CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Pada AR Tompel(melissa kunci mulut #112)

[Copy link]
Post time 10-10-2014 12:14 AM | Show all posts




AR Tompel Punca Saloma Derita Kisah Palsu


: Khamis, 9 Oktober 2014 6:50 PM








Dari kiri; bekas isteri Allahyarham AR Tompel iaitu, Ruminah Sidek dan dua anaknya iaitu Adlin (tengah) serta AR Badul. Mereka hadir pada sidang media di Finas bagi menjelaskan telefilem Saloma siaran Astro First Eksklusif mengenai Allahyarham adalah tidak benar.

  (Ubah saiz teks)

AMPANG: Pelakon Adlin Aman Ramlie berkata lebih daripada 90 peratus watak bapanya, Allahyarham AR Tompel dalam telefilem biopik Saloma siaran Astro First Eksklusif adalah tidak benar termasuklah seniman itu digambarkan sebagai punca biduanita Saloma menderita.

Walaupun perjalanan hidup Allahyarham yang dipaparkan adalah fakta, Adlin menyifatkan cara interpretasi visual yang disampaikan pengarah Melissa Saila dan penulis skrip, Megat Fauzi adalah keterlaluan dan sebanyak 29 babak dalam telefilem itu lebih berunsur tohmahan.

"Memang benar, ayah saya berkahwin dengan Saloma dan memiliki seorang anak serta beberapa fakta lain dalam telefilem tersebut betul.

AR Tomplel


"Tetapi pengarah dan penulis skrip menterjemahkan watak ayah saya seolah-olah mengikut bayangan mereka sendiri dengan berpandukan kata satu sumber sahaja iaitu Mariani (kakak Saloma) tanpa bertanyakan kepada kami waris-waris Tompel.






"Ini membuatkan seolah-olah Tompel itu menjadi punca Saloma menderita. Lebih-lebih lagi menerusi satu babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah, menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab," katanya.

Adlin ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris AR Tompel di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Kira-kira 30 orang waris seniman iti hadir pada sidang media tersebut termasuklah AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail selain wakil peguam mereka, Azam & Co.

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruhdan Pandang Kaseh disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).





Tambah Adlin, cara terjemahan visual pada babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma juga tidak patut dipaparkan kerana ia dilihat seperti Saloma 'diguna-guna' oleh Allahyarham.

Sementara itu, pada sidang media tersebut, keluarga berkenaan telah menghantar notis berbentuk tiga tuntutan kepada Astro iaitu meminta pihak penyiar berkenaan menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel dan membuat pertemuan bagi proses rundingan.

AR Badul pula berkata, selepas menghantar surat notis kepada Astro 26 September, pihaknya telah mendapat respons daripada pihak Astro pada Rabu (semalam).

"Sekarang ini kami mahu telefilem itu segera dihentikan dan tidak diulang tayang lagi. Bayangkan jika ia terus ditayangkan pada masa akan datang, apa pandangan generasi masa itu terhadap keluarga kami?

"Bagaimanapun kami tidak mahu membawa perkara ini sehingga timbulnya saman menyaman.

"Tetapi kami sekeluarga sanggup berjuang sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk selesaikan perkara ini," tegasnya.

AR Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramli Jaafar meninggal dunia pada 30 Januari 1973 selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sungguhpun benar perangai arwah tompel tu mcm tu seperti dlm bio tu tak perlu di lakonkan secara detail.. Cukup tunjuk part mcm mana dia bertemu saloma, bekerjasama dlm membina kerjaya saloma dan part bercerai tu cukup gambarkan dorang akhirnya tiada kesefahaman. Ni bio saloma, cerita detail tang saloma cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 12:22 AM | Show all posts
iscol_klang posted on 9-10-2014 05:02 PM
aku rasa melissa yg banyak bukak pekung family sendiri..
bapak saloma pegi kabaret siap bawak mar ...
setuju ngan ko..

cuma pandangan aku.. aku pulak melihat semua perkara dari satu sudut je.. ambil yg positif.. yg negatif tu aku buang je.. kita kena faham bila kita tgk sesuatu cerita berbentuk biografi kita belajar tentang kurang dan lebih manusia.. sisi baik dan sisi jahatnya.. kita semua kan manusia? semua cerita mesti ada watak protagonis dan antagonis baru jadi cerita.. hidup atas dunia ni mesti ada sisi baik dan buruk manusia.. jangan kita mengata orang. kita sendiri pun ada keburukannya.. so terima jelah keburukan tu sebagai sempadan.. setiap bende buruk yg dilakukan oleh orang lain jika dia masih ada kebaikannya.. kita ingat sahaja hal kebaikannya.. bende yg buruk ttg dia anggap itu hanya sebagai satu sejarah.. tidak kira cerita cereka atau cerita biografi begitulah selayaknya.

bagi i.. dalam biopic ni.. ceritanya seimbang.. cerita saloma pun ada didedahkan keburukannya.. citer org lain pun ada.. ramai yg meragui cerita dari mariani.. tapi siapa kita untuk mengatakan apa2.. adakah kita hidup bersama saloma? adakah kita adik beradik saloma? mariani tu kan kakak dia. siapa lagi sumber yg boleh kita rujuk? kalau kita rujuk org lain tapi ia bercanggah daripada apa yang mariani tahu selaku seorang kakak.. adakah sumber itu boleh dipercayai? apapun segala yg benar itu adalah dari Allah dan hanya Allah yang mengetahuinya.. kita sebagai manusia hanya menghukum berdasarkan yg zahir dan apa yang diberitahu. apa daya kita utk mengetahui apa sebenarnya. Last edited by eddysheddy on 10-10-2014 12:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 12:39 AM | Show all posts
jadik mcm besar plak kes neh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 12:45 AM | Show all posts
setokinpurple posted on 10-10-2014 12:20 AM
Sungguhpun benar perangai arwah tompel tu mcm tu seperti dlm bio tu tak perlu di lakonkan secara det ...

awak dah tgk tak cerita ni?

bg saya mmg cerita ni lebih detail bab saloma..
bab tompel tu sikit je pun.. in fact ada byk lagi bende yg i rasa cerita ni dah kurangkan  sampai mmg ada part kita yg tgk ni macam eh macam tu je habis dia.. macam masih ada bende yg kita persoalkan sebab 'dipendekkan cerita'.. tidak lah terlalu detail penceritaannya dan dijelaskan segala2nya..

bg saya mmg dalam cerita ni tompel tu digambarkan kaki perempuan.. tapi pada sayalah kan kaki perempuan bukannya lah suatu yg terlalu mengaibkan kerana normal lelaki sebegitu.. tidak lari norma pun.. dia juga ditnjolkan kaki perempuan tapi tidaklah ditunjukkan perlakuan tidak senonoh atau apa.. menurut website ini http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2011/10/ar-tompel.html saloma berkahwin dengan ar tompel cuma tiga bulan.. jadi mungkin ada perkara yang telah diberitahu oleh saloma kepada keluarganya yg kita semua tak tahu ttg perkahwinan yg singkat ini. tetapi berbalik kepada saya ckp tadi.. hanya Allah sahaja yang tahu segalanya.. manusia boleh berbohong walaupun empunya diri atau sesiapa sahaja
Last edited by eddysheddy on 10-10-2014 12:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 12:58 AM | Show all posts
cerita saloma masa kecil kadang2 buat kita terfikir mungkin anak yang dianggap tidak bertuah semasa kecil itulah ciri2 orang yang paling berjaya kelak

dlam biopic ini digambarkan saloma masa kecil kurang disayangi neneknya berbanding kakaknya, mariani.. neneknya yg seperti nyonya itu seperti mengamalkan pilih kasih sebab mariani digambarkan lebih cantik dan amat dijaga kulitnya.. mariani lebih cantik dari saloma sebab tu mariani  bercita2 nak jadi ratu cantik dan saloma yg akur dirinya kurang cantik yakin mahu menjadi seorang penyanyi terkenal..  saloma mcm tak dihiraukan sgt neneknye walaupun dia cube nak mendekati/ bermesra dgn neneknye

dan mariani mmg mengikut sejarahnye seperti yg tertulis di wikipedia pernah memenangi pertandingan ratu cantik singapura pd tahun 1951 Last edited by eddysheddy on 10-10-2014 01:29 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2014 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
eddysheddy posted on 10-10-2014 12:45 AM
awak dah tgk tak cerita ni?

bg saya mmg cerita ni lebih detail bab saloma..

Dah tengok. Part saloma dgn ar tompel tu detail jugak walaupon tidak menyeluruh. Pada penonton mgkin itu watak & penceritaan biasa tp sbb dah sampai mengaibkan (pd pandangan family arwah) tak menjejaskan jalan cerita pon kalau part ar tompel tu dipendekkan dan dirumuskan secara ringkas.

Apa2 pun sy suka biografi saloma ni...terkesan dan menitik air mata tgk.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 01:12 AM | Show all posts
setokinpurple posted on 10-10-2014 01:07 AM
Dah tengok. Part saloma dgn ar tompel tu detail jugak walaupon tidak menyeluruh. Pada penonton mgk ...

kalau tanya saya.. mmg dah ringkaspun part tu
kalau lebih ringkas drp tu saya takkan faham mengapa dia seolah2 sgt bencikan anaknya.. yg mana ia akan memberi efek kepada penceritaan sehingga penghujung cerita.. sejujurnye saya jenis yg bengang kalau tgk cerita tak berapa nak faham dan akan menyalahkan pengarah atau pembikin filem kerana penceritaan yg tidak sampai kpd penonton

apapun cerita dah cube bertindak fair..
dgn menjadikan perbuatannya yg benci ank tu memberi natijah buruk kpdnye bila dah tua bila anak tu tak hormat dia da dia seolah menyesali perbuatannya dulu namun akhirnya mereka bermaafan sebelum saloma menghembus nafas terakhir.. anaknya itu digambarkan menangis meminta ampun sambil memeluk tubuh saloma yg tak sedar diri sampai tangan saloma akhirnya bergerak.. menunjukkan betapa saloma sgt syg anaknye itu

adakah ia sesuatu yg tidak baik? di penghujung ceritanya kita tahu semuanya jadi baik. jadi tidak ada apa yang terlalu mengaibkan kerana telah diberikan justifikasi.

dari aspek perundangan.. hal2 justifikasi inilah antara yg boleh menyelamatkn dalam satu2 tuduhan mala fide atau niat jahat Last edited by eddysheddy on 10-10-2014 01:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 09:04 AM | Show all posts
mixed posted on 9-10-2014 05:14 PM
AR Tompel Punca Saloma Derita Kisah Palsu

: Khamis, 9 Oktober 2014 6:50 PM

macam sombong pulak ku tgk muka mak mah.....marah sgt ker.....kehkehkehkeh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:08 AM | Show all posts
soraya posted on 9-10-2014 09:22 PM
a ah ek nokss...mana la agaknya waris norizan ni....kehkehkeh...tetiba je tanya...

btw norizan  ...

Norizan orang biasa, gadis kampong yang cantik jelita.
Dia kawen dengan Sultan Yusof, atok kepada Sultan Perak sekarang.
Kawen dalam umor 15-16 tahun, hidup dalam sangkar emas.
Dalam biografi tu,Norizan ceta, Sultan Yusof sangat memanjakan dia.
Apa dia nak sume ditunaikan. Antaranya, dia nak buai macam dalam
pilem Kipas Hikmat, terus dapat. Berbuailah dia di tengah-tengha rumah!.....
Biografi ni tak habis, sebab macam gak biopic Saloma di Astrok ni,
ramai orang marah kat Norizan, kunun membuka pekong di dada.
Norizan mati di rumah anak angkatnya.
Dia takda anak langsung, ye soraya
Anak angkat, bukan anak betol, diangkat time dia melarat,
orang tu yang kutip dia di tepi jalan.
Acording to the biografi, Norizan melarat sampai sanggup menjual diri......
Jadi, kalau ada orang memburuk-burukkan watak dia dalam biopic or teater,
memang takda sapa yang akan membela dia atau nak saman.
Kesian - dari atas jatuh berdentum.
Sesuai dengan ayat Saloma pada akhir biopic tu, "Jangan puji-puji saya
tinggi sangat, nanti jatuh terentak terok (or something like this, lupa dah) !"
Dialog tu memang sesuai dengan kehidupan dia & P.Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:15 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 10-10-2014 02:08 AM
Norizan orang biasa, gadis kampong yang cantik jelita.
Dia kawen dengan Sultan Yusof, atok kepada ...

kesian la kan.....ooo anak angkat rupanya....aritu kuar swotkabo tunjuk gambor lama...norizan, hubby dia terakhir dgn dua orang 'anak'....sorang laki sorang pompuan....tak tau la anak hubby dia dgn wife dulu ke....atau mcmana...

a ah mak aku pun citer penah kuar gak dlm swotkabo norizan sendiri citer dia susah sgt sampai jual diri....sedih betol....mak aku kata, masa tu norizan 'jual' cerita dia kat swatkabo sbb takde duit gak.....ohhhh sedihhhhh sgttt...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:15 AM | Show all posts
eddysheddy posted on 10-10-2014 01:12 AM
kalau tanya saya.. mmg dah ringkaspun part tu
kalau lebih ringkas drp tu saya takkan faham menga ...


Memang banyak songeh diaorang ni, eddy.
Aku suka je biopic tu. Kerana boleh tengok ulang-ulang, aku tengok
banyak kalila......................
Watak Tompel memang macam tu.
Mak Mah or Adlin kalau tak setuju, buatlah biopic baru bertajuk
AR.TOMPEL - The legend!!!!!................
Jadikan watak dia bersih dan suci macam embun pagi.
Biopic yang ada tu dilihat dari kacamata Mariani, sebagai kakak Saloma.
Pengarahnya bukan Melissa Saila ya, eddi. Dia tukang kumpul maklumat.
Pengarahnya U-Way Haji Shaari.
Tak payah lah bising-bising cakap TAK WAJAR, TAK PATOT, TAK ITU &
TAK INI. Biografi, biopic, apa sajalah benda yang menceritakan kisah
hidup orang, memang takkan menyenangkan pihak-pihak yang berkaitan.
Contoh: Bila Lee Kuan Yew tulis biografinya, Dr.Mahadir bising lalu
gtulis biografinya pulak dengan melihat Lee Kuan Yew dari kacamatanya!....
So. Adlin, buatlah teater or drama or filem tentang AR.TOPMPEL.
Jadikan wataknya suci murni dan saloma pulak penggoda dan penggodam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:23 AM | Show all posts
soraya posted on 10-10-2014 09:15 AM
kesian la kan.....ooo anak angkat rupanya....aritu kuar swotkabo tunjuk gambor lama...norizan, hub ...

Kalao ko google gambo lama, saloma tak bergigi muncung.
Yang bergigi muncung tu Maryani. Dia cabut sume gigi
muncung depan tu (macam gigi Tompel), ganti gigi pelesu.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:24 AM | Show all posts
pasni xyah la buat biopic...cter kisah benar ni ramai yg akan butthurt....Malaysia ptt buat cter fantasi je...hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:26 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 10-10-2014 02:23 AM
Kalao ko google gambo lama, saloma tak bergigi muncung.
Yang bergigi muncung tu Maryani. Dia cabu ...

kehkehkehkeh...aku pun perasan nokkss....camno gigi muncung boleh jadi ratu cantik Singapore 1951?....aku wonder ni nokkss....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:27 AM | Show all posts
NAT_11 posted on 10-10-2014 09:15 AM
Memang banyak songeh diaorang ni, eddy.
Aku suka je biopic tu. Kerana boleh tengok ulang-ulang, ...

tu lah.. buatlah cerita ttg ar tompel

oh bukan melissa saila ke.. hari tu nampak kat tv di sebalik tabir mcm dia buat juga keje mengarah

ok.. hehe

btw la kan cerita saloma ini dibikin oleh anak sedara dia sendiri (melissa) pun org boleh pertikai.. tak tau la mcm mana kalau org lain yg buat lagilaaa org pertikai.. saya pernah baca kat paper pasal cerita rosnani ttg saloma.. saya rasa yg tu lg mcm tak logik. lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 09:32 AM | Show all posts
soraya posted on 10-10-2014 09:26 AM
kehkehkehkeh...aku pun perasan nokkss....camno gigi muncung boleh jadi ratu cantik Singapore 1951? ...

haha.. tak perasan pulak iols.. sebenarnye iols pun tak kenal mariani ni..
citer apa dia belakon zaman2 pramlee dulu?
masam2 manis ke? yg jadi kawan norsiah (heroin) tu ke? yg sama2 mahmud june kenakan balik pramlee cikgu shaari tu? kalau yg tu cantik la jugak.. lagsing .. agak tinggi.. macam zaiton sikit2.. saloma macam rendang sikit

dari pengamatan i.. kalau yg itu.. i rasa mmg boleh berlakon.. kurang kaku.. tapi biasanya dia watak pembantu je Last edited by eddysheddy on 10-10-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:42 AM | Show all posts
eh nak tanya korang.. mimi loma tu siapa pulak ye? i ingat ada hubungan sedara ngan salaoma?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:45 AM | Show all posts
soraya posted on 10-10-2014 09:26 AM
kehkehkehkeh...aku pun perasan nokkss....camno gigi muncung boleh jadi ratu cantik Singapore 1951? ...

Sebab takda lagi yang lebih cantik.....................KEHKEHKEHKEH.....!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 09:47 AM | Show all posts
eddysheddy posted on 10-10-2014 02:32 AM
haha.. tak perasan pulak iols.. sebenarnye iols pun tak kenal mariani ni..
citer apa dia belakon  ...

kehkehkeh....pada aku mariani ni cantek masa muda2....dlm masam-masam manis dia jadi kawan pada norkiah (heroin tu)....couple dgn Mahmud june....dlm citer labu labi....dia jadi manisah, anak haji bakhil....kehkehkeh...tu je la citer yg aku ingat nokkss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062157 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list