View: 9954|Reply: 132
|
[Jenayah]
"Ruined The Meal" - Netizen Luar Negara Kata Malaysia Merosakkan Makanan!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Kalau perasan, banyak makanan sekarang ditambah dengan sos keju atau cheese leleh yang kononnya menambahkan rasa lemak dan cheesy.
Tak dinafikan, cheese leleh ini antara satu nikmat makanan yang menjadi kegilaan dan trend di Malaysia sehinggakan hidangan itu lebih keju berbanding makanan yang lain.
Namun, hidangan cheese leleh ini membuatkan segelintir netizen Malaysia mula berasa muak kerana ia bukan sahaja menjadi makanan yang tidak sihat, malah telah merosakkan sesuatu hidangan itu.
Bukan itu sahaja, trend cheese leleh ini turut mengejutkan pengguna media sosial luar negara apabila melihat video yang tular di platform X ini.
Menerusi hantaran pengguna akaun @ClownWorld_, video yang dipercayai berlaku di Malaysia memaparkan situasi pelayan sedang menuangkan cheese leleh di atas hidangan.
Dalam hidangan itu, terdapat sebiji burger, beberapa keping nugget, bebola daging, kentang putar, ramen dan ayam goreng Korea.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial luar negara mempersoal hidangan itu dengan mengatakan sos keju yang digunakan agak berlebihan. Ada juga yang sempat memerli, ia adalah hidangan ‘serangan jantung’.
Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, cheese leleh mengandungi banyak perasa tambahan seperti garam dan gula.
Menurutnya, pengambilan sos keju berlebihan tidak sesuai untuk pesakit kencing manis manakala jika individu sihat kerap memakan hidangan seperti ini boleh meningkatkan risiko kencing manis pada masa hadapan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setuju....
Aku x blh hadam g. Pisang dgn cheese...
Masa kecik, aku mkn g. Pisang mcm tu je atau dgn gula.... Tapi bila dah bercampur dgn jawa, pandai le cicah sambal kicap |
|
|
|
|
|
|
|
Confident je tu cheese kan.. padahal perasa cheese jah dekkk.. ko hengat peniaga tu pemurah sgt nk guna cheese ori |
|
|
|
|
|
|
|
makanan goreng2 sedap kalau mkn ngan cheese |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak buat menu nasi cheese?barulah nmpk Malaysia sket..haha |
|
|
|
|
|
|
|
x semua mknn sedap atau sesuai letak cheese. aku penah je buh cheese masa buat sambal terung sbb sambal aku pedas ngat. jd nk kurangkan pedas, aku letak cheese tp sekeping je cheddar cheese tu bkn tahap leleh2 ni. sedap plak mkn ngan nasik panas. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..sampai skang tak bole hadam..apende pisang goreng ngn cheese la ade coklat chip siap susu pekat manis..makan dengan sambal kicap juga yg power..kalau mak aku ajar makan dengan ikan masin tenggiri tu.. lagi satu klau nak ase lemak2 sambal kicap tu letak sikit kacang tanah goreng tumbuk punya..padu ya amat
|
|
|
|
|
|
|
|
pisang cheese tu indonesian punya eh |
|
|
|
|
|
|
|
resepi makanan di malaysia ni fusion gitu, bebas nak campur pelbagai warna dan bahan. Kombinasi yg tak berapa bagus/sedap mula2 mungkin popular, tapi akan hilang dengan sendirinya bila orang dah sedar. Yang betul2 best akan diulang makan bertahun2. Mcm tu caranya di sini, yg orang luar mungkin tak faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ka oberc mkn dgn keju raklet ka apa.. ok jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul..semua nak di cheesekan.. nasi lemak pun diletak cheese...giler |
|
|
|
|
|
|
|
Iols boleh Makan ramly.beger dgn cheese je...
Lain2 rasa.cm.tak.berapa sgt
Tapi Makan je la sikit sikit.
Kek.pisang cheese juga MCM tak kena...sebab takde impak.ada.pung darinsegi rasa |
|
|
|
|
|
|
|
harap depa ni la mereka yg nak migrate ke luar negara... |
|
|
|
|
|
|
|
Cheese leleh2 ni memula dulu rase terliur gak, tp ble da stat jage mkn, rase nak muntah tgk.
Tp mmg x sihat pon. Sikit2 dah lerr... Xpyh la leleh2 sgt la.. x sihat..
Mknnn sihat mmg mahal. Tp bole cut cost tak pyh beli mknn mengarut2 ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
And it is not even real cheese |
|
|
|
|
|
|
| |
|