leluhur dia asal kelate.
Tapi dia lahir dan ...
Ok so Pak Mail sorang ja la pure Malay Malaysian setakat ni. Lain2 tu suma keturunan pendatang. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jadi anak yatim piatu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 20-1-2022 05:34 PM
bukan atas tu tulis..2 orng dh daftar kelahiran kat indon sana....siap ada passport indon lg...apasal nk minta taraf warganegara Msia lg..semua (dia) indon ni..nak sauk plak dh... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by darkness at 20-1-2022 05:37 PM
Kalau lahir di luar malaysia mmg tak dapat..mcm kes loca B anak dia lahir di luar, walaupun mak local tetap xdapat..kalau ikut undang2 la kan..taulah negara malaysia ni undang2 tapak kaki so tak heran sangat derang ni dapat kerakyatan. Padan muka semua. Bagi lagi umnok memerintah |
|
|
|
|
|
|
|
dah mula melayan
makin melaratlahhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
tactic baru nak dapatkan kerakyatan Malaysia
bangsat kesemua ahli-ahli politik.
bangsat kerabat xreti nak jaga daulat negara
heyy dajjei tunggu nak lari dari Malaysia sajakah
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni aku dok kutuk2 indon rupanya2 aku sendiri ada darah indon jugak huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ini tanda2 yeh mbak friskis pun nak mitak taraf warganegara jgk tu sebelum baby si pelakor ni lahir |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 20-1-2022 05:37 PM
Ini tanda2 yeh mbak friskis pun nak mitak taraf warganegara jgk tu sebelum baby si pelakor ni lahir; ...
Dah ada tandanya sis. Gigih amik master sulaya dapat pr dekat sini indon mendonia |
|
|
|
|
|
|
| |
|